Burger,

Nathan’s Famous Dari New York Kini Di Malaysia

Rabu, Ogos 28, 2019 Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Orang Amerika memang suka makan sosej dalam bun roti kerana bagi mereka itu lebih mudah untuk dinikmati dan cukup mengisi perut mereka. Tapi kita orang Malaysia makan sosej dengan roti macam tu tak kenyang kot hehehe mesti nak juga nasi. Mungkin sekali sekala nak merubah selera boleh juga cuba.

Nak ker New York tu jauh jadi macam mana yer? Hurmmm sekarang tak perlu bimbang lagi kerana semua makanan popular dari negara Uncle Sam tu dibawa terus khas untuk kita orang Malaysia menikmatinya. Paling penting ia adalah Halal dan masih mengekalkan cara penyediaan makanan dan juga bahan-bahan masakan yang diguna pakai dari sana.



Tempat makan yang Maha maksudkan ini adalah Nathan’s Famous. Mungkin agak asing bagi rakyat Malaysia tapi kat sana ia cukup popular. Nathan’s kini di Malaysia telah ada tiga cawangan iaitu di Suria KLCC, Paradigm Mall Kelana Jaya dan Sunway Lagoon. Tak silap Maha Malaysia ini adalah negara pertama mereka di rantau Asia Tenggara.



Kat sini konsep mereka lebih santai macam fast food jugalah di mana korang order dan mereka akan masak apa yang di order kemudian bayar dan berlalu pergi. Itu konsep yang popular diamalkan di negara asal mereka. Dari segi menu makanan pula banyak yang ada kat sini seperti fries, burger, hotdog, sandwich dan juga minuman.


Maha cerita ni sebab Maha sendiri dah pergi cuba makan kat sini nak jadi orang putih katanya wakakaka. Tak adalah Maha makan sebab nak tahu apa yang istimewa sehinggakan ia begitu popular di sana. Orang kata kalau tak cuba makan tak cintakan dan betullah memang Maha dah jatuh cinta pada makanan mereka.
Double Tex Burger (RM18.00)



Paling menarik sekali adalah mereka punya burger iaitu Double Tex Burger. Burger ni sangat besar yer kerana dalamnya ada dua keping daging bersama lapisan keju, cendawan dengan sos keju dan juga onion ring. Bila Maha gigit burger ni dapat rasa dalamnya manis-manis dan juga sangat berlemak dari keju. Pattynya juga sangat terbal dan masih berjus di dalamnya.  Satu biji burger ni dah kenyang kot bagi orang saiz kecil dari Maha hehehehe.
Philly Cheesesteaks (RM17.00)

Tapi Maha masih lapar lagi jadi hari tu Maha order pula Philly Cheesesteaks. Ni pun saiz besar juga dimana dalamnya ada sliced steak beef dengan sautéed onions, capsicums, cendawan dan California cheese sauce. Saiznya lebih kurang 7” diapit dengan Hoagie Roll. Peringatan makanan ni kena makan waktu ia masih panas barulah terasa lelehan cheese yang memukau dan mengasyikkan.
Crispy Beef & Cheese Hotdog (RM14.50-Beef dan RM12.50-Chicken)


Sudah dua menu ni rasa kenyang tak, kalau tak kenyang juga korang boleh cuba mereka punya menu wajib iaitu Hotdog. Ada dua pilihan yang Maha dah cuba di sini iaitu Crispy Beef & Cheese Hotdog dan juga Chili Hotdog. Korang boleh pilih kalau nak sosej tu daging atau ayam ada cuma bezanya adalah sos di atasnya. Bagi crispy beef tu ada sos cheese banyak atasnya dengan kepingan daging yang digoreng garing.
Chili Hotdog (RM12.50-Beef dan RM10.50-Chicken)



Manakala satu lagi tu pula yang chili tu bukan lah sosnya dibuat daripada cili tapi lebih dikenali oleh orang kita sebagai Coney Sauce. Ia adalah sos istimewa yang dimasak dengan isi ayam dan juga rempah ratus istimewa. Daging yang digunakan di Nathan’s ini adalah daging lembu import dari Australia yang berkualiti tinggi.
Mushroom Cheese Fries (RM9.50 –Regular dan RM12.50 –Large)

Satu lagi yang juga menarik dan wajib kena cuba di sini adalah mereka punya Mushroom Cheese Fries. Ini juga saiz tak ingat dunia punya memang banyak fries dalamnya besar-besar serta penuh dengan limpahan California cheese sauce bersama cendawan. Kentang ni pun kena makan masa masih panas sebab korang boleh rasa ia punya kerangupan dan lembut di dalam.

Bila dah makan mesti kena ada minumankan, kalau tidak tercekik nanti sebab tu kat sini mereka juga ada jual Lemonade. Unik minuman Lemonade di sini adalah ia original perahan dari buah Lemon tanpa sebarang pewarna dan juga perasa tambahan. Sebab tu kalau siapa suka air ni mesti tahu ia original atau tidak.


So kalau rasa nak berangan jadi orang Amerika boleh lah cuba makanan kat Nathan’s ini. Tak salah pun nak cuba kerana makanan mereka sedap dan juga dihidang panas-panas. Kalau korang tak dapat pergi kat cawangan mereka yang ada boleh juga korang follow mereka punya Food Truck. Lokasi food truck ni korang boleh dapatkan kat FB atau IG mereka yang Maha kongsikan kat bawah ni ok. Nak order melalui online pun boleh kat FoodPanda atau Grab Food. Syok juga layan makan hotdog dan juga burger kat sini korang tak nak cuba ker. Selamat menjamu selera semua ok.

Lokasi food truck dan promosi lain layari :-







19 ulasan:

  1. Sedapnya tengok perkongisan gambar maha! Nak pergi new york entah bila nanti boleh la cuba kat malaysia je hehe

    BalasPadam
  2. dah lama cari phily cheesesteaks ni sebab terliur tengok diorang makan dekat TV! Sekarang dah tahu mana nak cari. Thanks maha!! Mushroom Cheese Fries tu pun nampak sedap!

    BalasPadam
  3. Harus la GrabFood lepas baca ni.. bila Maha wat review memang tak pernah mengecewakan . Nak sangat try mushroom cheese fries tu ha !

    BalasPadam
  4. Harusla cuba kalau maha yg syorkan..sedap tgok hotdog ngn burger..thanks maha sharing a good food n nice place..

    BalasPadam
  5. First time wakk kita dengar nama restoran nie. Nanti kalau kita singgah paradigm mall kita nak cuba lah. Boleh mengimbau detik2 ketika di new york. Gituhhh ! Menu dia nampk simple n hopefully sedap. Xsabar nak pergi nanti

    BalasPadam
  6. Jelesnya tengok Maha makan semua tu. Lapar terus ni. 😥

    Philly Cheesesteaksita tu menggoda!

    Kita pun suka makanan macam tu, nak jugak jadi orang Amerika. Hehehe.

    Ohh, boleh order kat food panda juga ekk

    BalasPadam
  7. Perghh. LarAt ke habiskan semua tu maha? Meh la share jugak. Haha. First time dengar brand ni. Amacam? Recommended tak?

    BalasPadam
  8. First time dengar nama Nathan’s Famous ni. Hehe. Betul kata maha. Kita orang malaysia ni tak kenyang klu makan roti hotdog tu. Tapi sekali sekala tukar selera apa salahnya. Terliur tengok gambar2 makanan semua especially philly cheesesteaks tu

    BalasPadam
  9. makan dan makan dan makan.
    post Maha memang buat aida kelaparan membara.
    dah le makanan gaya ni feveret sgt.
    burger. sosej. cheesy.
    oh my lemak bakal bertambah la...
    pe nak buat, dah suka, kita makan jer lah ekk, Maha.

    BalasPadam
  10. makan dan makan dan makan.
    post Maha memang buat aida kelaparan membara.
    dah le makanan gaya ni feveret sgt.
    burger. sosej. cheesy.
    oh my lemak bakal bertambah la...
    pe nak buat, dah suka, kita makan jer lah ekk, Maha.

    BalasPadam
  11. Dulu pergi NY mesti kawan-kawan makan sini. Masa tu tak pasti halal ke tak. So ruby tak cuba. Dah masuk Malaysia ni mesti halal kan. Yayy bleh cuba!!!!

    BalasPadam
  12. nampak sedap semuanya...tak dapat makan kt New york takpa..dekat Paradigm mall kan dekat dengan umah...hehehe...harus di cuba nie

    BalasPadam
  13. Uishhh... terliur la tengok makanan dia Madi. Philly Cheesesteaks tu lagilah, memang suka sangat. Bolehlah nanti singgah cari Nathans ni. Nasib baik ada cawangan yang dekat.

    BalasPadam
  14. Ok ini mmg xboleh bawak bincang...tgk je pun dh terliur...ini belum lg ank BC tgk ni...mmg esok juga dia ajak p makan kt sini...thanks maha...

    BalasPadam
  15. Mmg betul xyah gi New York kat Nathan’s Famous pun mkn mat salleh punya makanan, kak pun suka mkn tolak batu dgn kayu jer haaa

    BalasPadam
  16. kita sejenis yang suka sangat sosej.. tak kisah la apa rasa tapi bila tgk menu sosej dekat Nathan's ni memang menduga air liur kita wak.. nasib ada dekat Suria KLCC so boleh la ajak husband pergi..

    BalasPadam
  17. halahhh halaahh ~
    Macam salah timing pulak singgah sini..
    Perut tengah berlagu keroncong ni haaa..
    Tengok Maha Makan ni, terliur pula..
    Sedap la menu menu dia semua.
    Belanja sikit.. haha~

    BalasPadam
  18. Adoi.. terliur kot Maha kami tengok hidangan depan maha tu.. semua nampak sedappp.. TB ni dah la sejak akhir-akhirnya suka pulak benda-benda macam ni.. aishhh.. tak boleh ajdinya ni.. hehe.. tak pernah pi makan lagi kat Nathans ni.. kat KL area mana yea?

    BalasPadam
  19. Lia pun first time dengar jenama Nathan ni. Sekarang ni banyak dah produk makanan luar masuk malaysia. so kita xpayah pergu jauh2 dah kan.

    BalasPadam