Essentiale,

Essentiale Merayakan Hari Hati Sedunia Dengan Kempen 'The Silent Hero in You'

Ahad, April 21, 2019 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hati adalah organ kedua terbesar di dalam badan manusi, tetapi kepentingannya sering diabaikan. Bersempena dengan Hari Hati Sedunia 2019, Essentiale®, jenama penjagaan hati No.1* terkemuka di dunia melancarkan kempen kesedaran bertemakan "The Silent Hero in You". Kempen ini bertujuan untuk mengetengahkan kepentingan kesihatan hati sambil menggesa para pengguna untuk menjaga shati mereka. Organ ini diam-diam melaksanakan lebih daripada 500 fungsi setiap hari, supaya kita dapat menjalani kehidupan normal.


Terdapat salah fahaman umum bahawa hanya mereka yang mengambil alkohol, sering kali makan berat atau makan berlebihan mudah terdedah kepada kesihatan hati. Kebenaran adalah, individu yang tidak menjaga hati mereka juga boleh terdedah kepada risiko Non-Alcoholic Fatty Liver Disease (NAFLD). NALFD disebabkan oleh pengumpulan lemak dalam sel-sel hati akibat gaya hidup yang tidak seimbang. Penyelidikan menunjukkan 22.7% penduduk pinggir bandar di Malaysia mengalami NAFLD. Dalam erti kata lain, ada kejadian hati berlemak yang tinggi di negara ini di mana 1 daripada 5 rakyat Malaysia menderita penyakit ini.


"Hari Hati Sedunia ini, satu hari yang dirayakan di seluruh dunia pada 19 April setiap tahun, Essentiale® mengambil langkah-langkah aktif untuk memberi pencerahan kepada rakyat Malaysia mengenai perubahan gaya hidup harian yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan hati mereka," kata Helen Lee, Brand Lead, Sanofi Consumer Healthcare.



"Kempen ini akan menyaksikan Essentiale® melancarkan pelbagai kandungan sosial seperti video YouTube dan animasi Facebook mengenai rutin senaman mudah dan tips gaya hidup yang boleh diikuti dan disesuaikan untuk memastikan kesihatan hati yang optimum dapat dicapai. Essentiale® juga akan bekerjasama dengan Celebrity Fitness untuk menganjurkan aktiviti dan promosi pada bulan April untuk menggalakkan kehidupan yang sihat" tambahnya lagi.



Essentiale® terdiri daripada 76% fosfolipid penting yang dikeluarkan dari kacang soya untuk menguatkan membran hepatosit untuk proses metabolik yang lebih baik. Ini membantu membaiki sel-sel dan memulihkan fungsi penting hati dengan mengambil 2 kapsul 3 kali sehari. Di samping itu, terbukti bahawa gejala yang berkaitan dengan NAFLD dapat dikurangkan dengan Essential Phospolipid.

Essentiale® boleh didapati di farmasi dan kedai penjagaan peribadi di Malaysia dengan harga runcit RM76.13 (50 Kapsul, termasuk SST). Dapatkan nasihat lanjut dari doktor anda bagi penjagaan kesihatan setempat sebelum mengambil Essentiale®. 

Info lanjut tentang Essentiale dan perkembangan terbaru layari:-






0 Pandangan: