Berjaya Time Square,

MFC - Malaysian Food Culture Menggabungkan Makanan Kesukaan Rakyat Malaysia

7:00 PG Mahamahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Satu restoran yang Maha pergi kali ini adalah sebuah restoran yang menggabungkan makanan kesukaan semua rakyat Malaysia. Kerana negara kita kaya dengan pelbagai kaum dan bangsa ia mampu menjadi satu elemen yang menyatukan semua di bawah satu bumbung. Itu lah Maha dapat terjemahkan dalam restoran Malaysian Food Culture - MFC

Restoran ini terletak di sebuah pusat beli belah popular di tengah-tengah Kuala Lumpur iaitu Berjaya Time Square. Ia berada di tingkat 3 kalau korang datang daripada Pawagan GSC kat sebelah kanan terletaknya restoran ini. Restoran ini baru sahaja beroperasi tak silap Maha dalam 2 bulan yang lalu. Kalau korang yang datang beli belah kat sini memang sesuai untuk singgah makan di sini.





Restoran ini adalah mesra muslim yang menyajikan makanan dari sumber halal dan mereka juga dalam proses permohonan Halal dari JAKIM. Masa Maha datang makan kat sini hari tu memang suasana dalam restoran sangat selesa. Boleh tengok konsep ada seperti sebuah kopitiam tapi ada juga terapkan rekaan modern dalam dekorasi kat sini. 




Kalau time waktu rehat hari berkerja kat sini ramai orang makan sebab boleh dapat macam-macam pilihan makanan. Buat korang yang suka masakan ala Chinese kat sini ada beberapa jenis masakan berasaskan mee. Maha hari tu sempat cuba ada empat jenis masakan mee iaitu MFC Char Kuew Teow, Dry Egg Noodle with Curry Chicken, Claypot Spicy Pan Mee dan juga Hokkien Mee.
MFC Char Kuew Teow - RM12.90

Hokkien Mee - RM12.90

Daripada empat ini yang paling Maha suka adalah yang Dry Egg Noodle kerana ini adalah satu masakan masyarakat china yang juga mengekalkan cara penyediaan mee tersebut. Bagi Maha gabungan mee dan juga kari ayam tu sangat padan dan satu pinggan tu memang Maha boleh habiskan seorang. 
Dry Egg Noodle with Curry Chicken - RM13.90

Kalau korang suka yang lebih sihat dan juga banyak bahan didalam tu korang boleh cuba yang Claypot Spicy Pan Mee. Tengok penuh ada dalam satu mangkuk tu sayuran, daging ayam cincang dan juga perasa yang cukup. Ia agak pedas sikit dan juga menjadi pilihan ramai orang yang selalu datang sini.
 Claypot Spicy Pan Mee - RM11.90

Kalau yang nak makan nasi kat sini ada juga pilihan nasi bukan mee sahaja tau. Kalau masakan nasi ini mereka lebih kepada masakan Melayu. Kat sini ada banyak pilihan dan yang telah Maha cuba hari tu iaitu Fried Nasi Lemak Goreng, Nasi Lemak in Parcel Telur Bungkus, Pan Grilled Chicken Chop dan juga Satay Fried Rice & Fried Egg. Biasalah orang Malaysia suka makan Nasi Lemak tak kira masa.
Nasi Lemak in a Parcel (Telur Bungkus) with Sambal Petai and Prawn - RM17.90

Satay Fried Rice & Fried Egg - RM12.90


Kalau tanya menu nasi ini yang paling Maha suka adalah Pan Grilled Chicken Chop. Ini adalah signature dish mereka di sini. Boleh rasa daging ayam yang dipanggan masih berjus dan juga lembut di dalam rangup di luar. Kena sangat makan dengan nasi goreng boleh kenyang puas makan.
Pan Grilled Chicken Chop - RM16.90

Juga korang boleh tengok Nasi Lemak mereka kat sini tidak kedekut langsung dengan bahan-bahan. Lengkap ada kat dalam satu pinggan seperti kacang goreng dan ikan bilis, timun, telur dan juga sambal yang tidak pedas sangat. Nasi Lemak ni boleh pilih lauk pelbagai jenis seperi Sambal Petai dan Udang, daging ayam dari pilihan Ayam Goreng Berempah, Ayam Kari, Rendang dan Original
Fried Nasi Lemak with Chicken Rendang - RM15.90

Puas semua makanan kat sini memang banyak sangat. Minuman pula kat sini korang wajib cuba mereka punya White Coffe yang original dan juga  Teh Tarik. Dihidangkan dalam cawan klasik yang unik ni memang best macam minum kat kopitiam. Minuman lain yang menarik kat sini Maha order untuk yang sejuk korang boleh pilih Longan Cincau. Sangat sejuk dan menyegarkan selepas makan pedas dan panas.
Teh Tarik (Hot) - RM3.80

Longan Cincau - RM5.80

So korang rasa nak datang makan kat sini tak selepas Maha tunjuk semua menu-menu ini. Kalau korang tak masuk dan cuba korang tak tahu macam Maha juga. Bila dah masuk dan makan sendiri baru tahu sini semua makanan mereka adalah yang asli dan berkualiti. Mungkin kalau hujung minggu korang shopping kat mall ni boleh lah makan tenghari di sini.



Restoran ini buka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga ke 10.00 malam. Mereka buka awal sebab ada sediakan makanan sarapan pagi untuk pekerja yang datang awal ke sini. Bulan puasa ini mereka ada buat promosi Ramadan Special dengan setiap pembelian mana-mana main course korang boleh dapat minuman yang terpilih dengan harga hanya RM0.90 sahaja. Nanti korang yang dah cuba tinggal komen kat post Maha ni nak tahu juga pendapat korang makan kat sini ok. Selamat mencuba. 

Promosi dan juga info lanjut layari laman sosial mereka :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 4/5





14 ulasan:

  1. ya ampun banyaknye menu dia yang sedap-sedap ek, aku tengok pun dah nak terliur ni hahuaahuaha tempting betul. next time kalau ke Times Square harus lepak di sini lah pekena teh tarik

    BalasPadam
  2. Fried nasi lemak? Wah menarik tu, tak pernah jumpa lagi. Selalu makan nasi lemak biasa ja. Dah lama tak ke Times Square, kalau pergi nanti nak try tu lah

    BalasPadam
  3. teringin nak rasa hokkien mee tu sebab nampak macam sedap jerrrr , nasi goreng satay pun nampak sedap....pergi TS kang bolehlah cuba

    BalasPadam
  4. pergh, terliaur tengok menunya, bila pergi beli belah kat sana nanti boleh try makan kat sini..tapi lepas bulan puasa la..hahah

    BalasPadam
  5. DUk tgk maha update MFC ni la kat Instagram rasa macam teringin sgt nak pi. Makanan dia macam simple simple tapi kena ngan selera.

    BalasPadam
  6. Menu dia nampak sedap terutaman Hokkien Mee tu..yumm yummm. Boleh le sis singgah sini nanti kalau ada kat area sana

    BalasPadam
  7. wahhh best nie. restoran yg menyajikan makanan2 tradisi malaysia. now dah tak buntu nak pergi mana kalau kawan ajak makan makanan yg tradisional. nampak sedap pulak tu semuanya. nyum !!!!!

    BalasPadam
  8. Tak pernah lagi makan dekat restoran di BTS tu, selalunya pergi area food court je. Lepasni kalau shopping dekat sana boleh singgah makan claypot pan mee dia!

    BalasPadam
  9. awakkk.. pawagan GSC tu cinema baru ke wakk?? oppss.. hehe. Saje usik, jgn mare ye... Dalam bebanyak menu tu tertarik dengan fried nasi leemak tu.. camne rasa dia wakk??

    BalasPadam
  10. cantik ladekorasi kedainya. dengan payung-payung cina tu.. simple tapi nampak ada karektor. menu-menu dia nampak menyelerakan. foodculkture ada banyak kan..rasnya pernah pergi yang dekat Aeon Big wANGSA mAJU

    BalasPadam
  11. Wah! Seronoknya ada MFC! Terbaiklah! Semua makanan tradisi yg kita nak, boleh dapatkn dkt sini je. Takya nak risau ousing² cari kedai byk². Tuju satu tempat dan ordee sampai lebam. Kih³. Terbaiklah

    BalasPadam
  12. Boleh tahan jugak harga2 nya, standard harga. Bulan2 puasa ni memang macam ni la kot eh. Tengok gambar makanan semua nampak sedap, pastu mula la terliur hahahah

    BalasPadam
  13. Hokkien mee tu buat kita tergoda... Semua nampak sedap menyelerakan! Jommm lanje kak nina

    BalasPadam
  14. Wah murah yer promosi tu. Berbaloi sungguh pergi makan kat sini. Thanks sharing tempat best ni, bila2 nnt nak pergi makan sini dengan family

    BalasPadam