Pakej Perkahwinan Pilihan Selebriti Di Dewan Besar Tun Rahah Kuala Lumpur

7:00 PG Maha Mahu 22 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari tu Maha ada pergi majlis perkahwinan yang berkonsepkan dalam dusun dan alam semulajadi iaitu di Orchard Villa Gombak. Kali ni Maha dapat lagi satu jemputan untuk majlis resepsi perkahwinan mewah di sebuah dewan di Kuala Lumpur. 


Tapi perkahwinan kali ini bukan calang-calang tau ia adalah majlis resepsi adik kepada pelakon terkenal Syatilla Melvin iaitu Syida Melvin dengan pasangan Syafiq Azim anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid. Majlis yang berlangsung dengan meriah bertemakan Bollywood diadakan di Dewan Besar Tun Rahah terletak dalam Menara Yayasan Tun Razak Kuala Lumpur




Maha pertama kali dapat jemputan untuk perkahwinan mewah macam ni dengan konsep yang menarik dengan penuh warna-warni ni. Bila masuk dalam dewan ini sangat luas yang mampu untuk memuatkan seramai lebih 700 orang tetamu dalam satu masa. Korang boleh tengok susun atur dalam dewan ni boleh buat mengikut kehendak tetamu nak cara buffet atau dome. 




Kat dewan ini semua pakej yang diambil diuruskan oleh Felda D'Saji iaitu satu syarikat katering yang boleh dipercayai telah beroperasi lebih 25 tahun dan mendapat persijilan Halal dari JAKIM. Telah menguruskan pelbagai majlis bukan sahaja perkahwinan tetapi juga pertunangan, produk launching, reunion dan macam-macam lagi majlis korang nak buat. 

Apa yang Maha tahulah pakej daripada Felda D'Saji ni sangat lengkap merangkumi semua aspek seperti :- 

1) Katering Makanan
2) Hiasan Meja (termasuk Meja VIP dan Meja Khas)
3) Basic Pelamin
4) Busana Pengantin (Pakej Premium) 
5) Make Up (Pakej Premium) 
6) Photography (Pakej Premium) 
7) Karpet Merah
8) Kek Perkahwinan (Tiga Tingkat)
9) Pramusaji terlatih  
10)  Gerbang Perkahwinan
11) PA Sistem dan Rostrum
12) LCD Projector dan White Screen

Banyak lagi yang ditawarkan dalam pakej yang disediakan, keluarga dan pasangan pengantin hanya cuci kaki jer kata orang. Semua tersedia dengan lengkap dan tiada rasa bimbang makanan tak cukup atau keperluan tak lengkap. Baru rasa tenang jer untuk keluarga dan pasangan pengantin nak meraikan hari paling bahagia mereka. 


Paling senang kalau dengan Felda D'Saji ni mereka sediakan sesi 'Food Testing' untuk keluarga pengantin mencuba hidangan yang mereka nak sajikan dihari bahagia nanti. Kemudian juga mereka ada sediakan sesi Raptai bagi memastikan segala perjalanan majlis lengkap dan sempurna sebelum hari yang sebenar. Ini semua ada dalam pakej yang diambil jadi sangat mudah dan menyenangkan keluarga dan pasangan pengantin.


Kalau korang tanya Dewan Tun Rahah ini memang tempat sangat exclusive dan sesuai untuk majlis yang besar dan mewah. Kemudahan seperti bilik persalinan, bilik air dan juga bilik untuk solat sangat selesa. Tak perlu nak keluar semua dalam satu level jer. Kalau parking kat bawah menara ni memang ada banyak disediakan untuk jumlah tetamu yang ramai. Kalau nak datang naik public transport pun boleh sini ada bas dan juga Grab kerana ia kawasan tengah bandar. 




Semua orang tahu kalau katering daripada Felda D'Saji memang sangat memuaskan dari segi rasa dan juga jumlah makanan yang ada. Hari tu semua tetamu yang hadir dihidangkan dengan makanan tradisional juga termasuk pencuci mulut, buah-buahan dan juga minuman yang pelbagai jenis. Keluarga boleh pilih tu semua menu yang nak ada banyak pilihan lebih daripada 20 lauk-pauk yang ada. 








Maha yang datang ke majlis tu sangat rasa puas hati dan seronok sebab makanan semua sedap-sedap dan boleh makan banyak mana kita nak. Lepas tu tempat selesa dan puas untuk adakan majlis tari-menari dan juga kenduri macam ni. Rasa nak sangat kahwin Maha nanti buat macam ni meriah dan juga penuh berwarna-warni. Korang tak nak ke, kalau nak majlis macam ni boleh tempah dengan Felda D'Saji.

Tempahan dan juga pertanyaan lanjut boleh hubungi :- 
Tel : 019-2974800 (Zaidi)   
        012-9214691 (Hidayu)
        019-2851692 (Ruddy)
        03-26988302 (Pejabat)





Anda juga suka post ini...

22 ulasan:

  1. Memang meriah betul. Okay... LeYa doakan Maha nanti pasti jadi wedding mcm ni taw

    BalasPadam
  2. Meriah betul nampaknya - beruntung Tuan Maha dapat attend majlis di atas

    BalasPadam
  3. Meriah... nanti jemput laa kalau Mahamahu buat majlis kat sini ye!!

    BalasPadam
  4. Meriahnya wedding..bertuah maha dapat pergi majlis ni..tgok menu yang disediakan dan harga untuk pakej pun reasonable..

    BalasPadam
  5. Perrhhh ni memamg tara tara selebriti punya pakej ni. Kalau Maha buat majlis kat sini nanti jemput lah kita. Nak gak rasa gi wedding high class cam ni. hehe

    BalasPadam
  6. Meriah kaw kaw la majlisnya.
    Dengan tema yang macam tu. Meriah dengan warna warni.
    Dijamu pulak dengan makanan yang best best, memang terbaik la..
    Balik dengan senang hati dek kekenyangan. Hehe

    BalasPadam
  7. Untung yer dapat attend wedding orang berada ni.. Sedap yer tengok semua menu. Cantik betul deco wedding ala-ala hindustan ni.

    BalasPadam
  8. Meriahnya. deco pun cantik. Harga pun boleh tahan. huhhuhuhuhuhuhuhu

    BalasPadam
  9. Wow...memang rasa macam selebriti lar apabila bersanding kat sini kan? Dekorasi memang sangat mantap dan awesome lar.

    BalasPadam
  10. First sekali gambar pelamin. Terus dalam hati kata mesti tema Bollywood. Memang sungguh!. La ni dah tak susah dah Maha...ada budget dah boleh buat kat dewan. Nak pakej apa semua ada. Makanan pun nampak sedap sedap kat sini ya?.

    BalasPadam
  11. warna nyer menarik. naik sgt sebab merah-merah gitu.
    perkahwinan ala hindustan ker tu, Maha?
    terbaik la deko keseluruhan. pakej nyer ok ok la.
    boleh reserve dan start penuhkan tabung utk kawin :)

    BalasPadam
  12. Cantik dan berseri2 pengantin. Suka tengok. Tapi dewan ni mmg besar dan cantek. Senang kan bila semua benda katerer blh setelkan

    BalasPadam
  13. Senang kan bila semua facilities ara dalam satu level je. Tak payah nak turun naik lif ke tangga kk. Jimat masa jugak. Bubthe tema Bollywood tu memang cantik. So colorful

    BalasPadam
  14. Dengan deco yg dibuat nampak mewah sangat. Patutlah ramai artis2 buat majlis kat sini..nampak grand. Makanan pun nampak sedap..terlioq lak tengok

    BalasPadam
  15. Sesuailah dijadikan tempat untuk majlis yg memerlukan jemputan yg ramai. Terutama sbg lokasi perkahwinan. Makanan dia pon not bad ya. Nanti nk usha website dorg

    BalasPadam
  16. Sebut je felda d saji, sapa yg x kenal kehebatannya dlm dunia F&B...makanan yg dihidangkan pn sedap2 belaka...mmg berbaloi harga dgn rasa....sbb tu boleh bertahan lbh 25 tahun...

    BalasPadam
  17. Zaman sekarang nie makin banyak ruangan sebegini kan - bagus sebab ada katering dan ceco sekali. Memudahkan semua pihak. Yang penting jaga kualiti, maka ramai akan datang kelak.

    BalasPadam
  18. Menu menarik dgn pakej harga yg berbaloi nie.. Nnti adik AM nak wat majlis kawen d sini, boleh la AM rekomen kan buat d sini..

    BalasPadam
  19. Satu dewan boleh muat 700 orang? Besar gak dewan diorg ni..tengok kan harga pakej, rasanya masih berbaloi dgn servis dan kualiti makanan diorg berikan ni. Majlis sebegini, paling penting keselesaan tetamu dan kualiti makanan yang dihidangkan.

    BalasPadam
  20. Phewwww! Makanan dan servis dorang memang tiptop gila sejak dulu lagikan! Harga pun berbaloi dan lokasi majlis pun gempak!

    BalasPadam
  21. Eh, not bad lah pakej perkahwinan yang dia tawarkan. Sesuai buat kat Malaysia ni. Dahla dewan pun nampak eksklusif.

    BalasPadam
  22. menarik pakej camni..serba serbi nmpk best!

    BalasPadam