Malaysia,

Master Pasto Spaghetti Ready-To-Eat Halal Buatan Malaysia

Selasa, April 02, 2019 Mahamahu 21 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah kenyang sangat hari ni dapat makan spaghetti segera. Kalau nak masak sendiri memang tidak lah sebab kesibukan kerja dan juga tiada masa nak sediakan semua bahan- bahan. Tapi sejak Maha dah jumpa dengan Master Pasto Ready-To-Eat ni memang sangat mudah untuk nikmati spaghetti yang Halal.  


Ia adalah produk makanan buatan Malaysia dari Lioco Food Industries Sdn. Bhd. yang berpusat di Pulau Pinang. Jadi sebab tu Maha sangat yakin nak makan spaghetti ni. Maha suka makan walaupun banyak kali kerana ia adalah produk sihat tanpa bahan pengawet dan tanpa MSG. Tapi masih dapat rasa kesedapan spaghetti dan kuahnya. 


Hari tu Maha masa kat office tak sempat nak keluar makan sebab banyak sangat kerja sampai lupa nak makan. Jadi Master Pasto ni lah menjadi peneman waktu lapar Maha. Mudah jer nak sediakan pasta ni kalau ada kat pejabat atau kat rumah. Cara nak menyediakannya pun hanya semudah 1,2,3.


Cara menyediakan Master Pasto:-

1) Didihkan air panas dalam periuk atau boleh guna cerek elektrik.
2) Kemudian rendamkan pek spaghetti dan pek sos didalam air panas tadi selama 3 minit.
3) Keluakan pek tadi dari air panas dan buka serta tuang spaghetti dan sos dalam pinggan siap untuk dimakan. 

Senangkan dan jimat masa tak perlu nak pening-pening cari makan kat luar. Produk paling murah dan mudah untuk disediakan bagi Maha. Bestnya pulak ada macam-macam rasa spaghettinya tu korang boleh pilih nak Spaghetti Bolognese with Chicken, Spaghetti Aglio Olio with Chicken dan juga Spaghetti Mushroom Cream Sauce




Antar tiga ni kalau korang tanya Maha yang mana paling sedap semuanya sedap tapi paling Maha suka makan banyak kali pun tak apa yang ada kuah bolognese tu. Dapat rasa kuah sos tomato dan juga ketulan daging ayam. Satu kotak ni cukup sangat untuk satu hidangan makan kalau Maha seorang makan lah. 


Nak beli produk Master Pasto ni korang boleh order online sahaja kat laman web mereka atau kat sosial media yang Maha share kat bawah ni. Harga hanya satu kotak lebih kurang RM7.90 sahaja tapi kalau nak lagi murah korang beli bundle banyak boleh simpan tahan lama produk ni. Tambahan kalau nak pergi travel luar negara produk macam ni lagi senang bawa dan makan kat sana tak perlu nak bimbang cari makanan Halal.


Maha suka produk ni sebab tu kat rumah dan pejabat ada simpan stock. Kalau rasa malas nak masak dan nak cepat sediakan sahaja Master Pasto mesti kenyang punya. Nak sedap lagi korang boleh jer tambah macam telur goreng ker atau taburkan cheese kat atas tu mesti lagi sedap dan lazat sehingga menjilat pinggan wakakaka. Nanti korang cuba ok. 

Nak membeli layari :-







21 ulasan:

  1. Meneyelerakan...
    mudah dan jimat masa..

    BalasPadam
  2. Nampak menyelerakan Maha makan tu. Kalau tak sempat nak masak dan lapar sesangat zass terus spaghetti ni. Ada 3 perisa tu yang kita boleh pilih kan?. Aglio Olio pilihan akak la gitu.

    BalasPadam
  3. wow lots people sharing this, I bet is good to try it out. until now not yet as not seen it yet. But last time saw in Giant but now no.. mmm..

    BalasPadam
  4. senang sgt aih nak masak pasta lepas ni..bolehlah buat stok bulan posa..mak2 yg terkejor kejor masa boleh masak hat ni kan

    BalasPadam
  5. Master Pasto Ready-To-Eat sounds like a good idea for quick meal anytime anyday. nak try it out one day la. hope to get it at the supermarket near me

    BalasPadam
  6. senang dah sekarang ni kan semua ada makanan instant. mudah untuk ibu-ibu yang tak sempat nak masak banyak menu untuk family. bolehla cuba untuk bulan ramadhan ni

    BalasPadam
  7. nampak sedap giler,,,senang bila ada dijual macam ni..kiranya kalau nak pergi travel dengan anak kecil tak pening kepala nak cari makanan yang digemari oleh anak2

    BalasPadam
  8. Bestnya dia. Pandai masak tapi dapat gak produk nan best gini. Macam best kalau dibuat bekalan time travel kan? Nanti belanja la Rawlins ye

    BalasPadam
  9. Alaaa... Makan tak ajak! Dah laaa memek muka tu menyelerakan sungguh. Huhuuu. .
    Senang cepat mudah.. Leh bawak travel ni. Sesuai sangat

    BalasPadam
  10. Lia penggemar pasta tapi kalau busy mmg x sempat prepare . Master pasto ni mudah sangat. Cara penyediaan senang .Kalau travel jauh mmg kena bawa.

    BalasPadam
  11. Allah.. Godaaan sangat la pagi pagi tengok Maha makan spagetti tu. 😄😄
    Sedapnya la hai..
    Macam nak kena try jugak ni..
    Tak boleh jadii..
    Mudah juga ada yang instant macam ni kan..
    Cpat dan mudah.

    BalasPadam
  12. Menyelerakan sungguh tengok mahamahu makan. Ni yg buatkan sis nak cuba gak ni. Tapi senang gak ekk penyediaan dia, tak yah renyah2 nak buat mcm2 kerja swmata nk masak 1 hidangan je

    BalasPadam
  13. Senang kan nak prepare master pasto ni? Iza dah rasa dh 3-3. Memang sedap. Fav iza bolognese tu. Master pasti ni sesuai la untk org yg tak sempat nak masak.

    BalasPadam
  14. Ha sesuai sangat lah instant pasta ni untuk Fadzi. Sekarang ni bila dah ada baby baru pastu Aneeq dah start sekolah, serius sibuk sangat nak masak. Fadzi kalau ter skip sekali meal, memang terus out. Muntah, sakit sebelah kepala, memang tak boleh buat ape. kalau ada instant pasta ni senang je la fadzi nak masak untuk makan sendiri. tak de la asyik duk muntah muntah pening kepala

    BalasPadam
  15. wahhh mudahnya...kalau tahu pasal produk ni awal2 saya dah tapau masa nak gi korea hari tu....senang dan mudah kekdahnya...next2 time travel boleh belin dan bawak....thanks maha

    BalasPadam
  16. my kids love pasta and spaghetti.. yet to try out this brand.. looks great on ur review. can try try

    BalasPadam
  17. Senang skrg kan dh ade spaghetti segera... Xdela asik nk mkn mee segera shj. Hehehe .. Penyediaan dia mudah sesuai utk yg travel or pergi bercuti

    BalasPadam
  18. Amboii. .Mudahnya bila dah ada spageti segera nie.. Nampak sedap jika tgk maha mkn.. AM pun nak cuba juga la..

    BalasPadam
  19. Mudahkan dah ada master pasto ni..buat stock kat rumah,kotlah tak sempat nak masak,takdelah anak kelaparan..hehe

    BalasPadam
  20. Eh not bad, RM 7.90 utk pasta. Kat luar beli kat kedai dah 10 hengget beberbelas hengget sampai dua poloh hengget! Ni nampak portion besar jugak. Not bad lah!

    BalasPadam
  21. this looks so yummy.. i feels like wanna eat, too! so easy to prepare.. yeah yeah!

    BalasPadam