Deli NBR Kitchen,

Tanda Tanya Tentang Misteri Nasi Burung Sos Limau Merecik Terungkai Kerana...

7:00 PG Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang mesti pernah dengar pasal Nasi Ayam makanan yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Begitu juga dengan Nasi Daging yang kita tahu berasal dari negeri Utara semenanjung Malaysia. Tapi pernah tak korang dengar pasal nama makanan Nasi Burung. Pertama kali Maha dengar pasal nasi burung ini.

Bila Maha cari sendiri asal usul makanan ni pun tak tahu dari mana sebenarnya. Paling pelik adalah burung apa yang mereka gunakan dalam makanan itu? Makin menjadi tanda tanya dalam diri ini. Sebagai seorang yang memang suka makan dan mencari makan menarik di seluruh Malaysia ni jadi keinginan untuk tahu makin menebal. Maka Maha cuba menjejak kat mana nak jumpa nasi burung yang sebenar ini.


Jadi tekad untuk mencari dan merungkai tentang misteri nasi burung ini, akhirnya membawa Maha tidak jauh hanya ada dekat area Shah Alam Selangor jer. Sebenarnya nasi burung ini ada nama penuhnya iaitu Nasi Burung Sos Limau Merecik. Mereka tak ada sebuah restoran tapi menyediakan khidmat penghantaran makanan terus kepada anda.

Menarik dan uniknya Nasi Burung Sos Limau Merecik yang Maha jumpa ini adalah terletak pada Sos Limau Merecik itu sendiri. Ini kerana sos itu dihasilkan sendiri oleh pengusaha makanan ini tanpa sebarang ciplak dari mana-mana tempat. Kata Puan Sheeda selaku pengusaha makanan ini beliau menghasilkan sos ini sendiri dengan cara trasidi untuk memastikan ia terus kekal keaslian rasa dan keenakannya.
Puan Sheeda Ismail Pengusaha Nasi Burung Sos Limau Merecik

Sos ni bagi Maha ia seimbang daripada rasa pedasnya yang tidak keterlaluan, rasa limau dan juga rasa masam-masam sangat kena kalau makan dengan nasi burung ini. Tapi kalau nak sos yang lebih pedas boleh request tak ada masalah. Mereka juga ada menjual sos ini sahaja yang dibungkus dalam botol. Sos ini juga korang boleh makan dengan pelbagai lauk lain seperti ikan bakar, daging bakar, kerang bakar, makanan laut dan macam-macam lagi lah.



Burung yang digunakan dalam makanan ini adalah Burung Puyuh yang dibekalkan segar dari ladang. Bekalan Burung Puyuh ini adalah daripada sebuah ladang milik Puyuhmas Farmbest yang terletak di Melaka. Ia adalah pembekal burung puyuh yang dijamin bersih, segar dan pastinya Halal. Burung Puyuh yang ada dalam set makanan ini di goreng segar setiap hari dengan perapan rempah ratus yang menjadi rahsia kepada makanan ini juga.

Satu lagi element yang menjadikan Nasi Burung Sos Limau Merecik ini begitu sukar untuk dilupakan adalah nasinya sendiri. Ia bukan nasi biasa atau macam nasi minyak, tapi ia adalah nasi yang dimasak dengan cara tersendiri dan ada aroma yang menarik dalam nasi tu buatkan kita rasa nak tambah dan tambah lagi bila makan sekali.

Maha sendiri sudah pergi ke rumah pengasas Nasi Burung Sos Limau Merecik ini untuk cuba sendiri nasi ini. Ia adalah peniagaan yang diiriskan sendiri oleh ahli keluarga dan juga di masak dalam center kitchen mereka sendiri. Puan Sheeda ini adalah seorang suri rumah sepenuh masa dan telah memulakan perniagaan makanan ini setahun yang lalu. 


Kini mereka lebih fokus kepada penghantaran makanan yang ditempah secara call atau whatsapp.  Setiap tempahan makanan hendaklah dibuat sehari lebih awal untuk memudahkan penyediaan dan ada minima tempahan agar kos penghantaran dapat diseimbangkan. Minima tempahan untuk satu order adalah sebanyak 10pack. Satu pack mereka hanya jual dengan harga RM14.00 sahaja.



Mereka juga membuat tempahan untuk katering bagi majlis-majlis seperti Harijadi, Doa Selamat, Rumah Terbuka, Majlis Tahlil mahupun majlis-majlis koperat. Kalau katering ini mereka akan sediakan dalam hidangan bufet mengikut berapa jumlah tetamu. Mereka juga selalu buat program amal dengan menyediakan makanan untuk gelandangan, rumah anak yatim, rumah Tahfiz serta banyak lagi. Mungkin ada yang nak kolaborasi dengan mereka tentang program ini boleh hubungi Puan Sheeda terus. 




Maha dan cuba Nasi Burung Sos Limau Merecik ini memang rasa mengigau nak lagi wakakaka. Terima kasih Puan Sheeda kerana sudi memberi peluang kepada Maha dan kawan-kawan untuk mencuba sendiri makanan nasi burung ini. Terungkailah tanda tanya yang selama ini bermain dalam minda Maha untuk ketahui tentang misteri nasi burung ini. Korang nak kena order sekarang juga ok memang tak menyesal terbaikkk sangat. Selamat mencuba semua.

Tempahan dan juga pertanyaan hubungi :
Tel : 013-447 1009
Whatsap : 017-312 6765








19 ulasan:

  1. Kecik comel je burung puyuh tu. Puas tak? Kalau saya jenuh mencari isi. Suka makan sebab rangup. Tapi tak sukanya sebab isi tu la. Sedap tengok sos ciptaan sendiri tu. Konpem ngam kan makan sepinggan tu

    BalasPadam
  2. Ohhh dia buat by delivery je eh. Menariknya! Kita x makan burung, tapi sbb ada lauk lain jugak ok la kan. Sos dia tu yg buat nampak menyelerakan sgt tu. yumms!

    BalasPadam
  3. Nampak sedap la burung puyuh ni. Akak suka juga makan burung puyuh ni tapi kena pastikan tak rasa lapar sangat sebab daging burung ni alehai sikit ajer. Nampak menyelerakan sambal hijau tu ye?.

    BalasPadam
  4. Aduhh, dah la baca time waktu lunch. Terliurr lagi2 sambal merecik dia tu haaa. Tapi jauh nun di selatan ni mana nak dapat. Dapat tengok gambar jela ya.... Atau kena buat sendiri ni? Mana pulak nak dpt burung puyuh ��

    BalasPadam
  5. Teringat dulu masa couple boyfriend tanya makan burung tak? Kita dok terbayang telur burung puyuh. Sekali makanan dah sampai baru sedar kita makan burung 😭😭 Tapi sekali tu jela try makan pun. Senang dah jual siap siap sambal dia ni eh.

    BalasPadam
  6. alahai teringat pula kesedapan nasi burung ni haa! rasa macam nak makan lagi. so far rasa dia memang kick gilos takde yang leh lawan. makan gn sotong bakar pun sedap. urghh kecur air liur

    BalasPadam
  7. Teringin pulak nak terjah sini tengok sos limau merecik tu..pedas masam gitu kan..mmg faveret combo..pastu makan burung yang goreng garing tu ya..aduyai..mmg berselera rasa..

    BalasPadam
  8. Wahhh 1st time juga dgr nasi burung ni...nama nasi burung limau merecik pun npk menarik dah..hebat owner dia mencari kelainan dlm food business

    BalasPadam
  9. wahhh.. nasi burung pulak.. dah lama sebenarnya saya tak makan burung puyuh. lebih daripada 10 tahun rasanya. nampak sedap la pulak semua yang dalam gambar tu. teringin la pulak nak rasa, mesti sedap kan? nak try la nnti. beli 10 pack terus :)

    BalasPadam
  10. Ya Allah belum rasa kita dah tau sedap, sambal limau tu biasa kita buat tapi nak juga rasa yang dishare dekat atas kecur air liur dah nih

    BalasPadam
  11. sedap betul nampak tu..memng nmpk kuah dia tu lain daripada yang lain..burung puyuh pulak tu..ada sayuran segar..ishhh..nnti boleh cuba ni...bgus owner ni buat sendiri sos dia..

    BalasPadam
  12. Nampak menyelerakan.. agak rare nama nasi burung..

    BalasPadam
  13. Comelnya la susunan makanan dia - nampak kemas dan memang menarik. Yang penting dalam perniagaan makanan adalah kualiti dan juga after sales service kan.

    BalasPadam
  14. Sambal tuuuuuu. Terliur tengoknya. Haha. Saya tak makan sangat puyuh tapi suami memang makan.

    Alaaaa, delivery je ke. Shah Alam pula tu.

    Anyway, thank you Maha. Share psl nasi burung ni.

    BalasPadam
  15. sedap la hai.. sos limau tu mmg merecik kot

    BalasPadam
  16. Nampak sedap la Maha nasi burung puyuh tu. Kita dulu tak makan burung puyuh. Tapi bila start kawen je, tahu makan. Sebab mil orang melaka. Selalu la dia belikan puyuh. Sedap kalau makan puyuh ni. Ni kiranya menu baru la ye.

    BalasPadam
  17. Tengok gambar nasi burung puyuh ni pun dah menyelerakan. Makan dengan sambal limau merecik pulak adoi mesti lagi sedap kan. Rasa nak cuba sekarang jugak lah.

    BalasPadam
  18. Die punye sos tu pergh. Tengok je dah nampak sedap. And jarang sebenarnya Fadzi boleh jumpa kedai yang jual burung puyuh. Dah lama tak makan burung puyuh

    BalasPadam
  19. This is my first time hearing this bird rice as well. I don't know if I could stomach this. But I have tried eating quail before so...maybe I should be able to savour this. :D

    BalasPadam