Ara Damansara,

Selera Kampung Ramadhan Di Nate Bistro Ara Damansara Memukau Nafsu

Jumaat, April 12, 2019 Mahamahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu Maha update pasal bufet Ramadan di hotel-hotel besar dan juga dewan besar yang mewah. Tapi kali ini Maha nak bawa korang mencuba menu untuk berbuka puasa dengan konsep Selera Kampung Ramadhan daripada Nate Bistro yang terletak di Centum @ Oasis Corporate Park Ara Damansara.


Sekali dengar nama restoran ni korang mesti ingat ia menyajikan hidangan barat atau juga steak. Tapi tidak sebenarnya Nate Bistro ini adalah restoran masakan Melayu tradisional sepenuhnya. Begitu juga dengan bulan puasa nanti mereka akan sajikan lebih 50 juadah makanan tradisi yang akan bertukar setiap hari sepanjang bulan Ramadhan nanti.







Kalau dah sebut selera kampung mesti akan ada masakan kampung yang popular seperti Ayam Ungkep, Paru Berlado, Kuzi Kambing, Ayam Masak Sumur, Patin Sulur Keladi Asam Tempoyak, Kangkung Belacan, Sambal Udang Petai, Siput Sedut Masak Lemak Batang Keladi, Buncis Goreng, Daging Palembang, Kari Ayam Minang, Pajeri Terung, Labu Dan Pucuk Manis Masak Lemak, Sayur Goreng Jawa dan Rendang Ayam.







Ni semua menu masakan utama yang wajib kena cuba sebab masih dapat rasa keaslian masakannya. Boleh makan bersama dengan nasi putih atau juga nasi impit yang disediakan. Selain itu juga ada lagi kat bahagian Gulai Kawah, Asam Pedas Ikan Pari dan juga Ayam Goreng Berempah dalam kuali besar dimasak panas-panas.






Terdapat bahagian menyediakan ikan bakar yang mengharumkan dalam satu restoran tersebut boleh makan dengan kuah asam. Dilengkapi lagi juadah buka puasa kali ini dengan pelbagai jenis kerabu antaranya ada Kerabu Pucuk Paku dan Taughe, Kerabu Mangga, Ikan Masin, Ulam-ulaman dan pelbagai jenis sambal yang memikat. Tak ketinggalan masakan kampung kena ada Pecal makan bersama Telur Masin memang ini terbaik lah pasti ramai akan suka.





Juadah untuk meraikan orang berpuasa ini kena ada sesuatu yang manis selain daripada buah kurma kat sini mereka ada pelbagai juadah pencuci mulut tradisi seperti Pengat Pisang, Kuaih Koci, Popiah Sambal, Kuih Seri Muka, Tapai Pulut, Kiuh Kole Kacang dan banyak lagi. Juga ada beberapa pencuci mulut modern yang memberikan lebih banyak variati kepada pelanggan yang datang nak berbuka puasa di sini.








Kebanyakan pekerja dan juga penduduk di area ini memang dah kenal akan restoran ini kerana kalau hari biasa mereka menyajikan lauk-pauk nasi campur. Dalam bulan puasa ini pun masih sama tapi ia akan dibuka dari pukul 7.00 malam hingga pukul 10.00 malam bermula tarikh 6 Mei hingga 1 Jun 2019 sahaja. 

Harga buka puasa

Early bird sebelum tarikh 4 Mei 2019
RM55.00 nett setiap orang dewasa

Harga Walk- in 
RM65.00 nett setiap orang dewasa 
*Percuma untuk kanak-kanak di bawah 7 tahun







Jangan risau kalau korang tengok ia cuma restoran yang kecil tapi dalam tu mampu untuk memuatkan lebih daripada 200 orang pelanggan yang datang dalam satu-satu masa. Juga terdapat bilik solat khas untuk jemaah lelaki dan wanita yang nak menunaikan solat Maghrib dan juga Isyak sebelum sambung semuala makan sehingga kenyang.   

Tempahan dan pertanyaan tentang pakej buka puasa di ini sila hubungi : 
Tel : 03-76802840







       

14 ulasan:

  1. Adoi menggodanya lauk pauk tu semua! Masak lemak labu & pengat pisang memang favourite i. Harga pun not bad tu.

    BalasPadam
  2. Suka lauk pauk melayu camni. Harga berpatutan & for me tak mahal pun utk food byk jenis camni :)

    BalasPadam
  3. Allah.. Rasa nk ngis tengok menu yang super duper sedap ni Maha. Selera kampung,memang layan la.. Teringin nk makan siput sedut. Ulam ulaman. Alahai..

    BalasPadam
  4. Pehh, terliur betul tgk hidangan ni time2 lapa ni. Kuih muih dgn pecal tu mmg nampak menyelerakan. Dekat oasis ye? dekat je boleh la try pegi nanti.

    BalasPadam
  5. Kalahlah pandangan mata kite tengok makanan sedap-sedap. Terliur betul Ikan Patin Tempoyak tu.. Fav kite tu... Ada Pecal lagilaaa. Harap bulan puasa nnt boleh rasa makanan ni semua...

    BalasPadam
  6. Telan ailio tengok lauk lauk dia semua sedap nya lahaiiii... So my taste bud😋😋😋

    BalasPadam
  7. The food looks so mouthwatering, can't believe Ramadan is starting soon since the restaurant is small better book your spot before it's too late.

    BalasPadam
  8. Wah tak sangka ade tempat mkan sedp ni.. Tengok lauk dia memgsemua sedp. .Lagi siput sedut tu. .Wah menarik ni. .Boleh datang sini.. Harga pun murah. .Sedapla tengok semua. .Mau kenyang datang sini

    BalasPadam
  9. Walaupun hanya restoran kecil tapi menu dia banyak gak kan..
    Kalau sedap why not kita cuba x kira kecil atau besar restoran tu, janji sodap..hehehe

    BalasPadam
  10. Pemilik restorn ni ornag kelantan ke Maha ?Yela nama restoran Nate' kan. Tiba tiba teringatlah pkaj kawna kelantan kalau bergurau suka sebut nate mu. .hahaha . .by the way lauk pauk yang ada di restoran nampak sedap dan menyelerakan buat perut lapar pulak

    BalasPadam
  11. wahh nate gapo tu ? eh

    nampak menyelerakan betul ya hidangan2 di Nate Bistro nie. baru first time dengar nama restoran nie. nampak gayanya kena pergi nie bawa satu family makan2 kat situ. harga dia harap2nya affordable lah yer. takutt juga bila nama bistro2 nie. hihi

    BalasPadam
  12. Actually kedai ni betul2 depan ofis emi. Lunch selalu jugak la makan kat sini. Tapi area situ memang tak banyak kedai makan. No choice..

    BalasPadam
  13. Patin Sulur Keladi Asam Tempoyak tu nampak menyelerakan, sedap dimakan sekali dgn nasi ni. Byk makanan dihidangkan. Mmg best ni!

    BalasPadam
  14. Selera kampung macam ni laa best masa berbuka puasa.. teringat menu2 yang mak selalu sediakan di kampung dulu..harga pon berpatutan..boleh laa bawa ahli keluarga dan kawan2 makan kat sini..

    BalasPadam