Buffet Ramadhan,

Buffet Iftar Ramadhan Untuk Warga Kajang Dan Setempat Dengannya Dari Djarilicious Catering

Rabu, April 03, 2019 Mahamahu 16 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Untung warga Kajang kerana bulan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi boleh berbuka puasa dengan harga yang sangat murah. Bertempat di De'Orchid Glass Hall Tingkat Empat Plaza Metro Kajang akan menyajikan juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Djarilicious Catering


Ada lebih 40 jenis hidangan yang ada kat sini membuat korang yang datang nanti akan rembang mata nak makan mana dulu. Maha sendiri pun dah datang mencuba semua makanan kat sini sewaktu majlis mempromosikan bufet iftar Ramadhan mereka. Dewan ni sangat besar kalau masuk boleh muat  lebih kurang 350 orang dalam satu-satu masa. Jadi memang sesuai sangat nak berbuka bersama keluarga kat sini.








Makanan yang disediakan semasa bulan puasa nanti untuk korang berbuka seperti Nasi Beriani, Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Rempah, Ayam Cili, Ayam Masak Kicap, Ayam Goreng Rempah, Daging Rendang, Daging Masak Hitam, Gulai Kawah, Acar Buah, Papadom, Lala, Kupang, Terung Balado, Ikan bakar, Masak Lemak Ikan Masin Nenas, Masak Lemak Pucuk Ubi, Daging Salai, Kerabu Mangga, Kerabu Kacang Botol, Dalcha Sayur, Kurma Telur dan Ulam-ulaman.








Tu baru menu utama dalam bufet ini terdapat juga konsep gerai-gerai yang dibina keliling dewan untuk menempatkan beberapa makanan popular dari Kajang. Gerai-gerai ni pula diberi nama mengikut jalan-jalan yang ada di kawasan kajang. Macam gerai no satu ni menyediakan Nasi Lemak Champion dan bahan-bahan utama nasi lemak seperti Sambal Ikan Bilis, Sambal Sotong, Telur Rebus, Ikan Bilis, Kacang Goreng dan Timun.  



Kat gerai kedua pula ada sediakan juadah seperti Satay Ayam dan Daging serta Kambing Bakar. Tapi gerai ini hanya akan disediakan pada hari minggu sahaja tau. Sebab tu hari minggu harga iftar ni pun lain dari hari biasa. Gerai no tiga menyediakan sajian berasas mee seperti Mee Sup, Bihun Sup dan juga Kue Teow Sup. Gerai no empat pula menyediakan makanan seperti Pecal dan Rojak Buah.




Ada lagi tak habis lagi Gerai no lima pula menyediakan pelbagai jenis kuih-muih tradisional seperti Karipap, Koci, Roti Jala, Samosa, Kuih Cara, Kuih Bakar dan banyak lagi. Gerai no enam ini pula special menyediakan minuman popular rakyat Malaysia iaitu Teh Tarik. Juga untuk gerai no tujuh dan no lapan yang sediakan pelbagai jenis minuman menyegarkan serta termasuk Cendol dan ABC.




Jadi korang rasa mana yang korang nak makan dulu bila bulan puasa nanti. Kalau korang tanya harga kat sini ada banyak harga berbeza kena tengok betul-betul jangan tersalah pulak. 

Hari biasa Isnin - Jumaat 
> Harga walk-in
Dewasa RM45.90 / Kanak-kanak RM35.90

> Harga tempahan awal sebelum pukul 6 petang
Dewasa RM39.90 / Kanak-kanak RM29.90

Hari Sabtu dan Ahad
> Harga walk-in
Dewasa RM 54.90 / Kanak-kanak RM 44.90

> Harga tempahan awal sebelum pukul 6 petang
Dewasa RM49.90 / Kanak-kanak RM39.90

Group Booking Online
Dewasa RM499 (10pax) / Kanak-kanak RM35.00/pax

*Kanak-kanak bawah 5 tahun percuma 




Jadi kalau korang rasa nak datang sini korang buat jer tempahan awal dengan hanya buat satu panggil telefon atau whatsapp kat mereka. Terus korang akan dapat harga yang murah tu. Bufet buka puasa kat sini akan bermula 8 Mei hingga 2 Jun 2019 dari pukul 6.30petang sehingga 9.30malam. Korang datang lah sebab harga sangat berbaloi bagi Maha. Selamat menjamu selera semua ok.  

Sebarang tempahan hubungi atau whatsapp:- 
016-509 8532 (Hotline)
016-920 8532 (Amy)
016-660 8532 (Farhan)






16 ulasan:

  1. dgn pilihan menu pelbagai tu..dpt harga bawah rm50 mmg murah la...lapar blk la tgk menu2 tu...gmbr plak kemain zoom kan haha....

    BalasPadam
  2. amboihh maha jual apa tu kat gerai? ahahaha ...

    bestnyaaa nampak klasik sungguh tempat iftar nih , lapik meja tu pakai kain batik yer...bestnyaaaa lahaiii ..teringat zaman kanak2 menu pun semua namapak sedap

    BalasPadam
  3. few years no go to Kajang, glad you share here as we plan to go dine with fam. Not sure where the location but glad to see your post here. I can let my fam to know this too, maybe they have friends interest to go dine too.

    BalasPadam
  4. Wow, variasi makanan sangat pelbagai. Harga dia snagat murah ya. Bawah 50 kot. Susah nak dapat harga mcm tu skarang nie. Tambah2 area Kajang. Mesti bawa family nie dtg berbuka kat sini.

    BalasPadam
  5. De'Orchid Glass Hall Tingkat Empat Plaza Metro Kajang looks like a nice place to dine with friends and family. the food from Djarilicious Catering look so delicious too. yummy

    BalasPadam
  6. Banyaknya pilihan dan harga pon sangat berpatutan..ni kalau nak belanja keluarga berbuka disini pon berbaloi2 ni..

    BalasPadam
  7. Awas yeeee makanan ni nampak sedap semuanya! Kte dah terliur dah ni wak dah la harganya sangat2 berpatutan

    BalasPadam
  8. amboiiiiiii makanannya semua nampak sedap2...terus rasalambat lagi ke puasa hahahahaha...pakej dia sangat berbaloi kalau buat gathering kat sini esti best dan meriah

    BalasPadam
  9. Sedapnya tgok hidangan dia. Mesti best kalau dapat berbuka puasa kat sini. Murah pun murah..kat KL susah nak dapat harga macam ni

    BalasPadam
  10. Pernah makan lauk pauk Djarilicious ni. Memang sedap sedap belaka .Tak rugi makan tau .Harga yang ditawarkan pun berpatutan .Bawah RM50 tapi dapat makan banyak menu .

    BalasPadam
  11. syok nya dapat berbuka puasa di sini.. nampak sedap nya semua makanan... worth to eat the buffet there... yummy!

    BalasPadam
  12. Semua menu npk sedap belaka..byk nya menu tergoda l

    BalasPadam
  13. UISH....that endless food choices buat terliur. Percaya ke tak paling rindu is the acar buah, sebab Yana perasan selalunya time puasa je acar buah macam lebih sedap.

    BalasPadam
  14. Wah....sedapnya. rasa lapar pulak tengok ni. Thank you for sharing. Boleh saya kiv for my wedding soon.

    BalasPadam
  15. Mintak maaf lah nak tegur sikit Maha.. lain kali jangan up gambar sedap-sedap kat blog maha ni.. kang TB mula la datang penyakit.. penyakit air liuq melelehhhh.. hahahahaha.. lapar kot tengokkk.. suka je amik gambar makanan buat orang lapar tengok.. dah la jauh tau kita nak pi kajang / bangi ni.. hahaha.. kalau time ramadhan dapat makan buffet ramadhan gini.. lepas sebulan mau i is montel.. haha

    BalasPadam
  16. Fuhhh mengiurkan gambar madi ni. Untunglah warga Kajang ada makan berbuka puasa masakan ala bonda kita ni. Akak suka sambal udang tu. Semua akak suka lah kiranya. Hahaha.

    BalasPadam