Amboi Ambrosia,

Kempen Amboi Ambrosia Bersama Datuk Chef Wan Menggunakan Buah Epal Dalam Masakan

Isnin, Jun 17, 2019 Mahamahu 21 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah dengar pepatah orang puteh ada menyebut "An Apple A Day Keeps The Doctor Away". Maksudnya lebih kurang dengan mengambil satu biji buah epal setiap hari buat kita jarang jatuh sakit dan pergi jumpa doktor. Punya hebatlahkan perumpamaan buah yang dikatakan sebagai makanan dan minuman para dewa di zaman Yunani ini.
Tapi sekarang ni semua orang dan boleh menikmati buah epal yang bukan biasa tapi ia adalah Ambrosia Apple yang mula diitemui di British Columbia, Kanada dan kini ditanam di New Zealand. Epal  jenis ini terkenal dengan rasa madu yang manis dan isi yang lebih berjus serta kulit yang lebih licin dan juga berwarna merah jambu. 



Di sepanjang pantai timur Tasman Bay, Nelson telah menjadi pusat untuk epal yang tumbuh di New Zealand sejak tahun 1913 lagi. Siapa tak kenal negara yang memang popular sebagai pembekal buah-buahan segar dan juga terbaik dunia. Tapi sekarang ini kita rakyat Malaysia tidak perlu pergi sampai ke sana untuk dapatkan buah epal ini.



Sekarang ini telah ada dijual di semua pasaraya besar bawah GCH Retail Malaysia iaitu lebih dikenali sebagai Pasaraya Giant. Korang kalau datang beli belah kat pasaraya ini jangan lupa untuk singgah bahagian buah-buahan segar bagi mendapatkan epal Ambrosia special ini. Saiz epal ini bagi Maha sangat besar nak banding dengan epal biasa kita tengok dipasaran.
Brendon Osbron, General Manager Sales & Marketing Heartland Fruit, Datuk Chef Wan dan Hanry Chan Huan Yih, General Manager Lifestyle & Grocery GCH Retail

Bersempena dengan musim perayaan ini Heartland Group melancarkan kempen 'Amboi Ambrosia'. Dimana bagi memberikan galakkan kepada rakyat Malaysia untuk menggunakan buah epal ini untuk makan secara segar atau juga dimasukkan dalam masakan tradisi kita. Mula-mula susah nak percaya juga bahawa kita boleh gantikan dengan buah epal dalam masakan tapi bila tengok sendiri baru tahu. 



Menggunakan kepakaran daripada Chef No. 1 di Malaysia siapa lagi kalau bukan Datuk Chef Wan menjadikan segalanya boleh dan enak. Pada majlis pelancaran kempen ini Datuk Chef Wan telah mengajar kepada semua tetamu yang hadir bagaimana menggunakan buah Apple Ambrosia dalam masakan tradisional.  

Pada hari tu Datuk Chef Wan telah mengajar kami tiga jenis resipi menggunakan buah epal ini iaitu Ambrosia Grilled Calamari Salad, Sup Tom Yum Pumpkin with Ambrosia Apples dan juga Ambrosia Apple Chutney. Kalau yang salad tu orang Melayu kita panggil Kerabu campuran buah betik muda bersama dengan epal Ambrosia yang di potong julian serta juga sotong yang di panggan. Mula tak percaya tapi bila chef buat depan mata dan kami diberi rasa sangat menyelerakan sedap giler.



Kemudian resipi kedua iaitu sup epal bersama labu sangat lazat yer. Maha terkejut bahawa kita boleh buah buah epal jadi sup yang berlemak. Lepas chef siap masak kami diberi rasa dan ia sangat sedap gilerrr. Satu lagi resipi yang dihasilkan oleh Chef Wan hari tu adalah acar dari buah epal. Kita selalu gunakan buah cherry dalam resipi ini, tapi kali ini chef guna buah epal dan masih kekalkan cara tradisi dan juga kesedapan acar tu tanpa jejaskan rasanya. 



Itulah kehebatan seorang chef antarabangsa main campak pun kita tahu makanan yang terhasil akan sedap dan hebat. Lepas ni kita boleh pelbagaikan lagi masakan tempatan dengan menggunakan buah Apple Ambrosia kerana rasanya lebih enak dan juga struktur buah yang lebih rangup bila kita masukkan dalam masakan.

Sedikit tentang penubuhan The Heartland Group iaitu terdiri daripada ahli pakar pomologi (penanam apel) yang berpangkalan di Nelson, New Zealand. Mereka menghasilkan pelbagai variati epal yang dipanggil Luv'ya melalui struktur bersepadu merangkumi pengurusan kebun mereka sendiri, kilang pembungkusan dan pemasaran yang membolehkan syarikat itu mempunyai kawalan penuh ke atas sebahagian daripada perngeluaran epal ini.


Epal lain dalam variasi Luv'ya termasuk Royal Gala, Fuji dan Breaburn. Ambrosia Apple dan variasi lain yang dikeluarkan oleh syarikat ini juga boleh didapati dibeberapa pasaraya besar di Malaysia selain Giant Hypermarket ada juga di Cold Storage and Jason's Food Hall. So masa nak berubah untuk kehidupan yang lebih baik apa kata kita cuba resipi yang chef buat tu. Nak resipi contact Maha nanti Maha kasi ok hehehe.










21 ulasan:

  1. mm yummyyy sedapnyaa apple mmg my favourite! betul, kalau maha tgk movies / rancangan masakan luar negara, apple antara salah satu buah yg mmg selalu digunakan dlm pelbagai masakan dan mmg sedap2 belaka tau! recipe pon senang jugak nk follow unt buat sendiri hehe.

    BalasPadam
  2. bestnya berpeluang rasa air tangan chef hebat ni Maha.. dia buat apa semua jadi sedap kan.. yg sup tu macam best je nak try.. pm resepi dik!

    BalasPadam
  3. Wah, epal pun boleh masak macam-macam jenis makanan. Kena salute Chef Wan ni!

    BalasPadam
  4. ingat buah epal boleh buat jus je. sekarang dah advance boleh boleh lauk masakan lagi. hebat betul chef wan modified bahan-bahan guna buah epal ni. boleh la belajar resepi masak buah epal masak merah. hahaha

    BalasPadam
  5. buah epal mmg favorite satu keluarga saya. tak tahu pulak boleh buat macam2 dengan epal. sebelum ni selalu makan macam tu je. lagi satu nama epal ni mmg macam tu ke? amboi3 haha.

    BalasPadam
  6. macam macamboleh dibuat dengan apple ni rupanya. Nampak sedap lak tu.
    Untungla dapat rasa Chef Wan punya air tangan, masak depan-depan lak tu

    BalasPadam
  7. Kita first time edgr Epal Ambrosia ni. Btw, kita dah pernah cuba guna epal dalam masakan. Not bad juga sb the crunchiness. Mesti hang sonok la kan dapat jumpa Chef Wan. I suka dgr celoteh dia masa memasak. So bilanya nak jemput i join u, tak pun makan masakan u. hmmmmm.

    BalasPadam
  8. First time tau Maha saya dengar pasal epal ni. Selalu makna epal biasa tu je. Main beli je tak ambil tahu pasal nama. Baca entry ni baru thau dan paling terkwjut tu boleh divariasikan dalam masakan. Selalu epal makan macam tu, buat juice dan pie. Yang lian2 tak pernah try

    BalasPadam
  9. Baru tahu rupanya epal ni boleh dijadikan salah 1 bahan dalam masakan. Ingatkan selama ni boleh buat jus je.

    Untunglah maha dapat try sendiri. Nanti share la reaepi kat kitorang.

    BalasPadam
  10. first time tahu pasal buah epal jenis ambrosia ni. Selalunya makan epal fuji je. Chef Wan kalau masak memang suka campak campak je tapi resipi dia marvelous. Suka resipi sup labu epal tu nampak creamy ans nyummy!

    BalasPadam
  11. Love these apples, so fortunate to be able to catch Chef Wan live in action his recipes are sooooo delicious

    BalasPadam
  12. Liez suka apples..bestnya apple ni boleh buat mcm2 menu even dessert atau savoury. Buat kerabu pun sedap, buat apple pie pun sedap.. dpt pulak resepi dari chef Wan mmg terangkat la

    BalasPadam
  13. Nanmpak yummy lah semua hidangan yang disediakan oleh Chef Wan! I like how healthy and creative he used the apple as a food serving!

    BalasPadam
  14. I would so love to try and make that apple chutney.. It already sounds so yummy. Not sure if I have personally tried this type of apple before or not.

    BalasPadam
  15. Honestly I didn't know that we can dish out so many different cuisines with apples. Still it is odd but looking at how Chef Want was doing it...I am drooling already :D

    BalasPadam
  16. Geng2 dengan chef wan ye maha sekarang, hehe. Kalau suruh kita masak something yg ada epal, blur jugak la tak tahu nk masak apa. haha

    BalasPadam
  17. wah. dapat pengalaman bersama chef no 1 negara. teruskan perkongsian. gambar pun cantik menarik

    BalasPadam
  18. advance betul apple sekarang boleh grill, sup tom yam nanti boleh google resepi dan cuba

    BalasPadam
  19. Your blogs are really good and interesting. Siapa tak kenal negara yang memang popular sebagai pembekal buah-buahan Sex Crime Lawyer segar dan juga terbaik dunia. Tapi sekarang ini kita rakyat Malaysia tidak perlu pergi sampai ke sana untuk dapatkan buah epal ini. It is very great and useful to all. Keep sharing more useful blogs....

    BalasPadam
  20. Thank you for sharing this fantastic blog post! Your dedication to delivering valuable information is truly commendable, and I want to express my heartfelt appreciation for your efforts. I'm eagerly looking forward to your forthcoming posts; your website has quickly become a cherished reading source for me. Please do keep sharing your outstanding content with us.
    Cómo Solicitar el Divorcio Estado de Nueva York

    BalasPadam
  21. The post exudes vibrant energy, capturing the essence of the culinary campaign. The engaging narrative and expressive visuals provide a delightful glimpse into the event, leaving readers eager to explore the world of gastronomy. Mahamahu.com's dedication to showcasing cultural and culinary experiences is evident, making it a go-to source for those seeking delightful insights into the vibrant world of food and events.
    New Jersey Domestic Violence Law

    BalasPadam