Active Life,

Active Soymilk Menjaga Kesihatan Dalam Kelazatan Masakan

Khamis, Ogos 29, 2019 Mahamahu 18 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha ni hari-hari korang nampak update dan post makan merata tempat dan macam-macam jenis makanan yang masuk dalam perut ini. Tapi sebenarnya Maha ada juga mengambil beberapa makanan dan minuman sihat untuk seimbangkan dengan keperluan badan dan juga aktiviti berblog ni.

Walaupun nampak Maha ni perut agak maju kehadapan ni tapi Alhamdulillah hasil dari pemeriksaan dengan doktor tiada masalah kolestrol atau juga darah tinggi. Cuma sekarang ni Maha nak kurangkan buncit kat perut ni jer wakakaka. Sebab tu Maha sudah mula mengamalkan minuman Active Soymilk dari Active Life Malaysia


Ni pun sebab hari tu Maha pergi satu kelas sesi memasak bersama dengan Chef Sidney Kan dengan kerjasama Active Life Malaysia. Mula-mula malas nak pergi tapi bila dia kata boleh kurangkan masalah buncit perut terus Maha nak pergi nak tahu. Kat situ mereka menggunakan produk minuman Active Soymilk yang dihasilkan daripada kacang soya organik 100% tanpa GMO. Nak tahu GMO tu apa korang boleh Google bahayanya kepada makhluk hidup.
Chef Sidney Kan


Selain itu juga, dalam minuman ini mereka menggunakan kacang soya tanpa kulit. Diperkayakan  lagi dengan fenugreek, prebiotik dan probiotik baik untuk kesihatan usus. Bila usus yang sihat maka makan senang terhadam dan itu yang boleh mengurangkan buncit perut macam Maha ni wakakaka. Ia juga bagus untuk mereka yang ada masalah intoleransi laktosa, masalah gastrik serta memperbaiki keadaan kulit secara semulajadi.


Banyak kot khasiat produk ni kalau ibu yang menyusukan anak sangat sesuai untuk mengambil minuman susu soya ini kerana ia meningkatkan susu badan. Kanak-kanak yang ada alahan pada susu binatang juga boleh mengambil susu soya ini untuk lebih memberi protein dan perkembangan tubuh kanak-kanak. Sebab tu Maha dah start mula mengamalkan minuman ini dengan amal minum satu cawan waktu pagi dan malam.


Kalau korang susah nak minum susu atau juga soya macam tu korang juga boleh masukkan dalam masakan sehari-hari. Macam yang Maha belajar pada kelas hari tu dimana chef mengajar kami mencuba masakan kesukaan rakyat Malaysia seperti telur kukus dan juga kari. Daripada masak kari dengan santan apa kata ganti dengan susu soya korang boleh dapat kesedapan juga kesihatan dalam masakan.


Hari tu ada tiga resipi yang ditunjukkan kepada kami iaitu resipi AL Soymilk Fish Broth, Healthy Egg with AL Soymilk dan AL Soymilk Chicken Curry. Korang tengok lah sedap dan menyelerakan hidangan yang dihasilkan mengunakan produk ini. Kualiti pemakanan nutrisi dengan kerapa melalui makanan tambahan yang berkualiti memainkan peranan penting dalam kesihatan harian kita. 


Hari tu juga selain daripada belajar memasak kami juga diterangkan tentang kesihatan dan kebaikan makanan soya ini oleh Pakar Pemakanan ActiveLife Mr Thomas. Beliau sarankan untuk pengambilan yang kerap setiap hari dan konsisten agar memberi kesan yang maksima. Kalau satu tin 600gram ini boleh tahan untuk 15 hari jika diambil dua kali satu hari. Satu tin Active Soymilk ini harga dipasaran RM59.00.
Pakar Pemakanan ActiveLife Mr Thomas



Jadi lepas ni kita tahu ada bahan yang boleh digantikan untuk menjadi makana kita lebih sihat dan juga masih rasa sedap. Maha sendiri pun banyak belajar tentang semua ini bila datang program berguna ini. Active Life ni banyak lagi produk lain kalau korang tengok kat Facebook dan juga laman web mereka. Nanti korang boleh beli dekat farmasi atau juga secara online ok. Makan boleh tapi pastikan seimbang dengan makanan sihat itu yang Maha pelajari.

Info lanjut produk Active Life layari :





18 ulasan:

  1. Selain menjaga kesihatan, kebersihan juga perlu dijaga dengan sentiasa membersihkan rumah seperti carpet cleaning dan curtain cleaning. Terima kasih dengan review ini. Informasi yang baik dan lengkap untuk kita semua.

    BalasPadam
  2. wah..boleh ditambah ke dalam masakan ye..mudah lah mcm ni..tak adalah alasan tak sempat nak minum susu soya.

    BalasPadam
  3. Terlioq tengok the foods! Maha, try lah buat bean curd ke, tofu ke. Hehe nak tengok version Maha pulak masak. Sbb Maha masak sedapppp!

    BalasPadam
  4. Kte tak pernah lg try masak menggunakan soya pasni leh la try kan. Btw if awak nak petua kempiskan perut senang je wak..skip makanan manis sure perut kempis

    BalasPadam
  5. Waaaa bagusnya ada pilihan makanan utk kesihatan. Ye lah kitaka sinonim dengan santan. So, lepas ni boleh tukar guna soymilk pulak kan kan.

    BalasPadam
  6. Baru tau soya boleh tambah dalam masakan. Marina dahla tak minat minum soya sangat. Kalau masak ngan soya camne rasenye. Hehe.

    Jemput join giveaway ye :)

    https://marinabashah.blogspot.com/2019/09/2nd-giveaway-by-marina-bashah.html?m=1

    BalasPadam
  7. bagus kan. menggantikan santan yang berkolestrol. cuma untuk permulaan ni agak mmm jugak lah nak tukar dari santan ke soymilk tu. hehehe

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah. Pemakanan yg sihat sememangnya penting. Saya sbenarnya suka dgn susu soya. Tapi jarang pulak nak dapat. First time tahu tentang kegunaan lain soya. Nak cuba lah nnti.

    BalasPadam
  9. Yg Nur tahu selama ni soya sedap minum je, tak sangka susu soya blh guna dlm masakan. Nur ada try request sample dgn active life ni. Harap dapat lah. Nak try dulu pergi dia mcm mana hahaha

    BalasPadam
  10. Sesekali ken alah rasa makanan yang sihat pulak kan?? Bagus ada soymilk mcm ni yang bukan sahaja boleh buat minuman tapi boleh dimasak

    BalasPadam
  11. kalau bole kurang buncit tue, k mid pun suka..hahaha...taktahu pulak bole di masuk kan kedalam masakan mengantikan santan..lepas nie bolelah cuba..tq for sharing

    BalasPadam
  12. Sama la kita. Perut maju ke depan lemak lebih. Alhamdulillah cek doktor kata sihat xde mslh penyakit setakat ini. Soymilk ni bagus juga ye untuk kesihatan. Suka juga minum soya2 ni

    BalasPadam
  13. Baru tahu susu soya boleh guna dalam masakan. Lepas ni Sal nak try la soymilk . Yang berkhasiat harusla cuba !!

    BalasPadam
  14. Nice input. Tak pernah tahu pun sebelum ni yang susu soya ni boleh dijadikan bahan untuk buat gulai kari. Serius tak pernah try lagi

    BalasPadam
  15. Milk memang bagus untuk tubuh, macam tulang kita. Tapi saya belum pernah coba yang satu ini. Tertarik untuk nyoba. Mungkin nanti saya akan menanykan ongkir ke indo kena berapa ya . hhe

    BalasPadam
  16. Monuman soya mmg sedap.. Ni pertama kali nmpk jenis tepung macam ni.. Hebat boleh masukka dalam makannan.. Elokla kan, jaga kesihatan tubuh badan kita.. Sekrg ni orang kreatif, semua benda sihat boleh buat masakan..

    BalasPadam
  17. Selalu tau minum air soya jer tp skrg doya milk pun dah blh campur dln masakan ganti santan bagus tu.. sihat pun sihat

    BalasPadam