AI Robot,

Menari Bersama Robot AI Di Hotel Grand Ion Delemen, Pangsapuri Servis Penuh Tertinggi Genting Highlands

7:00 PG Mahamahu 16 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kat Malaysia ni susah kita nak tengok secara live robot ciptaan manusia menari mengikut rentak. Kalau ada mungkin sebuah atau dua buah sahaja tu pun kat pameran. Tapi sekarang ni korang boleh saksikan lebih 20 buah robot menggunakan teknologi AI menari secara langsung. 


Selain daripada menari robot-robot yang diberi nama Dobi ni boleh juga membuat persembahan seni mempertahankan diri. Dengan memainkan sahaja muzik robot-robot ini terus menari tanpa henti dan menghiburkan. Lincah menari walaupun jatuh terlengkup robot ni mampu untuk bangun sendiri tanpa perlua di kawal. Selain memaparkan gerakan tarian yang selari, robot humanoid tersebut juga mampu menarik perhatian korang dengan ketangkasan dan fleksibiliti mereka.




Kat mana nak tonton semua robot ini? Korang boleh saksikan semua ini yang pertama di Hotel Grand Ion Delemen, pangsapuri servis penuh tertinggi yang terletak Genting Highlands. Persembahan robot ini dibawa oleh Dewan Perniagaan Jiangsu Malaysia (Malaysia Jiangsu Chamber Of Commerce) dan Kelab AI Malaysia. Maha antara kumpulan pertama yang berkesempatan menyaksikan sendiri depan mata persembahan robot ini teruja sangat masa tu. 




Robot-robot ini bukan sahaja membawa teknologi terbaru tapi juga berjaya memecahkan rekod dunia sebagai robot terbanyak menari secara serentak yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Guangzhou Baiyun. Robot ni tak besar pun tinggi hanya 48cm dan seberat 2.15kg sahaja sangat ringan tengok Maha pegang robot ni dan macam pegang baby comel hehehe. Bateri robot ni 2600mAH lama jugalah mampu bertahan.  

Mr. Li Ce, Pengasas Robot Dobi


Korang yang menginap dan juga bermalam di hotel ini sepanjang cuti sekolah ini boleh menyaksikan persembahan robot ini yang diadakan di Kembali Restaurant tingkat 7 hotel ini. Sambil makan boleh lah berhibur dengan persembahan robot ni. Ada waktu tertentu sahaja persembahan robot ni korang boleh rujuk jadual di bawah. Persembahan tak lama dalam 5 hingga 10 minit sahaja untuk satu sesi 



Excited sangat Maha rasa kalau budak-budak memang suka lah tengok persembahan robot ini. Ibu bapa pun boleh memberi pendedahan kepada minat anak-anak dalam dunia terknologi AI ni. Walaupun ia masih baru di Malaysia tapi satu yang berguna selain dari berhibur. Nanti korang datang jangan lupa rakam teletah dan gelagat robot-robot ni ok.  

Maklumat lanjut boleh hubungi 
Tel : 03-8064 3333 
Emel : dobi@nct.net.my






16 ulasan:

  1. Comelnya robot robot tu menari! Rasa nak ambil ja satu hehe. Kalau anak anak i tengok ni mesti excited!

    BalasPadam
  2. power budak Ai sebab bole program robot sampai boleh sync smpi bole ikut arahan

    BalasPadam
  3. congrats to Hotel Grand Ion Delemen for bring in the robot for its customers. The robot Dobi are soooo cute! Sure the kids love to play with it hehe

    BalasPadam
  4. Comel betul robot-robot ni ye. Seronok pulak tengok robot tu menari. Best juga kalau bawa anak-anak ke genting untuk tengok robot ni. Mesti dorang suka sangat. Bagus juga idea untuk cuti sekolah ni.

    BalasPadam
  5. Wah hebatnyaaaa. Makin best teknologi sekarang. Macam-macam boleh buat

    BalasPadam
  6. Ni kalau bawak Aneeq ni, sure die sekali yang bergojet dengan robot tu. Mamat tu memang minat robot

    BalasPadam
  7. wow menarik ni..dah la sekarang time cuti sekolah memang sesuai sangat family datang bercuti ke sini. Boleh feeling-feeling sejuk kat oversea & tengok show robot comel ni. Ingatkan sekali sehari je rupanya setiap jam ada persembahan

    BalasPadam
  8. Alahai.. Comel pulak tengok robot tu. Ni kalau anak kita yang lelaki tengok ni, mau nya dia nak angkut bawak balik. Haha
    Lagi lagi robot tu boleh bergerak gerak.

    BalasPadam
  9. Cutw je tengok robot ni menari ikut muzik yang dimainkan .Seni mempertahankan diri pun robot ni boleh buat ya. Baguslah diorang buat event macam ni untuk menarik minat ramai oenhunjung datang tengok robot ni.Bukan budak je teruja tengok kan orang dewasa pun teruja

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. halah halahhh comelnya , bulih culik seketul dua tak.....? tapi kira oklah ni sebab macam tarikan juga....yang penting enjoy

    BalasPadam
  12. Comelnya robot ni. Pandainya dia menari. Suka tengok. Best kalau dapat bawa anak2 datang ke sini

    BalasPadam
  13. These robots look so darn adorable, I wish I could see them dance live. Will consider bringing my family there to have an up-close and personal moments with these robots. :D

    BalasPadam
  14. Suka tgk robot ni.. Comel je... Xsilap robot ni de dlm cite kat tv kan... Ke silap? Hahaha.. Siap boleh dance lagi...ini klo dpt mau xnk lepas...

    BalasPadam
  15. Amboii, menari bersama? Maha join robot2 tu menari sekali ke? Hehehe. Btw robot ni nampak menarik. saiznya tak besar sangat, pastu siap blh gerak2 sendiri pulak tu

    BalasPadam
  16. Mouse mommy saw this little robots in one of the IT exhibition before, really looks cute , fast and smooth in action. Last time only able to dance and make performance, not sure the current technology, what else the little robots can perform ?

    BalasPadam