Cabaran,

Kerja Giler Duduk Dalam Suhu -6°C Di Snow World Genting Highlands

Rabu, Jun 26, 2019 Mahamahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Impian nak pergi bercuti atau merasai kesejukan di bawah suhu negatif kat negara orang tak kesampaian lagi. Tak tahu bila boleh dapat peluang itu. Tak kisahlah tak dapat merasai salji kat negara orang dapat merasai kesejukan yang dicipta dinegara sendiri pun dah tak tahan.

Ye lah mana tidaknya pada hujung minggu yang lalu Maha dan beberapa orang kawan blogger di beri satu cabaran 'Thrilling Sub-Zero Challenge' oleh Resort World Genting. Korang tahukan kat puncak yang memang dah sejuk tu ada satu kawasan yang dibangunkan dengan menyerupai simulasi kesejukan seperti di padang Antartika



Kalau korang selalu naik kat atas puncak tu mesti perasan akan Snow World yang terletak di level 2 First World Plaza tu. Kat sini lah Maha dan kawan-kawan blogger menyahut cabaran yang diberikan iaitu untuk berada dalam Snow World dengan suhu serendah -6°C seberapa lama yang anda mampu. Ia juga tertaluk dengan beberapa syarat yang ditetapkan.


Syarat-syaratnya semua peserta hanya dibenarkan memakai satu lapis pakaian sahaja dan pihak Snow World akan menyediakan satu jaket serta boot dan juga sarung tangan khas sahaja. Peserta mesti berada dalam Snow World selama mana yang mampu dan hanya dibenarkan untuk keluar sekali sahaja untuk ketandas selama tempoh 5 minit. Siapa yang menjadi peserta terakhir dan paling lama berada dalam kesejukan itu akan diiktiraf sebagai pemenang.


Korang rasa Maha mampu tak nak sahut cabaran tu? Sebelum Maha dan kawan-kawan sahut cabaran tu, rekod paling lama yang telah dibuat sebelum ini adalah selama 3jam 50minit. Korang rasa tak beku ke mereka dalam tu. Tapi demi nak mencabar kemampuan diri Maha dan rakan blogger lain sahut juga kesejukan itu.



Mula-mula tu untuk 45 minit terawal semua perserta diberi peluang untuk menjelajah dalam Snow World yang memang luas dan besar ini. Masa awal tu memang rasa seronok sangat tak rasa sejuk pun puaslah bergambar dalam tu. Tapi selepas sahaja habis tempoh itu kami perlu berkumpul pada satu tempat untuk terus kekal bertahan selama mana yang boleh. Masa itulah cabaran yang sebenar mula terasa sangat menguji minda dan fizikal.



Masa demi masa berlalu memang kami kena bertahan walaupun sejuk sangat sehingga telingat dan bibir ini rasa beku tak mampu nak berbicara. Namun percaya atau tidak yang Maha berjaya mampu bertahan selama 2jam 30minit kat dalam tu. Bangga juga lah kerana berjaya memecah rekod peribadi sendiri berada sangat lama dalam suhu sejuk macam beku tu.


Tapi yang gilernya kawan-kawan blogger lain mampu bertahan lebih lama daripada Maha. Percaya tak yang juara pada hari tu mampu bertahan lebih kurang 4 jam. Tak tahu dia ni jenis macam mana tapi apa yang Maha nampak tips yang beliau amalkan untuk terus kekal tahan lama dalam tu adalah dengan menari tanpa henti untuk memanaskan badan. Akhirnya ada 5 orang peserta yang berjaya bertahan lama sehingga menghampiri 4 jam. Korang bayanglah mereka ni semua memang gilerrr.



Apa pun tahniah kepada semua rakan-rakan blogger yang berjaya bertahan lama walaupun Maha tak mampu. Tahniah kepada juara pada hari tu iaitu blogger Ariel Koh, tempat kedua Syafiera Yamin dan suami, tempat ketiga milik Eddy Rush. Manakal tempat keempat milik blogger Penaberkala serta kelima milik blogger Roti Canai Traveller

Sebenarnya cabaran ini ada waktu yang paling teruk mereka perlu lalui iaitu dimana selepas sahaja 3 jam berada dalam Snow World tu semua peserta perlu untuk tanggalkan jaket yang diberi dan hanya beralaskan dengan pakaian selapis sahaja. Kemudian 30 minit selepas tu mereka perlu tanggalkan pula sarung tangan yang diberikan untuk terus bertahan. Tapi kelima-lima peserta ini kental dan mampu bertahan. Korang memang terbaik dan gilerrr. Segala pengorbanan tak sia-sia apabila dapat trofi, sijil dan juga hadiah istimewa daripada Resort World Genting

Kalau korang rasa berani nak sahut cabaran tu boleh lah try masuk dalam tu dan rasai sendiri kesejukan dibawah tahap nak beku itu. Tak silap Maha Snow World ini buka setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 11.30 malam. Ada waktu tertentu yang diberikan untuk masuk dan juga ada bayaran dikenakan. Jadi cubalah dan cabar diri anda untuk bertahan dalam tu ok. Selamat mencuba.







14 ulasan:

  1. Tahniah Maha, walau tak menang dapat pecah rekod peribadi tu dah okay. tak pernah sampai sini lagi, teringin nak bawa anak-anak ke sini nanti.

    BalasPadam
  2. Tempat sejuk ni kalau tak tahan memang surrender awal2 tapi akak suka tempat sejuk. Syaratnya pakai siap baju sejuk. Mulut tu tutup. Haaa sedia ke tempat sejuk ye Maha. Hehehe....Cantik la Snow World ni. Akak lalu je tak pernahnyer masuk. Best juga kalau masuk sini.

    BalasPadam
  3. I rasa semua orang hebat hebat belaka bila masing masing dah berjaya berada dalam snow world selama 45 minit tu.. Haha.. nak surrender tapi bila fikir sekali sekala bukan selalu.. jadi bertahan juga.. husband suruh tahan juga.. 🤣🤣🤣

    BalasPadam
  4. Wahhhh bestnya. Kalau airah pun mesti tak tahan sejuk. Sejuk aircond pun kadang paling slow inikan kalau join hahahah tahniah semua

    BalasPadam
  5. Mmg kerja gila sangat nie Maha. Sedangkan aircond 16c pon kita dah x tahan sejuknya, inikan pula -6. Awak yg berkulit tebal bolehlah tahan 3 jam, kita kulit senipis bawang nie agaknya boleh tahan berapa lama ? 1 jam pon xsampai agaknya

    BalasPadam
  6. Gigihnya memasing,
    Kalau Rawlins, memang tak tahan la ciaca sejuk nie. Almaklum, kita badan takde lemak hahahaha

    BalasPadam
  7. Bestnyaaa! Nak bawak Balqis lah nanti. Dia duk tanya kenapa Mummy Daddy tak bawak dia pegi tempat snow macam Omar & Hana adoiiii

    BalasPadam
  8. Teringat dulu i masuk snow world ni, masa dalam tu berfuling sakan la atas salji. Main lempar salji. Penuh badan. Tiba² bila keluar ke suhu biasa, tudiaaaa! Basah lenjun baju dan seluar. Huhu

    BalasPadam
  9. yeay! dah jumpa lagi satu tempat best nak beraktiviti di hujung minggu! thanks Maha for sharing the info. Memang kerja giler lah Maha mampu bertahan dalam tu lama-lama.

    BalasPadam
  10. wahhh..kalau TB mesti dah surrender.. hahahaha.. sebab TB ni tak tahan sejuk... menggigil badan.. kalau balik naik train ets malam2 tu.. aircond dia pun dha buat TB sejuk dan tak senang duduk... inikan pulak tempat sejuk beku macam ni.. hahaha

    BalasPadam
  11. Memang giler pun.. Hahaha.. Kalau wawa mmg tak boleh tahan weyyy... Wawa aircond suhu 18c pun tak tahan apatah lagi 6c .... Tapi seronokla kat tgk tengok...

    BalasPadam
  12. seriusly tabik u olssss... i cannot imagine sejuk dia macam mana, since me pun tak tahan sejuk. hari tu ke icity tak dapat masuk sebab pregnan. uwaa, my kids dgn shuben masuk rasanya tak sampai 20 min dah masing2 keluar sebab tak tahan. tahniah pada semua sebab berjaya!

    BalasPadam
  13. haha ingatkan 2 jam tu dah cukup lama dah rupanya yang menang lagi power! Kalau ana dah lama dah give up. Kena angin air-cond pun dah menggigil sejuk ni kan pulak dalam rumah salji. Esoknya boleh demam!

    BalasPadam
  14. hahaha wah unik sgt!! ni sempena event ke hari biasa public pun boleh sahut cabaran ni?? mcm2 ye jgn blk demam sudahh haha pe ni wakk 2 jam je??? kemon!! HAHAHA

    BalasPadam