BoatNoodle,

Restoran Multikultural Pertama Di Malaysia Hidangkan Dim Sum Dan Masakan Thai

Rabu, Mac 13, 2019 Mahamahu 16 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sudah menjadi trend restoran sekarang ni membawakan dua mkanan daripada dua negara berbeza. Kali ni Maha nak bawa korang makan di Dodo Dim Sum & Bowls. Ia adalah sebuah restoran multikultural pertama di Malaysia yang menawarkan hidangan Dim Sum dan hidangan Thai


Kat sini menyajikan dim sum buatan tangan serta makanan jalan yang popular di negara Thai termasuk boatnoodle  yang cukup terkenal. Restoran ini baru sahaja dibuka diaras LG Subang Parade Shopping Centre. Dim Sum sini adalah hasil tangan daripada Sifu Lee


Hidangan buatan tangan yang asli yang disediakan oleh Sifu Lee dan pasukannya termasuklah “Lo Mai Kai”, Spicy Chicken Feet, Siew Mai Dumplings, “Har Gow” prawn dumplings, Charcoal Custard Buns with salted egg yolk filling, Minced Meat Dumpling with green chives and assorted Chee Cheong Fun dan recommended dari chef Honey BBQ Chee Cheong Fun. Terdapat juga Stir Fried Radish Cake dalam gaya Dodo, Crispy Mashed Taro Pie, "Woh Tip" dumpling dengan halia dan cuka yang dicincang dan pencuci mulut Shanghai Pancake

Charcoal Custard Buns with Salted Egg Yolk Filling (RM9.50) 

Spicy Chicken Feet (RM9.00)

Siew Mai Dumplings (RM9.50)

“Har Gow” Prawn Dumplings (RM10.50)

Minced Meat Dumpling with Green Chives (RM9.50)

Dalam banyak hidangan Dim Sum yang paling Maha suka adalah Charcoal Custard Buns dengan inti salted egg yolk di dalamnya. Roti ni kena makan waktu panas-panas kerana tak nak isi dalamnya mengeras dan berketul-ketul nanti. Juga yang sedap adalah Chee Cheong Fun kena makan bersama dengan sambal ikan bilis mereka yang pedas sangat mengancam. 

Crispy Mashed Taro Pie (RM9.00)

Stir Fried Radish Cake In Dodo Style (RM14.00)

Honey BBQ Chee Cheong Fun (RM10.00)

"Woh Tip" Dumpling (RM9.50)

“Lo Mai Kai” (RM9.00)

Crispy Shanghai Pancake (RM12.00)

Jika korang menginginkan makanan Thai, kena cuba menu yang disediakan oleh chef mereka, seperti empat jenis Thai Broth Boat Noodles iaitu Nam Tok, Khao Soi, Tom Yum dan Nam Sai. Selain tu juga ada yang lain seperti Khao Klukh Krapi shrimp paste rice, Crispy Som Tam, Gai Pad Prik Pao chicken wings dan pencuci mulut Pulut Manga. Bagi Maha hidangan boatnoodle kat sini ok lah ada rasa cuma korang kena tahu bezakan antara tom yum dan nam sai. Mangkuk tak kecil lah besar juga mungkin makan dua mangkuk dah kenyang kot bagi Maha lah. 

Nam Tok BoatNoodle (RM2.30)

Khao Soi Boatnoodle (RM2.30)

Nam Sai Boatnoodle (RM2.30)

Tom Yum Boatnoodle (RM2.30)


Pendapat keseluruhan makanan yang ada sini memang menarik dan boleh dicuba. Harga juga sangat berpatutan dengan keadaan ekonomi yang tidak beberapa mengizinkan. Kalau datang makan bersama keluarga atau rakan-rakan beramai-ramai sambil bereseronok kat sini sangat sesuai. Restoran ini buka setiap hari dari pukul 10.00pagi hingga 10.00malam.

Crispy Fried Som Tam (RM14.00)

Gai Pad Prik Pao Chicken Wings (RM18.00)

Khao Klukh Krapi Shrimp Paste Rice (RM20.00)

Crispy Chicken Skin (RM2.20)

Mango and Sticky Rice (RM10.00)

Ini kerena Maha first time masuk sebuah restoran yang sangat terang benderang dengan pencahayaan yang memberi keselesaan kepada pelanggan untuk makan bukan dalam gelap dan romantik. Interior dalam kat sini moden, cerah, ceria dan bergaya dengan seni dinding yang direka secara strategik memisahkannya daripada tempat dim sum biasa dan suasana restoran di negara Thailand. 





Restoran ini juga memberi pengalaman makan lebih interaktif dan menyeronokkan. Korang boleh terlibat dengan aktiviti Facebook dan Instagram dengan mengambil bahagian dalam peraduan yang menyeronokkan, aktiviti yang dirancang dan terus mengikuti kemas kini menu. Di sosial media kalau korang jadi pelanggan setia boleh menikmati tawaran istimewa sebagai sebahagian daripada komuniti Dodo Dim Sum & Bowls.


Kalau korang nak cuba Maha masih boleh datang sini sebab ia akan memberikan sisi lain daripada rasa makanan yang disediakan dan juga suasana dalam restoran ini. Kat sini korang nak order kena tanya kepada pelayan restoran untuk ketahui menu-menu yang ditawarkan. Maha cuma letak apa yang Maha sempat rasa masa berkunjung kat restoran ini hari tu jer. Banyak giler makanan yang Maha makan sampai buncit perut dibuatnya wakakkaa.

Maklumat lanjut atau promosi layari 
Laman web : http://dodo.my

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5






16 ulasan:

  1. stress tgk gambar2 Maha punya mkanan ni. dah lah cantik.. huhu tau x sy skg tgh diet mood. skali terbukak pulak dia punya page.. lansung trus pikir lunch nt nak makan ape.. boley takkkkk

    BalasPadam
  2. Sentiasa meliurkan tengok gambar-gambar yang dihidangkan dari Blog Maha ni. Memang sengaja buat orang lapar taw...

    BalasPadam
  3. Nampak very healty je semua makanan ni i teruja tengok Charcoal Custard Buns with Salted Egg Yolk Filling (RM9.50) ... mesti sedap gila kan... harga dia 2 biji harga tu ke.. i nak rasa yang tu je boleh tak hahaha

    BalasPadam
  4. hmmm..menarik. i really into thai food and mcm fussy sikit kalau masakan thai not up to my tounge. Hahahahah poyo giler ayat. tapi maybe i boleh cuba nanti ni especially the pulut mangga tu. Hmmmm.....

    BalasPadam
  5. Ya Allah tengok gambar2 Maha amik ni dah berkeroncong perut ni sekarang. Hehe.. Bella pun suka restaurant yang terang benderang. Yang lampu romantik2 ni sakit mata and macam tak puas makan. Hehe.. Lokasi dia sedikit jauh dari tempat Bella tapi kalau ada lalu kesana boleh la try satu hari nanti!

    BalasPadam
  6. Mak aiii menu yang disediakan semua nampak sedap. Kecur air liur tengok ni. Dah la suka makan dim sum. Menarik ni untuk cuba nanti.

    BalasPadam
  7. Wahhh charcoal bun tu suka sangat. Baru buka eh?. Dah lama tak pergi area sana tu. Bestnyer ada dim sum dan noodle bagai so sape tak puas makan dim sum je ada noodle jugak boleh makan

    BalasPadam
  8. Ya Ampun! Dumpling dengan dimsum tu sedapnya maha. Banyak pulak tu pilihan makanan dia. Puas hati makan ! Harga dia okay la for me :D

    BalasPadam
  9. I suka yang dumpling tu. Chicken feet! my favourite. I nak check out this place soon. Look sedap and menarik boleh try nanti.

    BalasPadam
  10. Suka tau review makanan sedap2. Dah la memang teringin nak makan dimsum. Tak pernah lagi try makan kat sini. Sini lebih kurang macam dolly dimsum la kan? Tapi harga 3.5/5 tu mesti mahal. Huhuhu

    BalasPadam
  11. Sedapnya Madi, dah lah dimsum fav sis. Tak pernah lagi dengar tempat ni..nanti bolehlah sis cuba, bukan senang nak dapat dimsum sedap, kalau kat sini sedap dan servis bagus, harus selalu sis ke sana

    BalasPadam
  12. Sedapnya ..semua nampak sedap .. dim sum memang favourite saya tau. Nanti bolehlah nak makan makan kat sini .Dumpling pun favourite saya jugak

    BalasPadam
  13. Mmg multicultural ni , semua jenis makanan dan masakan blh rasa kat sini. Belum lagi makan kat tempat ni. Ada masa mesti pergi cuba, nampak sedap.

    BalasPadam
  14. Ya allah sedap betul tengok semuanya. Ngences tengok. Dahlah cx suka makan dimsum dan masakan thai pergh! Terbaiklah!favorite!

    BalasPadam
  15. Wow tempat ni memangnya nampak macam best giler kan? Gabungan dim sum dan korean food. Saya nak try Charcoal Custard Buns with Salted Egg Yolk Filling tu lar. Nampak macam betul-betul sedap sebab hitam. Ha :D

    BalasPadam
  16. Oh yumsss! dua dua pun i suka dim sum and thai food plus its halal also. Jai boleh ajak my company buat monthly department makan kat situ la.

    BalasPadam