MyUCAS.net Realisasikan Impian Menyambung Pelajaran Ke Menara Gading

7:00 PG Maha Mahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masih teringat lagi 15 tahun dahulu zaman Maha nak sambung degree rasa macam susah sangat kerana masa tu nak cari duit untuk sambung pelajaran tidak semudah sekarang. Banyak halangan yang perlu dilalui dan juga banyak karenah yang terpaksa dihadapi. Demi nak lihat anak-anak dapat menggengam segulung ijazah mak dah ayah sanggup berkorban apa sahaja janji anak mereka berjaya. 


Kalau nak diingatkan dulu sedih juga kisah nak sambung belajar ni. Tapi sekarang Alhamdulillah dah capai segalanya dan juga dah dapat bantu emak dan ayah kat kampung pula. Walau sebanyak mana pun yang kita dapat beri kepada ibu bapa tidak terbalas pengorbanan mereka demi nak lihat anak-anak hidup berjaya.


Anak-anak zaman sekarang dah mudah untuk melanjutkan pelajaran. Tiada alasan lagi dengan kekurangan wang tidak dapat sambung pelajaran ke menara gading. Tambah sekarang ni ada syarikat koporat bertanggungjawab memberi lebih banyak peluang kepada anak-anak muda yang ingin sambung pelajaran walaupun tidak berkemampuan dari segi pendapatan keluarga.

Biasiswa MyUCAS.net


Baru-baru ini Maha hadir satu majlis pelancaran program Biasiswa MyUCAS.net. Biasiswa tersebut dirasmikan oleh Profesor Emiritus Tan Sri Dato' Dr. Mohamed Salleh Mohamed Yasin selaku pengasas dan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyUCAS, Dato 'Joseph Hii WS. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pelbagai wakil daripada sektor pendidikan, orang kenamaan dan ahli korporat yang menjadi penyokong kepada biasiswa ini.



MyUCAS adalah satu program biasiswa kepada semua rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk menyambung pelajaran. MyUCAS melancarkan sejumlah 4,000 Biasiswa kepada pelajar Malaysia sehingga akhir tahun 2020. Daripada jumlah tersebut 10% pelajar akan diberikan 100% biasiswa untuk menyambung pengajian mereka manakala selebihnya program ini akan tawarkan pembiayaan 50% biasiswa minimum daripada jumlah yuran pengajian. 


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyUCAS, Dato 'Joseph Hii WS



Ini bukan sahaja dapat mengurangkan beban kepada golongan sasar untuk terus menamatkan pelajaran diperingkat lebih tinggi tapi juga dapat membuka lebih banyak peluang kepada mereka yang mahu merubah kehidupan menjadi lebih baik. Ini juga bertepatan dengan matlamat kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. Nak capai tahap itu perlu melahirkan kepada lebih ramai anak muda yang mempunyai pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Golongan Yang Layak Memohon 


Semua rakyat Malaysia layak untuk memohon selagi ada kemahuan untuk menyambung pelajaran. Keutamaan juga diberikan kepada golongan sasar iaitu pelajar-pelajar dari keluarga kurang berkemampuan, anak-anak yatim, anak kepada ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) serta golongan B40. Ini adalah peluang untuk mereka tanpa ada jurang yang memisahkan matlamat murni mereka.


Pelajar yang memohon melalui program MyUCAS secara automatik dipertimbangkan untuk biasiswa ini. Paling penting pelajar-pelajar ini mesti bersemangat untuk sambung belajar dan mahu merubah kehidupan menjadi lebih baik.  

Institut Dan Kursus Yang Terlibat


Banyak universiti dan juga kolej dalam negara yang telah disenaraikan untuk pelajar ini memilih menyambungkan pelajaran melalui biasiswa ini. Buat masa awal ini kolej dan universiti yang terlibat adalah seperti:-

1.) INTI University & Colleges
2.) HELP University & Colleges
3.) Snips College of Creative Arts
4.) Kolej Antarabangsa Spektrum
5.) Kolej Sains Perubatan Universiti Cyberjaya  

Juga akan ada penambahan universiti dan kolej dari masa kesemasa sehingga habis semua biasiswa ini diberikan kepada yang layak. Pihak MyUCAS akan memastikan lebih banyak tempat pengajian yang layak untuk diberi peluang kepada semua pelajar melanjutkan pengajian mereka.


Manakala kursus yang ditawarkan pula tidak terhad kepada sesuatu kursus tertentu sahaja.  Ia terbuka kepada pengajian akademik mahupun dalam kursus teknikal dan kemahiran. Ini kerana setiap pelajar ada kemampuan dan kelebihan yang berbeza selagi ia sesuai untuk keperluan industri di Malaysia pelajar boleh pilih. Ini satu-satunya keistimewaan dalam biasiswa ini kerana ia tidak terjurus mana-mana kursus tertentu sahaja.  

Cara Memohon Biasiswa MyUCAS


Pelajar hanya perlu memohon melalui laman web MyUCAS.net secara langsung. Segalanya dilakukan dalam talian daripada peringkat pemohonan sehingga kepada peringkat saringan. Setelah mereke ini layak menerima biasiswa ini akan ada satu program sebelum mereka melanjutkan pelajaran di universiti atau kolej pilihan. 


Pelajar-pelajar yang terpilih akan melalui 'Young Leaders Programme' untuk memupuk kemahiran hidup mereka dalam menyelesaikan masalah-masalah, keusahawanan, komunikasi, pengiktirafan diri, dan kesedaran isu semasa. Program ini adalah bimbingan awal kepada pelajar ini agar mereka terus berkeyakinan dalam melanjutkan pelajaran.

Biasiswa ini juga lain daripada lain kerana meraka akan ada penyelia yang akan sentiasa memantau dan membantu pelajar-pelajar ini dari mula pengajian sehingga mereka tamat pengajian. MyUCAS tidak akan membiarkan pelajar ini sendirian dalam menghadapi cabaran dalam melanjutkan pelajaran mereka. Setelah tamat pengajian pelajar-pelajar ini juga akan dibantu dalam mendapatkan tempat untuk perkejaan yang bersesuaian dengan kelayakan mereka.
      

Jadi sekarang ni Maha rasa tiada alasan lagi untuk mana-mana pelajar di Malaysia keciciran dalam melanjutkan pelajaran peringkat universiti. Bak kata pepatah 'Selagi ada kemahuan di situ ada jalan'. Maha rasa pelajar-pelajar sekarang sangat bertuah peluang ada depan mata dan hanya perlu ambil kerana ia sangat membantu. Jadi kalau korang rasa ada sapa-sapa sedara-mara atau pelajar yang nak sambung pelajaran tapi tidak mampu sebarkan tentang program ini. 

Moga niat murni ini akan menjadi satu jalan luas untuk mengubah dan menjadikan kehidupan lebih baik. Daftar sekarang juga secara dalam talian di laman web https://myucas.net

Pertanyaan lanjut hubungi :-
Email : info@myucas.net
Tel : 03-2201 7874





Anda juga suka post ini...

19 ulasan:

  1. Bagus lah dengan adanya Biasiswa dari MyUCAS ni... Anak-anak yang kurang berkemampuan boleh melanjutkan pelajaran dan membuka ruang untuk merubah hidup keluarga mereka. Cuma diharapkan anak-anak yang dah dapat belajar tu, belajarlah betul-betul. Ingatlah jasa Ibu Ayah. Tak gitu? Hehe.. Ermmm...LeYa nak share artikel ni pada keluarga mahupun rakan-rakan yang nak belajar tapi takde duit.. Thanks Maha!

    BalasPadam
  2. Dah ada banyak rupanya nak mohon biasiswa ni. Selama ni tau JPA je. Macam2 dah sekarang eh. Kalau nak sambung belajar boleh la mohon nanti.

    BalasPadam
  3. Bagus program biasiswa macam ni. Buat ramai pelajar yang tidak berkemampuan terus bersemangat nak sambung belajar. Semoga dengan pelancaran program Biasiswa MyUCAS.net ini, ramai pelajar-pelajar diluar sana mendaftar dan sambung belajar.

    BalasPadam
  4. Baru tahu ada Biasiswa MyUCAS ni. Bagus laa sekurang2 nya pelajar yang kesusahan nak sambung belajar ada platform untuk memohon biasiswa. Thank for info

    BalasPadam
  5. Betul tu maha, kalau dulu susahnya nak dapat tawaran yang senang sebegini. Untung anak² sekarang kan. Nanti nak sampaikan pada adiklah.. Mana tau dia nak mohon

    BalasPadam
  6. First time dengar, bagus la ada bada bantuan biasiswa..at least membantu anak2 muda yang nak sambung belajar kan...boleh la akak promote kat adik2 sepupu....

    BalasPadam
  7. Bagus jugak dieorang ada bagi biasiswa macam ni. Lagipun universiti dan kolej kolej yang dieorang senarai kan tu bukan murah murah harga nak masuknya kan

    BalasPadam
  8. Great effort by them to help the kids to continue going to college. Bukan murah nak masuk belajar ke university ni kan. Bila ada bantuan macam ni, patut grab peluang ni.

    BalasPadam
  9. Zaman dulu memang cukup payah kalau nak sambung belajar. Tercari cari juga ada ke biasiswa dan sebagainya.
    Sekarang dah dipermudahkan dah.
    Cuma kena pastikan kemahuan nak belajar tu tinggi je la.

    BalasPadam
  10. bestnya ada peluang macam ni. airah memang rindu sangat nak sambung study tapi tak cukup budget tsktsk.yang ada peluang tu baik grab sekarang

    BalasPadam
  11. wah ingatkan maha baru konvo dengan sijil degree baru tadi.. ha sesuai sangat untuk mereka yang tengah pikir-pikir nak sambung study boleh la belajar kat sini. chaiyok

    BalasPadam
  12. Bagus ada program biasiswa cam ni..mengurangkan beban mak ayah siapkan duit tampung pembiayaan anak nak sambung belajar. Kena simpan info ni..mana tau nanti aeysha dah habis sek n dia pun nak sambung belajar..senang suh dia aplly biasisawa ni

    BalasPadam
  13. Wah gambar dia konvo. Cerianya. Btaw mudahlah kalau ada biasiswa macam ni kan

    BalasPadam
  14. Baguslah ada info macam ni, baru boleh buat pilihan dan hala tuju anak-anak tengok kursus yg mana mereka minat nak ceburi nnt. Terima kasih kongsikan

    BalasPadam
  15. Maha grade unikl ke? Taoi bagusla bila ada info2 macam ni dikongsikab. Boleh dijadikan rujukan nanti

    BalasPadam
  16. Bagus info ni so boleh la kita panjang kan pada rakan taulan dan sanak saudara. Eh manisnya gambar awak tu hahah

    BalasPadam
  17. Laaa #WeAreUniKL jugak kaaa... Hahhahah.. Betul dlu2 mmg rasa payah btul nk cari tajaan/pembiayaian pelajaran. Sekarang ni dha banyak. Nak ngn taknak ja

    BalasPadam
  18. bagus betul ada biasiswa mcm ni...sekurang-kurangnya xde laah ketinggalan dlam pelajaran...

    BalasPadam
  19. Selalunya kolej swasta takda biasiswa camni. Sesiapa yang nak biasiswa, masuk universiti awam. Tapi, tengok macam ada je yang di Uni Awam kena PTPTN loan. Uni Swasta ada juga sponsorhip macam kalau best student tu kan. Memang ada biasiswa dari NGO semua. Cuma parent kena tebal muka la buat permohonan dan cari sumber. MYUCAS dah ada lagi bagus. Masuk dalam list untuk anak ruby punya biasiswa. Yay!

    BalasPadam