1 Shamelin Mall,

Food Carnival Di LuLu Hypermarket & Department Store Tawar Potongan Sehingga 70%

Khamis, Julai 25, 2019 Mahamahu 15 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha nak share ngan korang satu tips yang berguna kalau nak shopping kat LuLu Hypermarket & Deparment Store. Pastikan korang datang atau beli time mereka buat promosi kerana pada waktu itu harga barang memang sangat murah. 

Macam sekarang ni mereka tengah mengadakan promoi 'Food Carnival' yang telah bermula dari 19 Julai hingga 31 Julai 2019. Kalau time promosi macam ni memang korang boleh bandingkan harga yang jual kat pasaraya biasa dan juga kat sini jauh berbeza. Itu yang selalu Maha amalkan bole beli belah kat pasaraya yang begitu popular kat Timur Tengah ni. 



Baru-baru ini Maha ada pergi time pembukaan cawangan baru pasaraya LuLu Hypermarket 1 Shamelin Mall. Time tu memang dah murah sebab untuk meraikan pembeli sempena cawangan baru. Tak sampai beberapa hari jer mereka buat lagi promosi karnival makanan ini. Kalau korang datang ker pasaraya ini nampak sahaja logo karnival kat mana-mana item atau barang yang terlibat memang harganya dijamin murah.




Food Carnival ini telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan pada tarikh 19 Julai 2019 baru-baru ini. Pada majlis tersebut juga telah diadakan acara pemotongan Giant Cake tanda simbolik perasmian. Manakala pada tanggal 31 Julai 2019 nanti pula akan diadakan acara memotong Big Pizza di cawangan LuLu Hypermarket Capsquare tanda penutupan kenival ini.







So sepanjang 13 hari karnival ini berlangsung, korang boleh nikmati tawaran hebat untuk pelbagai produk ready-to-eat dan makanan yang berkaitan dengan promosi. Korang juga boleh pergi bahagian Hot Food dimana ada banyak jenis makanan disediakan untuk dinikmati seperti masakan tempatan, masakan Arab, masakan India, masakan Oriental serta pencuci mulut yang lazat, cookies dan jus.





Korang boleh rujuk jadual makanan yang disediakan ini untuk nikmati makanan berbeza setiap minggu.
9 - 21 Julai 2019   - Jus & Salad
22 - 24 Julai 2019 - Briyani
25 - 27 Julai 2019 - Shawarma & Pizza
28 - 29 Julai 2019 - Beras & Mie
30 - 31 Julai 2019 - Grill & Kebab 

Selain daripada bahagian masakan panas, ada juga produk kat bahagian keperluan dapur yang tersenarai dalam promosi ini. Pentingnya korang kena tengok ada jer logo Food Carnival ni harga barang tu mesti adaa diskaun giler-giler. Antara barang yang Maha tengok dan sempat beli hari tu seperti produk Maggi, Milo, Corn Flake, coklat, produk sejuk beku, roti, susu, dan banyak lagi lagi nak senarai satu-satu memang penuh kat sini.







Ada juga barang kat bahagian peralatan dapur dan elektrik serta elektronik yang tersenarai dalam promosi ini juga. Paling Maha terkejut adalah produk elektrik AirFryer jenama Philips sangat murah yer hanya RM389 sahaja. Banyak lagi lah barang dapur seperti periuk, pinggan mangkuk, tv, oven juga termasuk dalam promosi ini. 




Semua item yang tersenarai dalam promosi karnival kali ini ada potongan sehingga 70% jadi memang ia dijamin termurah yang pernah korang jumpa. So tinggal beberapa hari sahaja lagi ni sebelum promosi ni tamat korang kena cepat rebut harga runtuh kat LuLu Hypermarket ini. Nanti lepas ni mereka akan buat promosi lain lak item lain lak yang terlibat. 



Bagi merancakkan lagi karnival ini LuLu juga menganjurkan beberapa aktiviti untuk pelanggannya yang datang beli-belah kat sini. Macam hari tu ada masa Maha datang ada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan Briyani, pertandingan Resipi memasak, pertandingan hiasan Kek dan banyak lagi. Korang juga boleh join semua aktiviti itu selain daripada datang membeli belah sahaja.


Pada tahun ini Lulu menganjurkan Peraduan Dream Drive yang bermula dari 1 Mei hingga 1 September 2019 ini. Tahun ni hadiah lagi hebat iaitu merupakan 2 buah Proton X70 sebagai Hadiah Utama bersama-sama dengan hadiah yang lebih menarik seperti Apple iPhone 7+, TV LED UHD dan Baucar Hadiah LuLu.






Apa yang perlu korang buat untuk layak sertai peraduan ini adalah dengan berbelanja di LuLu Hypermarket sebanyak RM75 dan ke atas dalam satu resit tunggal semasa tempoh peraduan. Kemudian pergi kaunter utama dan dapatkan kupon cabutan bertuah. Lepas tu isikan maklumat lengkap dan masukkan ke dalam kotak undian sangat mudahkan. Dah lah beli sekarang ni dengan harga murah pastu boleh masuk peraduan lagi menang hadiah. 

Masa Maha pergi beli barang hari tu kat sini memang boleh penuh satu troli. Sebab harga sangat berpatutan bila Maha compare dengan kat luar sana. Rasa macam nak pergi lagi minggu ni sapa nak pergi shopping jom kita beli-belah di LuLu Hypermarket & Department Store ni. Semoga beli-belah korang penuh kegembiraan dan si suami senym lebar jer nak bayar hehehe. Selamat beli-belah semua.

Nak tahu item yang terlibat dan harga barang tersebut korang boleh layari di sini :








15 ulasan:

  1. Bestnye ada food festival. Kalau lulu hypermarket ni dekat dah pegi dah shopping groceries

    BalasPadam
  2. Nampak event sebegini kena diperluaskan ke seluruh tempat dan daerah di dalam Malaysia. Masyarakat akan mencari bahan2 yang lebih harga ekonomi kena gaya hidup masyarakat di Malaysia. hehe

    BalasPadam
  3. Alahai kenapa lah jauh sangat karnival ni, kalau dekat memang dah pergi ni. Bila tengok harga yang dipamerkan waktu karnival ni, memang berbaloi sangat pergi. Jimat banyak.

    BalasPadam
  4. Banyaknya Maha beli barang dekat Lulu. Mentang mentang harga tengah murah sekarang eh. Fadzi pun borong sos prego dengan pasta prego banyak banyak hari tu

    BalasPadam
  5. banyaknya sale kat lulu. love buying things there too

    BalasPadam
  6. semua memang namapk murah ye..geram je kita dengan airfryer tu..3 ratus lebih je kot..hua..hello payment masuklaa..hahaaa..

    BalasPadam
  7. Vavavaa... Meriahnya LULU
    . Beruntung warga Cheras. Dapat shopping mur mur!
    Nina suka pi kat LULU KL. Time sale memang terlajak murah harganya. Apalagi, borong sakan! Berbelanja dengan bijak.

    BalasPadam
  8. bestna lulu supermarket ni!! mujurlah kat tempat sis takde kalau ada mmg sis serbu dah ni... dah la selesa banyk promosi plak tu... memang heaven betul tempat gini... hebatlah lulu!!

    BalasPadam
  9. Wah. Shopping kat Lulu tak ajak iols pun. Lulu memang banyak offer - paling best shopping grocery kat sini - murah, mudah dan senang kan.

    BalasPadam
  10. Meriah betul food carnival kat lulu hypermarket ni. Wish can go shopping sini jugak. Ipoh xde..huhu

    BalasPadam
  11. wow !! best nya !! kebetulan dah gaji kan memang ngam lah nak membeli barang dapur segala.. hee~ saya ni mak mak yang suka kan promosi sebegini.. jimat terok !!

    BalasPadam
  12. Shopping feast ni! Ramai serbu dan shopping kaw-kaw ni! Mouse mommy tengah cari periuk nasi dan jugak steamer, ada rekomen brand ke?

    BalasPadam
  13. Haritu baru pergi shopping barang rumah dan stock kat rumah ni dekat Giant utara. Rasa macam murah dah sebab banyak juga discount. Tapi setelah Nad compare, kenapa Lulu Hypermarket lagi murah niii 😭 Lulu takde kat utara keee.

    BalasPadam
  14. Alaaa.. dekat cheras je ke.. dekat setapak takde ke Maha? huhu.. Amboi..syok dia shopping macam-macam yea.. siap borong la tu yea.. syoknya alahai..

    BalasPadam
  15. Bagusnya banyak promosi kaw kaw. Belum ada lagi di Penang. Kalau Ada kena serbu juga

    BalasPadam