Enstek,

Ristech Cafe Satu-Satunya Di Enstek Nilai Menggabungkan Tiga Benua Masakkan

Selasa, Julai 23, 2019 Mahamahu 21 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ini Maha dan kawan-kawan merantau jauh sikit untuk mencari tempat makan yang best dan cuba sendiri makanan mereka. Tak adalah jauh mana sangat pun kat Nilai jer sempadan Selangor kalau dari KL dalam 40 minit sampai hehehe.

Tetapi yang menarik kafe ini adalah bukan sahaja terletak pada lokasinya tapi juga adalah daripada hidangan makanan yang disediakan di kafe ini. Ini lah kafe yang Maha terjah hari tu iaitu Ristech Cafe yang terletak di Bandar Enstek Nilai. Kafe ini berkedudukan di tingkat atas deret kedai jadi korang kena tengok betul-betul papan tanda kafe ini. Paling senang korang cari jer Segi Fresh Market Bandar Enstek dan kafe tu ada kat atas pasaraya tersebut.

Hebatnya kafe ini adalah gabungan tiga jenis masakkan daripada benua yang berbeza. Ia menyajikan hidangan masakan Itali, Korea dan Barat yang dipelajari sendiri oleh pemilik kafe ini dan juga merupakan tukang masak kat kafe ini juga. Siapa sangka anak Melayu mampu menyediakan semua juadah dari negara luar ni. Segi penyediaan bahan-bahan, cara masakkan dan juga kualiti memang beliau pantau untuk kepuasan pelanggan.
Cajun Chicken Alfredo - RM12.90

Hari tu masa Maha datang cuba makanan kat sini kami dihidangan dengan dua jenis pasta iaitu pertama Cajun Chicken Alfredo dan juga satu lagi Linguine Shrimp and Spinach. Dua-dua ni dilimpahi dengan cheese yang banyak tak kedekut dan juga yang cajun tu ada daging ayam didalamnya bersama sosej. Manakala yang linguine dalam tu ada udang dalamnya. 
Linguine Shrimp and Spinach - RM12.90


Biasalah makanan Itali macam ni tidak pedas dan juga sangat berkrim kena makan setelah ia siap dimasak takut nanti cheese tu keras. Satu hidanga ni sesuai untuk seorang makan kalau datang dating dengan pasangan korang boleh order kedua-dua menu ni dan saling tukar-tukar rasa barulah romantik.
Ganjang Chikin - RM8.50 (6pcs)

Yangnyeom Chikin - RM8.50 (6pcs)

Kemudian untuk makanan dari negara K-Pop pula kat sini kami disajikan dengan dua jenis ayam goreng bersos istimewa iaitu Ganjang Chikin dan juga Yangnyeom Chikin. Bagi Maha ayam tu sangat sedap digoreng sempurna dan kalau korang suka pedas kena cuba Yangnyeom tu memang pedas. Manakala yang Ganjang tu pula lebih manis sikit sebab dihasilkan daripada soya sos.
Deep Fried Cordon Blue - RM18.90

Deep Fried Chicken Chop Special - RM14.90

Bagi yang suka western food boleh cuba pula mereka punya Deep Fried Cordon Blue dan juga Deep Fried Chicken Chop Special. Kedua-dua ini beza dari segi satu tu ada sos putih tak silap macam krim sos dan satu lagi yang chicken chop sinonim dengan sos black paper. Bagi  Maha hidangan ni kuantitinya sangat besar dan juga boleh kenyang kalau makan seorang. 
Swedish Meatball - RM10.90

Ristech Meat & Greet - RM5.00

Selain itu juga, masakan barat yang popular kat sini adalah mereka punya Swedish Meatball dan Ristech Meat & Greet. Ada dua jenis ball iaitu daging dan ayam yang dihasilkan sendiri. Sesuai dengan sos yang disediakan berkrim dan sangat disukai oleh kanak-kanak. Kemudian yang meat & greet tu lebih kepada buger dengan diapit oleh wafer. Patty dihasilkan sendiri sebab tu tebal dan besar. Ini sesuai untuk yang nak makan sewaktu dalam perjalanan sebab konsep 'Grab & Go'.


Roti Goyang - RM7.00

Mulai minggu lepas kat sini juga menyediakan juadah untuk sarapan pagi. Jadi orang yang berhampiran boleh nikmati konsep sarapan English style sikit dimana kat sini ada 3 menu sarapan pagi utama iaitu Omelette Toast, Cinnamon Toast dan juga yang orang Malaysia suka adalah Roti Goyang semua harga RM7.00 sahaja. Semua sarapan ni kalau korang order akan dapat sekali 'Hot Espresso'. Boleh free flow dengan kopi kampung bukan Espresso tau hehehe.  
Green Tea Latte Viral - RM5.50, Ajushi Milk Tea Viral - RM7.00 dan Teh Puaka JB Viral - RM5.50


Kalau makan tak ada minum tak sah jugakan kat sini mereka ada minuman istimewa mereka sendiri iaitu Green Tea Latte Viral, Ajushi Milk Tea Viral dan juga Teh Puaka JB Viral. Ketiga-tiga ni korang memang kena cuba lain dari tempat lain. Paling best adalah Ajushi yang ada Boba kat dalamnya dihasilkan sendiri tau. Tak perlu baris panjang sini pun dah ada yang viral dan sedapkan. 


Konsep kafe ini bagi Maha mereka menekankan kepada santai dan juga hiburan dimana dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu tempat untuk mereka yang kaki game boleh main video game  sepuasnya dengan hanya RM18 untuk dua jam. Ada juga bahagian layan diri dimana korang hanya beli mee segera dalam cup kat kaunter dan korang masak sendiri mee tu dengan bahan tambahan yang disediakan. Selalu student sukalah bila time belum masuk pinjaman lagi wakakaka.


Sebab kata boss sini ramai pelanggan mereka terdiri daripada golongan student sebab kat sini juga ada sediakan wifi percuma dan siaran TV. Jadi boleh order minuman dan online sampai pengsan. Tapi bila lapar orderlah makanan sekali hehehe. Konsep ini sangat menarik tak sia-sia Maha datang jauh-jauh dengan kawan-kawan untuk makan di sini. Korang yang rasa nak cuba juga boleh datang sebab kafe ini buka setiap hari kecuali hari Jumaat tutup



Sekarang mereka start buka seawal pagi, jadi waktu operasi tu dari pukul 8.00 pagi sampai pukul 12.00 tengah hari untuk sarapan dan tutup sekejap kemudian buka semula dari pukul 3.00 petang hingga 10.30 malam untuk makan malam. Kalau korang nak buat private function juga ada ruang khas untuk majlis seperti hari jadi, reunion dan macam-macam lagi lah. Maha nak mark kafe ini tempat korang wajib cuba ok. Nanti dah cuba komen sini ok. Selamat menjamu selera semua.

Layari laman social media untuk sebarang update terkini kafe ini :

Alamat : Ristech Cafe
               C29-1, Jalan Pusat Niaga 1,
               KLIA Kuarters Business Centre,
               71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 019-2969306
Hashtag: #RistechCafe #NilaiBestWesternFood #NilaiBestItalianMeal 
               #NilaiBestKoreanSpicyChicken

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5





21 ulasan:

  1. terbaik... Best juga nampak cafe ni.. cuti2 nak santai2 leh terjah juga sini satu masa nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer kita pun suka datang sini relax santai dan makanan semua enak2

      Padam
  2. perghhh Deep Fried Cordon Blue tu nampak mengiurkan la...tapi awat roti goyang tu nampak mahal sangat :( tak sangka ramai blogger buat review tentang cafe ni kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mahal lah ok tu harga ada sekali minuman Hot Espresso siap boleh free flow lagi hehehe...

      Padam
  3. kedai nampak simple je..selesa. Sedap2 tengok makanan dan minuman tu. Tu nampak sedap je deep fried cordon blue...terliur plak nengoknya.

    BalasPadam
  4. Alaaa.. Apa ni Maha. Tunjuk tunjuk makanan yang sedap ni. Kita dah la tengah lapar tak lunch lagi ni. Tergoda tengok semua menu ni tau..

    BalasPadam
  5. Subbna Allah semua makanan nampak menyelerakan. hehe. Terima kasih review, next time boleh Naim pergi sini. hehe

    BalasPadam
  6. Semua makanan pun nampak sedap, kafe selesa..ini kalau dekat saya dah terjah dah ni.

    BalasPadam
  7. sedapnya menu cafe ni. untung orang nilai ada cafe yang sedap sedap boleh datang dengan family makan time hujung minggu. nak bayar pun senang boleh pakai boost atau touch n go wallet. eh terus craving

    BalasPadam
  8. cantik, bersih, selesa dan tenang cafe nih, menu pulak sedap... bolehlah singgah makan dekat sini kalau pergi Bandar enstek nanti dekat jer daru Salak Tinggi :)

    BalasPadam
  9. aku paling suka ayam koean tu. memang terbaik rasanya. apatah lagi dinikmati dengan sos yang datang bersama. Dan yg best juga ada tempat main games. so boleh melenjan main kat sana heheheh

    BalasPadam
  10. cafe dia smart gile !! selesa kalau nak lepak lama dengan kawan2.. huu~ makanan nampak sedap dan saya akan masukkan dalam senarai singgah nanti !!

    BalasPadam
  11. Menariknya cafe ni. Nanti pergi area sini boleh la try. Dah masuk dalam senarai to go ni. Thanks for sharing! Hehe

    BalasPadam
  12. dah pernah pergi kafe nie sebelum nie. memang sedap2 betul makanan kat sini. harga pon berpatutan dan portion dia pon agak meriah. tak sangka banyak menu baharu diperkenalkan. nanti nak kena datanglah ke kafe nie

    BalasPadam
  13. Therbaik la cafe ni. Mat Drat suka. Bukan apa, family besar ni kdg2 bila makan tu, ada yg nak makan mcm2.

    Jadi dtg sini senang, boleh pilih nak Itali, Korea atau Barat.

    Tq sharing

    BalasPadam
  14. MAHA....menu ayam tu menggamit selera la. Marsha memang fan makanan korea. Kalau kesini boleh juga merasa makanan Itali atau Barat juga.

    BalasPadam
  15. Biasanya Itali dengan Barat je. Menarik juga bila ada pilihan sampai 3 jenis benua ni. Hehe. Maha nampak macam happy sangat.

    BalasPadam
  16. ya ampun sedapnya semua..tempat menarik dan selesa..makanan western tu semua mengancam..airnya allahu, kalau minum waktu panas atau haus, memnag lega tekak..boleh cuba ni nanti..ayam tu semua mengancam tau

    BalasPadam
  17. Amboi sedapnya die makan sorang2. Awas! Dekat je restoran ni dgn umah kakak kite. Boleh try serbu ni. Harga pun murah dan rata2 menu nmpk sedap. aummm

    BalasPadam
  18. Makanan semua Di sini nampak best! I can't wait to bring my family over to try it someday soon

    BalasPadam
  19. korean food is my fav!telor goyang pun nmpk sedap

    BalasPadam