Anugerah,

Bermula Dengan Hobi Memasak Puan Sri Nisa Bakri Mampu Berjaya Di Peringkat Antarabangsa

Jumaat, Julai 12, 2019 Mahamahu 13 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Betul kata orang bahawa dari hobi dan minat siapa tahu boleh jadi kepada perniagaan dan juga merubah kehidupan seseorang. Banyak kisah kejayaan yang bermula dari hobi dan kemudian terus iltizam dalam usaha untuk menjadi yang terbaik merubah pandangan masyarakat terhadap apa yang kita lakukan.

Itu kisah yang dialami sendiri oleh seorang wanita hebat ini. Berkesempatan untuk bertemu dan juga bersama dengan beliau dalam satu majlis minum petang bagi meraikan kejayaan beliau di peringkat antarabangsa memberi semangat kepada sesiapa yang mendengar kisah kejayaan wanita cekal ini. 

Kalau sebut nama Puan Sri Shariffa Nisa Binti Syed Hamid atau lebih mera disapa dengan panggilan Puan Sri Nisa Bakri mesti ramai orang sekarang dah mengenali figura berdarah kacukan Iran ini. Beliau sebenarnya buka seorang chef yang profesional tapi kerana cinta dan minat beliau dalam dunia masakan membawa beliau jauh ke satu tahap yang tidak pernah diimpikan.

Bercerita pada sesi minum petang hari itu Puan Sri berkongsi kisah beliau yang bermula sejak tahun 2015 lagi dimana beliau mula aktif dalam dunia masakan. Pada masa itu beliau telah memulakan dengan program ‘Wakaf Ramadan Food Mission’ dimana beliau menyediakan perkhidmatan membekal makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan ia masih diteruskan sehingga ke hari ini. 

Selepas itu beliau mengembangkan lagi minat beliau dengan menulis sebuah buku yang berjudul 'I am Not A Chef'. Ia adalah sebuah buku masakan yang sangat unik berkonsepkan gaya hidup – Romance, Food and Love yang telah dilancarkan pada bulan November 2015. Didalam buku itu beliau berkongsi lebih kurang 25 resepi tradisional yang telah diberi sentuhan baru oleh beliau.

Bakat beliau dikembangkan lagi pada penghujung tahun tersebut dengan memulakan perniagaan Pes masakan yang diberi nama nisabakri. Hanya bermula dengan dua jenis pes sahaja iaitu Pes Asam Pedas dan Pes Kari Ikan yang berkonsepkan ‘Easy Healthy Cooking’. Kini beliau mampu bangga dengan lebih tujuh jenis pes masakan yang boleh didapati di pasaran iaitu Pes Asam Pedas Tuanku, Pes Mee Kari, Pes Masala Ayam, Pes Kari seafood, Pes Rendang Ayam Betutu, Pes Gulai Sayuran dan Pes Mee Kari Terangkat Leleh.

Sejak itu nama beliau mula meningkat dan sering berada dalam beberapa program TV untuk mempromosikan masakan tradisional Malaysia. Pada tahun 2017 jenama nisabakri berjaya menembusi pasaran Indonesia apabila Sambal Rasia dan Sambal Lemak Cili Api mula diperkenalkan kepada penggemar-penggemar masakan tradisional Malaysia di negara jiran tersebut.

Semenjak itu juga beliau mula mengembara dengan masakan tradisional ke peringkat antarabangsa seperti memasak di sebuah Restoran Spanish di Jaen pada tahun 2017 dan membekal makanan di London Fashion Week pada tahun 2018. Maka daripada itu kejayaan demi kejayaan berjaya Puan Sri Nisa Bakri cipta dimana beliau diberi pengiktirafan sebagai Top Outstanding Gourmet Ambassador di World Gourmet Award 2018.

Paling terbaru dan paling bersejarah apabila beliau pada tanggal 21 Jun 2019 menerima anugerah Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award 2019 anjuran AWEN (ASEAN Women Entrepreneur Network) di Bangkok Thailand. 

Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award anjuran AWEN adalah anugerah berprestij yang memberi pengiktirafan kepada golongan wanita dari setiap Negara ASEAN yang telah mencipta kejayaan luarbiasa dalam bidang perniagaan samada dari industri perniagaan kecil, sederhana, industri perniagaan besar mahupun perniagaan mikro. Kejayaan wanita-wanita hebat ini telah memberi kesan positif kepada masyarakat khususnya kaum wanita iaitu melalui komitmen tinggi yang diberikan di dalam bidang masing-masing dan menjadi inspirasi kepada wanita-wanita lain di luar sana agar terus memperkasakan diri.

Bagitu terangsang sekali kalau kita berbicara dengan seorang yang boleh dikatakan Ikon wanita di Malaysia. Ia mampu memberi inspirasi kepada semua orang diluar sana seperti mana Maha sendiri sangat terkesan dengan kata-kata beliau. Beliau berpesan kita kena terus berusaha walaupun pada usia yang lewat dan jangan peduli dengan apa yang orang nak kata kerana kita tak tahu masa depan kita dan bukan mereka yang menentukannya. Moga dengan sedikit perkongsian ini membakar semangat untuk usahawan kecil di luar sana berjaya sehingga ke peringkat antrabangsa seperti mana yang dibuktikan oleh Puan Sri sendiri.

Terima kasih Puan Sri Nisa Bakri kerana sudi berkongsi kisah kejayaan dan juga inspirasi yang pasti tidak ramai orang mampu buat seperti beliau. Tahniah daripada Mahamahu untuk Puan Sri dan semoga terus cemerlang dengan segala usaha dan perniagaan yang dilakukan. Moga Maha juga boleh berjaya seperti mana Puan Sri di peringkat lebih tinggi. Insha Allah Amiinn...

Nak tahu lanjut tentang masakan dan juga kisah Puan Sri Nisa Bakri layari :-
Laman web : http://nisabakri.com






13 ulasan:

  1. Tahniah puan Sri nisa atas kejayaan dunia masakan. Zaman kini semua orang nak cepat. Masing2 bekerja. Dengan ada pes yang mudah dan berkhasiat begini akan melancarkan hari seseorang. Kerja boleh, makan pun boleh. Takde sampai takde masa nak masakkan. Cantik pinggan tu. Hihi

    BalasPadam
  2. Lepas ini orang ramai akan menjadi sebagai perangsang semangat dan inspirasi di dalam kehidupan seharian, tidak lupa orang lelaki pun boleh masak juga hehe

    BalasPadam
  3. woww merata dunia jugak dia dah pergi yea, tahniah sgt buat Puan Nisa Bakri ni. totally boleh jadi model dan icon dunia perniaagaan masakan to those yang berminat tu kan.

    BalasPadam
  4. menarik kisah kejayaan dia, semangat kita membaca kisah kejayaan dia. Maknanya kita pun belum terlambat untuk memulakan sesuatu yang kita minat . janji usaha sungguh-sungguh, Insyaallah berjaya

    BalasPadam
  5. Wah akhirnya berjaya rangkul anugerah hasil usaha keras beliau. Mesti sedap masakannya dan bolehla sis cari buku masakan beliau nanti.

    BalasPadam
  6. Sumber inspirasi betul lah kan. Mana tau dengan memasak lepas ni dah boleh perolehi kejayaan dengan anugerah macam ni kan. Suka tengok dia dengan anugerah ni atleast ada wakil dari malaysia.

    BalasPadam
  7. Wahhh gambar kita pun ada dalam blog Maha! Bagus bagus I want to try the pes masakan NisaBakri, hari tu i beli kuih raya from her also.

    BalasPadam
  8. Wah Tahniah. Hebat betul ya dia. Dapat pulak pengiktirafan di negara orang pulak tu

    BalasPadam
  9. Wow, Puan Sri Shariffa Nisa is such an inspiration to every Malaysian woman out there. Pretty, talented, capable and ambitious.

    BalasPadam
  10. Ni first time dengar nama Pn. Nisa Bakri ni, tak sangka achievements dia dah melangkau ke tahap global. Hebatnya bakat dia dalam bidang memasak ni. Rasa macam nak try je pes dia.

    BalasPadam
  11. Seriuslah dia ada produk sendiri. Kenapa macam tak pernah jumpa je pes pes masakan dari nisabakri ni ek. Ke dia pasarkan kat oversea je

    BalasPadam
  12. Inilah ikon wanita Yang Berjaya ramai Lena follow dsn contohi semangat beliau mmg terbaik

    BalasPadam