Dapur,

Resepi Rahsia Mee Goreng Malaysia Yang Enak Dan Lazat Innni Rupanya

Jumaat, Mei 31, 2019 Mahamahu 16 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kadang-kadang kita tak tahu yang makanan biasa kita masak dirumah boleh jadi luar biasa. Hanya dengan satu sentuhan ajaib. Tak adalah yang penting kita tahu bahan yang boleh menambahkan kesedapannya. Sebab itu sekarang ni kalau Maha masak kat dapur akan menggunakan Perencah Innni. 

Sebelum ni Maha tak tahu pun tentang Perencah Innni sebab selalu menggunakan bahan MSG. Kita tahukan yang kalau mengambil MSG dengan kerap boleh mendatangkan penyakit lain pula. Tapi kini dengan Perencah Innni tanpa MSG dan juga menyedapkan rasa makanan. Perencah ni adalah daripada ramuan turun temurun rempah dapur Istana. 

Tak silap Maha pengasas kepada produk Innni adalah Allahyarham Pak Ungku sejak dari tahun 1986. Pengalaman beliau memasak di dapur istana kini dibawa kepada rakyat jelata untuk menikmati keenakan masakan. Ia dalam bentuk serbuk yang menggunakan bahan semulajadi seperti bawang, serbuk lada, tepung dan menjadikan ikan bilis sebagai bahan perisa. Jadi kalau korang letak banyak pun tak ada masalah menjadikan makanan lebih sedap.

Kawan yang rekemenkan pasal perencah ni kat Maha jadi cuba sekali dalam resipi yang selalu Maha masak kat rumah iaitu Mee Goreng Malaysia. Kenapa nama mee goreng ini macam tu kerana ia menggabungkan semua budaya masyarakat di Malaysia hehehehe. Jadi Maha nak share ngan korang cara memasak mee goreng ini. Bahan-bahan yang digunakan pun biasa sahaja cuma yang menjadi ia luar biasa adalah Perencah Innni.

Bahan-bahan memasak :
1 pek NuMee 
1 biji Bawang Besar (ditumbuk)
3 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
1 inchi Halia (ditumbuk)
2 sudu Cili Kering (dikisar)
3 sudu Kicap Lemak 
3 sudu Sos Cili
500 gram Udang
10 biji Bebola Ikan
1 ikat Sawi
100 gram Kubis
1 biji Tomato
1 biji Telur
2 sudu Innni Multi-Purpose Seasoning

Bahan hiasan:
1 batang Cili Merah (potong kecil)
1 batang Daun Sup (potong halus)

Cara nak masak mee goreng ni lain sikit sebab ia ikut cara yang Maha belajar dari arwah nenek. Korang boleh tonton video ini sampai habis ok.


Jadi korang rasa senang tak cara nak buat Mee Goreng Malaysia ini. Arwah nenek Maha yang ajar masa hayat beliau dengan mencampurkan kicap dan sos sekali tapi masa tu tiada perencah Innni jadi beliau masukan garam dan gula siap-siap dalam sos tu. Sekarang ni tak perlu nak masuk garam dan gula kerana dalam perencah Innni ada semua perasa siap. Ia mempercepatkan lagi proses nak menyediakan masakan korang dan paling penting adalah ia menyedapkan lagi makanan.

Selain daripada Perencah Innni ada juga satu lagi produk keluaran mereka iaitu Perencah Goreng & Panggang. Perencah ini pula adalah digunakan untuk menggoreng atau memanggang ayam, daging, udang, sotong, ikan, tempe dan macam-macam lagi. Caranya mudah hanya perapkan perencah ini dengan bahan utama selema sejam atau lebih dan boleh terus goreng atau juga panggang dah siap.
*Gambar sekadar hiasan

Perencah ni telah mendapat persijilan Halal dari JAKIM dan juga persijilan MESTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia. So boleh lah guna tanpa was-was dan yakin produk bumiputera ini. Mana nak beli perencah ni? Hari tu Maha beli kat Agrobazaar. Harga pula hanya RM5.50 untuk Innni Multi-Purpose Seasoning dan RM5.50 untuk Perencah Goreng & Panggang. Jadi tunggu apa lagi dapatkanlah sekarang juga ok. Selamat mencuba semua.

Tempahan dan juga pertanyaan boleh layari :
Email :  umarialenterprise2@gmail.com
Tel : 019-2870474
        03-61889864








16 ulasan:

  1. Macam best je perencah dia nie.
    Yang tak pandai masak macam Rawlins pun mesti boleh guna untuk menhasilkan masakan yang lazat, seperti masakan MM kan?

    BalasPadam
  2. ya Allah.. nmpk sedap2 je sume ni... best nyer!

    BalasPadam
  3. WOW! Meleleh air liur! Awesome video too! Wih the perencah will definitely make life easier and those who don't know how to cook also can cook easily now.

    BalasPadam
  4. belum pernah try lagi Nu Mee tuh.. boleh coba~

    BalasPadam
  5. Ya Allah sedapnya nampak rupa masakannya lepas pakai perencah ni. Nampak senang digunakan tapi mesti rasanya sedap. Lepas ni nak try lah

    BalasPadam
  6. Nampak sedap, Mee dari Gardenia ok tak? tak pernah beli lagi. review cikit hehe

    BalasPadam
  7. Sodap giloz mi goreng tuh.. Baca time2 dah nak berbuka pula.. Perhhhh.. Sodap Sodap sodap

    BalasPadam
  8. Ena pulak dapat petua mertua kalau masak mee goreng nak sedap tumbuk ikan bilis sbagai rencahnya. Memang betul sedap. Tapi bila baca review maha ni ada kandungan ikan bilis, uwhh patutlah maha kata sedap. Hehe. Mudahlah tak payah nak tumbuk pakai lesung dah. Nak kena cuba ni lagi pula resepi dari istana. Makan ni mesti rasa seperti makanan diraja.ewahhh.

    BalasPadam
  9. The seasoning powder looks good! Dapat cepatkan masa untuk masak & x yah prep banyak benda2 terutamanya yang untuk goreng / panggang. Lain kali akan cuba :)

    BalasPadam
  10. wahh dah makin mengancam masakan Mahamahu, ada pulak perencah cam gini lagi le sedap masakan tu. Nanti buat open house masak cam gini gak ya..teringin pulak nak merasa

    BalasPadam
  11. Terbaca blog ni sesudah sahur, mee goreng tu bikin laparlah pula. Nampak sedap perkongsian resepi ni. Nanti nak gi cari produk Innni la. Konfem masakan sis bertambah sedap.

    BalasPadam
  12. macam sedap jer Mee goreng tu, malu rasanya kaum lelaki lebih pandai masak dari kite kaum wanita ni hi hi hi terima kasih diatas perkongsian resepi ini

    BalasPadam
  13. mmg sedap tengok mee goreng tu. masakan simple tapi hasilnya hebat..perencah serbaguna ni memang best kalau ada kat rumah. macam2 kita boleh masak

    BalasPadam
  14. Sedapnya mee goreng Maha. Simple tapi menyelerakan! Nanti nak try laaa perencah serbaguna ni, mana lah tau makin sedap masakan kak nina nanti. Bertambah sayang Geng kat kita.. .

    BalasPadam
  15. Kenapa pernah dgr nama perencah ni? Ada jual kat Tesco AEON ke? nak try gak la nanti nampak menarik je.

    BalasPadam
  16. Wahhhh ini lah mee kuning viral tu ? Ramai yg hangat perkatakan mengenai mee ni. Banyak rupanya produk masakan daripada Inni nie ya. Macam2 ada. Nanti nak berbelanja produk2 Inni lah utk raya

    BalasPadam