Dapor Terbakor,

Ayam Bakar, Kambing Bakar Dan Daging Bakar Di Restoran Dapor Terbakor Kota Damansara

Jumaat, Ogos 02, 2019 Mahamahu 21 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masa untuk makan lagi hehehe kali ni Maha nak bawa korang ke sebuah restoran bakar. Di mana kat sini korang boleh dapat pelbagai menu bakar-bakar seperti Ayam Bakar, Kambing Bakar dan juga Daging Bakar. Restoran yang Maha maksudkan adalah Restoran Dapor Terbakor yang terletak di Jalan PJU 5/20D Kota Damansara

Restoran ini adalah konsep masakan daripada Utara tanah air ada banyak lagi selain daripada bakar-bakar ni. Tapi main dish mereka sini yang ini lah. Dibakar segar dan terus di tempat yang disediakan dengan cara tradisional. Lepas tu dihidang panas-panas dan sedap kalau dinikmati dengan sos istimewa mereka. 
Set Bakar Utara (Ayam RM9, Daging RM10 dan Kambing RM14)

Kalau yang memang kaki 'Ratah' lauk hidangan ini sangat sesuai untuk makan bergitu sahaja bagi mereka. Tapi kalau Maha suka makan denga nasi baru puas hehehe. Selain itu juga kat sini ada set seafood bakar juga seperti Ikan, Udang dan Sotong. Harga bakar-bakar kat sini semua tetap mengikut set. Semua Set Bakar Utara ini dihidang bersama dengan nasi sekali ok lah tukan.
Siakap 3 Rasa - RM25

Selain daripada bakar macam Maha cakap tadi kat restoran ini ada menu seperti Set Masak 3 Rasa. Hari tu kami order Siakap 3 Rasa RM25 sahaja. Besar juga ikan ini kalau korang tengok ni boleh makan untuk empat orang kot hehehe. Dari segi rasanya sangat sedap tak terlalu pedas dan juga cukup semua tiga rasa yang kita nak itu manis, masin dan masam lengkap.
Set Butter Milk (Ayam RM9 dan Udang RM11)

Kalau yang nak lebih berlemak berkrim korang boleh order Set Butter Milk. Ada pilihan korang nak Udang Butter Milk atau juga ada Ayam Butter Milk. Tengok kuah butter yang pekat dan memikat sedapnya meleleh kalau makan dengan nasi. 
Set Tomyam Ayam
Sayur Pak Choy Masak Tiram

Melengkapi lagi makan tengah hari kami hari tu kami order pula Set Tomyam. Orang Malaysiakan suka makan nasi berkuah jadi kami order Tomyam Ayam ini sangat sesuai untuk makan kalau order sekali dengan bakar-bakar tadi. Makan nasi juga kena ada sayur kat sini korang boleh order Sayur Pak Choy Masak Tiram.
Mee Kuah Udang - RM20

Mee Kuah Gearbox - RM20

Bagi mereka yang nak kurang makan nasi boleh juga cuba Set Mee Kuah Utara. Dalam set itu ada pilihan dimana boleh order yang suka makanan laut iaitu Mee Kuah Udang manakala yang nak gearbox pun ada iaitu Mee Kuah Gearbox. Korang boleh tengok sebesar alam udang dan juga gearbox tu puas korang nak hirus sum-sum dalam gearbox tu kan. Udang pula banyak dan tidak kedekut langsung.



Mee Kuah ni sedap sebab kuahnya pekat dan juga cukup rasa orang utara punya style masakkan. Nasi kat sini ada dua jenis yang korang boleh pilih iaitu nasi putih atau nasi ada warna kuning sikit sebab ada rempah macam nasi ayam kot. Jadi korang rasa tergugat tak nak makan kat sini boleh cuba semua menu mereka ada banyak lagi tak sempat nak tulis semua. Restoran ni buka setiap hari jadi korang boleh datang cuba bila-bila masa untuk makan tengahari atau makan malam. Selamat mencuba dan menjamu selera ok semua.

Info lanjut tentang restoran Dapor Terbakor layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5








21 ulasan:

  1. Maha ni kalau review tak pernah tak best.. gambar menu je dh buat aku terliur. Lagi2 daging bakar dengan ikan siakap tu. Dkt dah ni dgn rumah

    BalasPadam
  2. Wahhhh mee kuah gearbox tu nampak menyelerakn sungguh. Sampai nak terkeluar mangkuk dibuatnya. Area kota damansara ya ? Harga pon berpatutan dan terkawal. Nanti nak singgah lah

    BalasPadam
  3. sumpah terliur tengok semua menu tu lagi-lagi mee kuah gearbox nanti comfirm singgah

    BalasPadam
  4. Pasaipa di Selangor, harap ada cawangan di kedah kelak. Melihat pada harga makanan rasa berpatutan, lapisan masyarakat boleh pi try dengan review terbaik. :)

    BalasPadam
  5. Sedapnye daging bakar dia. Kalau ke sana nanti boleh cari ni.harga pon macam ok je ni.ikan dia pon harga macam kat kedai thailand. Okla. Berbaloi baloi

    BalasPadam
  6. ini betul-betul terbakor dengan menu. semua menu bakar ada jual baru best kalu tengah craving nak makan lauk bakar. dah lama tak makan ikan bakar.. yummy!

    BalasPadam
  7. Kalau Maha la namanya yang tayang bab review makanan ni..memang akak kalah la..confirm teringin punya

    BalasPadam
  8. Alarh! Terliurnya tengok! Sedap sungguh semua hidangan! Harga pon just nice. Not bad to try soon. Nanti nak ke sanalah tey menu² best ni

    BalasPadam
  9. Fuh.. semua menu tu menggoda betul! Harganya boleh dikatakan berpatutan. Sesekali kena try jugak ke sini. Kalau tak mau termimpi-mimpi dibuatnya haha

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  10. Terliur gila tengok dia punya buttermilk tu and semua lah dalam gambar... harga dia nampak amcam affordable.. nanti nak singgah lah cuba kalau sempat.. nape lah terbaca pos ni sekarang jadi lapar !!!

    BalasPadam
  11. perghhh terbaik la set bakaq utara tu :) tahan ayaq liuq je tengok tuan @MM hidangkan menu..huhu...kena pula set bakaq utara tu dengan sambal sos pedas..perghhh...confirm tak tengok telinga da...

    BalasPadam
  12. Nampak sedap semua makanan dan food presentation pon menarik buat kita tak sabor sabor nak makan��hehe. Thanx share siap harga so senang nak bajet2��

    BalasPadam
  13. Paling best adalah ikan dan juga hidangan mee - sedapnya rasa tu dan kuahnya pekat sangat! Memang menyelerakan dan juga harganya sangat bepatutan.

    BalasPadam
  14. Nama restoran pun dah catchy dah. Terliut pulak tengok daging bakar & buttermilk udang tu. Makanan lain pun nampak sedap je. Rasa nak cuba nanti.

    BalasPadam
  15. amboiii nama... DAPOR TERBAKOR! mmg terbakor sunggguh ni tgk smua menu tu.. membara terliur smua ada.. hahahaha... tq utk info ni. kalau gi sana at least tahu tempat makan mana yg ok..

    BalasPadam
  16. YA ALLAH.... menu-menu dia memang bestnya. ayam dan daging bakar mmg kena cari. Mee kuah gearbox tu pun nampak menarik.. terliur kita tauuu

    BalasPadam
  17. Dapor terbakor macam bunyi lidah orang perak kiter je hehehe.
    Catchy nama dia. Senang nak ingat. Dapor terbakor menyajikan menu bakor-bakor haha

    BalasPadam
  18. Perghhh lauk pauk ya memang terbaik punya. Port best nak bawa famili dan kengkawan pg makan

    BalasPadam
  19. Kalau tak tunjuk makanan itu bukan Mahamahu namanya ! haha.... makanan tu fuh ! sedap-sedap dan terpaksa telan air liur je nampak makanan sodap-sodap .

    BalasPadam
  20. Bestnya tengok menu restoran ini, makanan dia dijamin dengan penghantaran dengan lori makanan dengan bahan-bahan yang segar dan berkualiti. Tak sabar nak try minggu ini!

    BalasPadam
  21. terbaik la review makanan... tengok gambar pon jadi happy huhuhu

    BalasPadam