Jalan Munshi Abdullah,

Beli Dan Dapat Bayaran Balik Separuh Dari Harga Hanya Di LuLu Hypermarket

Sabtu, Mac 09, 2019 Mahamahu 15 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ni LuLu Hypermarket kembali lagi dengan promosi hebat juga meraikan Hari Wanita Sedunia yang disambut bulan ini. Promosi kali ini jauh lebih menarik kerana setiap pebelanjaan barang pilihan, LuLu akan pulangkan balik separuh harga. Sebab tu ia di panggil promosi 'Bayar Balik Separuh'. Macam mana tu? Maha mula dengar macam tak percaya tapi bila dah pergi sendiri kat pasaraya LuLu baru terkejut memang sangat untung.


LuLu Bayar Balik Separuh


Kalau korang sampai kat pasaraya LuLu dan nampak ada tanda merah macam kat bawah ni korang boleh dapat bayaran separuh daripada apa yang korang beli. Maksunya macam ni dengan setiap pembelian barangan yang terpilih sebanyak RM100 dalam satu resit korang akan diberikan semula RM50 baucer beli-belah untuk pembelian seterusnya. Jadi kira macam korang beli separuh harga juga lah untung tak betul tak.


Barangan yang tersenarai dalam promosi kali ini banyak terletak di bahagian tingkat 1 pasaraya LuLu ini iaitu bahagian fesyen untuk lelaki dan wanita, kasut, beg tangan wanita, sari dan churidar. Churidar atau baju pyjamas bersama dengan seluar panjang yang dipakai oleh lelaki dan wanita masyarakat India. Tapi sekarang ni semua kaum dan bangsa pakai kerana ia lebih selesa dan cantik.





Banyak jenama yang terlibat dalam promosi kempen kali ini antaranya untuk bahagian kasut ada  jenama Bata, Reebok, New Balance, Skechers, Atlanta, Kronos dan banyak lagi. Manakala untuk pakaian lelaki dan wanita pula jenama yang terlibat seperti Kent & Crew, Valino, Marco Donateli, De Backers, Allen Solly, Louis Philippe, Puppet, Cortigiani, Louis Philippe, Tag Rider, Eten, Twin Bros, Peter England, Tag Basic, Twills, Lero, Sunnex, Pravo, Ruff, Arezzo, Oxemberg dan John Louis





Banyak lagi jenama yang terlibat dan koleksi yang ada dijual kat LuLu ni boleh dapat dalam promosi hebat ini. Bahagian istimewa mereka yang tak ada kat pasaraya lain iaitu LuLu Celebrate yang menjual pakaian seperti Sarees, Churidars, Lehanga dan aksesori untuk sarees. Sini pun ada juga termasuk dalam promosi hebat ini.  Korang boleh Mix and Match sendiri pakaian mengikut kesesuai dan fesyen terkini. Seperti kawan-kawan model yang memperagakan pakaian ini. Tengok bagaimana mereka mengenakan semua koleksi yang ada kat LuLu untuk keguaan hari mahupun untuk kegunaan kasual kat pejabat atau majlis keraian. 








Korang rasa berbaloi tak kalau datang shopping kat LuLu time ada promosi macam ni. Sebab tu Maha kalau nak datang kat pasaraya LuLu tunggu ada promo yang hebat. Mesti sangat mengutungkan dan akan dapat banyak pilihan. Cuma baucer RM50 yang korang dapat tu nanti hanya boleh beli untuk barang daripada kategori yang sama sahaja. Promosi Bayaran Balik Separuh ini untuk masa terhad dari 1 Mac sehingga 24 Mac 2019 sahaja lepas tu dah tak ada. Rugi kalau tak rebut kena datang sekarang juga.  

Barangan Elektrik


Kat LuLu ini bukan sahaja ada barang fesyen tau tapi mereka ada semua keperluan termasuk juga lah barang elektrik dan elektronik. Yang ini korang kena naik ke tingkat 2 pasaraya ini dah ada semua barang daripada keperluan untuk rumah juga kepada gadget yang sangat banyak pilihan dengan harga yang berpatutan. Tapi yang bahagian ni tak termasuk dalam promosi istimewa yang Maha nyatakan tadi. Cuma nak bagi tahu yang kat pasaraya LuLu semuanya lengkap.  







Kalau anak muda macam Maha ni hehehehe nak beli gadget dan juga telefon pintar atau komputer riba kat sini pun ada tau. Jenama seperti Samsung, ViVo, Nokia, Huawei serta Apple pun ada jual kat LuLu ini. Bak kata orang satu pusat sehenti yang segala keperluan ada tak perlu nak pergi banyak tempat lain penat satu hal pulak tu nak parking satu hal lagi.

Keperluan Dapur


Tapi yang paling Maha suka bila datang ker LuLu Hypermarket ini adalah untuk beli barang keperluan dapur dan juga keperluan diri. Kat sini bagi Maha macam syurga segala barang basah dan makanan semua ada. Penting sekali barang makanan dan minuman mereka dijamin Halal dan termurah. Paling Maha rambang mata kat sini adalah nak beli sayur dan juga buah-buahan mereka sangat segar dan pilihan yang begitu banyak.







Korang juga boleh jumpa beberapa barang atau makanan yang tak ada jual kat pasaraya di Malaysia seperti bahagian kuih muih dan coklat yang dibawa khas daripada negara Timur Tengah. Selalu orang akan tempah pada jemaah yang pergi Umrah atau Haji untuk beli dan bawa pulang. Tapi sekarang ni dah ada di sini sangat dekat dan harga jauh menjimatkan. 






Sebab Maha ni memang suka memasak jadi barang mentah seperti ikan, daging dan juga sayur semua ada kat sini. Bila Maha datang beli-belah kat sini mesti satu troli tu akan penuh dan tak pernah beli sedikit punya. Mereka sentiasa semak harga dan memberi promosi jualan harga murah. Tips nak beli barang dapur kat sini korang kena cari item yang ada tanda harga warna kuning kerana ia adalah barang yang dijamin murah nak dibandingkan dengan tempat lain. Itu yang Maha dah amalkan sejak beberapa kali beli-belah kat sini. Jadi tunggu apa lagi jom beli-belah kat LuLu Hypermarket Jalan Munshi Abdullah sebelah dengan Jakel Mall Kuala Lumpur. Selamat membeli-belah semua.     

Nak dapatkan promosi-promosi lain sila layari :-





  

15 ulasan:

  1. Amboi! Best betul! Beli RM100. Dapat balik pulangan RM50. Macam ni betul² boleh borong! Lagi² nak raya. Boleh dah tambah² keperluan. Banyak dan macam² pula tu ada jual dekat lulu. Cx tengok ramai juga yang share. Good sharing

    BalasPadam
  2. Banyak dah dengar citer pasal LuLu punya offee ni. Tapi sayangnya Iza tak ada kat Kl skang. Huhu. Kalau tak mesti dah shopping kat sana.

    BalasPadam
  3. ishhhhh , macam nak kena serbu jer lulu hypermarket...nak pergi bahagian kasut dan barang dapur.....best tengok dalam satu pasaraya semua ada .....

    BalasPadam
  4. Wah bestnyer shopping kt Lulu. Memang dari dulu lagi banyak tawaran menarik mereka sediakan. Now memang kena pergi beli pakaian kat sini la nampaknya

    BalasPadam
  5. MM tak beli ke baju kat sana? Dengar cerita MM jadi model untuk Lulu kan. Rawlins suka gila shopping kat Lulu sebab depa suka bagi diskaun.

    BalasPadam
  6. Wahhhhhh ini satu berita baik nie. Jarang2 ada promosi untuk baju2 di pasaraya. Tak sabarnya nak pergi ke Lulu. Selalu beli barang dapur je kt situ. Xsangka ada banyak baju2 menarik dijual di sini.

    BalasPadam
  7. Nampaknya banyak promosi hebat yang shoppper boleh dapat di sini kan? Memang baiklar ada discount sebegini kan?

    BalasPadam
  8. Memang syiok bershopping kat Lulu ni, rasa nak pergi lagi walaupun jauh dengan rumah. Sekarang ni ada pulak promosi..haa lagi lah best bershopping...:D

    BalasPadam
  9. Memang best sangat shopping kat sana, semua nyer ada for the whole family and hourse. Plus harga pun sangat berpatutan.

    BalasPadam
  10. Wahhhh. Emi nak pergi la weekend ni. Nak cari kasut. Mintak2 ada yang menarik di mata emi.

    BalasPadam
  11. Seronoknya shopping kalau dapat diskaun sampa 50% cashback ni. Boleh beli beg kasut raya siap2. nanti takde la terkejar2. eh puasa pun belum. Hahaha

    BalasPadam
  12. Best kan shopping kat sini sbb
    Macam2 ada. Banyak pilihan barangan menarik yg kita blh beli terutama pakaian

    BalasPadam
  13. oh wow the exclusive Half PayBack offer from now until 24th March 2019 at LuLu Hypermarket sounds like a great deal. time to go shopping there yay

    BalasPadam
  14. suka betul shopping dekat sini. tambah bahagian grocery kan. baju2 pun cantik2

    BalasPadam
  15. Syoknya ada promosi blhlah nti window shopping mana yg berkenan

    BalasPadam