Barnana Leaf,

Briyani Hari Ahad Dalam Periuk Tanah Liat Hanya di Restoran Barnana Leaf

Isnin, April 08, 2019 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa sini yang tak sukan makan Nasi Briyani kalau ada tu memang dia hilang satu nikmat dunia. Ye lah makanan yang sangat sedap dan semua orang nanti-nantikan setiap kali dihidangkan pada majlis keraian atau majlis tertentu sahaja. Tapi kini boleh nikmati setiap hujung minggu sahaja di Restoran Barnana Leaf.


Korang mesti tak tahu kat manakan restoran ni sebab Maha sendiri mula-mula tak jumpa juga tapi kalau korang search kat Google Maps akan jumpa restoran ni terletak di Jalan Kamunting, Chow Kit. Paling senang nak cari korang tengok jer Hotel Red by Sirocco kat bangunan tu bahagian bawah adalah nampak restoran ni. 




Maha pergi hari tu mencuba mereka punya menu istimewa iaitu Briyani yang hanya boleh didapati pada hujung minggu sahaja. Kalau hari Ahad korang tak tahu nak makan apa boleh lah datang restoran ni dah nikmati Briyani Sri Lanka. Briyani mereka ini ada dalam 3 jenis iaitu Mutton Briyani harga RM24, Chicken Briyani harga RM18 dan Vegetable Briyani harga RM12

Mutton Briyani harga RM24

Chicken Briyani harga RM18 

Vegetable Briyani harga RM12

Kalau korang tanya Maha antara 3 ni yang paling suka adalah Chicken Briyani mereka memang dapat rasa ayam yang lembut dimasak dalam nasi dan rempah ratus resepi asli dari Sri Lanka. Pulak tu dihidangkan dalam periuk tanah liat yang terus mengekalkan kesegaran dan kepanasan nasi tu. Cuma hidangan yang asal untuk seorang makan adalah seperti dalam gambar bawah ni tau. Yang atas tu adalah untuk makan beramai-ramai sebab hari tu Maha datang dengan kawan-kawan blogger yang lain jadi mereka hidangkan dalam talam besar. 



Pada yang suka Briyani boleh cuba disini nak rasai kelainan antara Briyani Sri Lanka dan juga Briyani Malaysia sangat berbeza. Dihidangkan sekali dengan kuah kari dan juga kuah Dhal serta bawang hiris seperti dalam gambar tu. Layan makan tengah hari kat restoran ini. Ini kerana Briyani ni hanya dihidangkan Hari Ahad sahaja dari pukul 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang


Sini korang tak perlu nak booking hanya datang walk-in dah ia konsep first come first serve jadi kalau habis tak sempat tu kena tunggu minggu seterusnya lah. Restoran ni kecil jer tak besar mana pun takut tak cukup tempat kalau datang lambat. Maha dan cuba korang bila lagi. Cuba jangan tak cuba ok. Selamat menjamu selera semua. 

Info lanjut layari :








1 ulasan: