Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia

7:00 PG Maha Mahu 21 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian.  Me Famiglia korang pernah dengar tak nama restoran ini. Ini adalah restoran masakan Itali yang terletak kat Kepong. Maha pun tak tahu sangat pasal restoran ini sehinggalah datang sendiri makan kat sini dan menikmati semua hidangan special mereka. Restoran ini tak silap Maha dah beroperasi lebih dari 10 tahun dahulunya dikenali nama lain dan telah bertukar tiga kali nama restoran ini.


Restoran ni susah juga nak cari kat area kawasan yang agak tersorok sikit dan juga parking agak terhad kerana kawasan ini padat. Tapi bila korang dah masuk dalam restoran ini akan rasa selesa dan lega untuk nikmati makanan yang disajikan. Dekorasi dalam restoran juga simple menampilkan gaya restoran Itali lama dengan dikelilingi hiasan frame gambar yang klasik.




Biasa kalau makan kat restoran Itali ni ada caranya kena mula dengan Starters iaitu popular dengan supnya. Kat sini selalu mereka akan berikan Soup of the Day yang ni korang kena tanya kepada pelayan mereka soup apa yang disediakan. Masa Maha datang hari tu mereka ada berikan Soup Kentang. Tapi korang boleh juga order soup popular lain seperti Soup Al-Fungho iaitu sup Cendawan Butang dan Cendawan Tiram

Soup of the Day - Soup Kentang (RM5.50)

Soup Al-Fungho (RM5.50)

Sambil hirup sup itu kena makan sekali dengan Bruschetta, ada tiga pilihan topping di atasnya yang Maha ambil hari tu namanya Pomodoro. Ia adalah potongan roti dipenuhkan di atasnya dengan potongan dadu tomato segar, buah zaitun hitam, bawang putih dan titisan minyak zaitun. Roti tu dibakar dengan mentega diatasnya bila makan dapat rasa rangup diselangi dengan kesegaran sayur tadi. 

Bruschetta - Pomodoro (RM7.90)


Tu baru starter dah rasa kenyangkan tapi korang kena order juga menu kegemaran ramai pelanggan mereka di sini iaitu Linguine D'Mare. Ini adalah masakan pasta bersama dengan campuran makanan laut segar seperti oyster, udang dan juga sotong. Kemudian dilimpahi dengan sos bawang putih yang istimewa. Korang kena makan ini waktu ia masih panas kerana dapat rasa lembut pasta dan kuah yang pekat. Maha boleh habis makan seorang satu pinggan ini memang sangat mengujakan. 

Linguine D'Mare (RM26.90)


Lain tu juga, korang kena cuba menu datang dengan saiz sangat besar bagi Maha iaitu Baked Lamb Shank. Maha sempat bertanya kepada pekerja situ yang Lamb Shank ini dimasak selama lebih kurang 8 jam sebelum ia boleh dihidangkan. Sebab itu bila korang koyak daging tu sangat lembut dan hancur dalam mulut. Kemudian dilimpahi dengan homemade vegetable sauce yang sangat banyak. Juga terdapat sekali Penne Pasta dan juga Salad disamping makanan ini. Lengkap lah satu set makan sangat puas hati. 
  
Baked Lamb Shank (RM32.90)


Kalau datang restoran Itali tak makan piza tidak sah kerana itu adalah masakan utama mereka. Kali ini Maha pilih Varieta Pizza iaitu piza dengan empat rasa yang berbeza dalam satu piza. Topping dipenuhi dengan turkey hams, chicken salami, beef bacon, beef pepperoni dan taburan cair Mozzarella cheese di atasnya. Best kena makan masa piza masih berasap dikeluarkan dari ketuhar. Kenyang gilerr lah makan piza ini.

Varieta Pizza (RM30.50)


Akhir sekali kat sini korang wajib kena cuba mereka punya pencuci mulut yang sangat menjadi kegemaran ramai orang. Korang kena cuba Tiramisu special mereka ini. Ini kerena ia adalah resipi istimewa yang tiada kat tempat lain dan campuran bahan lain. Memang original rasa tiramisu. Kata mereka tiramisu ini memang selalu sold out setiap hari dan mendapat tempahan ramai. Jadi wajib kena cuba ok.

Tiramisu (RM9.90)


So bagi Maha semua makanan kat sini memenuhi selera kita rakyat Malaysia walaupun bukan lidah Itali. Harga juga sangat berpatutan dengan kuantiti mereka. Sekarang ini pula mereka tengah mengadakan promosi untuk set makan tengah hari hanya RM10.90 sahaja. Dengan harga tu korang boleh dapat satu soup of the day, makanan utama dan juga minuman. Bagi Maha ia sangat berbaloi dan menguntungkan kalau makan tengah hari kat sini jimat. 



Restoran Me Famiglia ini buka setiap hari kecuali hari Selasa ia tutup. Ada dua sesi restoran ini dibuka iaitu dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang untuk makan tengah hari dan juga dari pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam. Korang kena datang waktu ini sahaja tau baru mereka serve makanan kat korang hehehe. Nanti kalau korang dah makan kat sini tinggal komen tentang menu mereka ok. Nak juga dengar pendapat korang sendiri betul sedap atau lidah Maha jer yang rasa lain hehehe. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua ok. 

Korang boleh buat tempahan dan melihat pomosi di sini : 
Alamat : Me Famiglia Restaurant 
               C-G-16, Jalan Metro Perdana 3, 
               Kepong Kuala Lumpur
Tel : 03-6258 8442

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 4/5




       

Anda juga suka post ini...

21 ulasan:

  1. Pernah makan dekat sini. Memang sedap uols!

    BalasPadam
  2. Pizza tu memang kita suka. Linguine tu eiiii tergeliat lidah nak nyebutnya tu Maha. Suka eh dapat makan kat tempat sini. Elok la nasi pun kadang2 jemu juga makan. Nak la kelainan kan?.

    BalasPadam
  3. apeniiii semua makanan nampak sedap gila dah la baca entry ni masa lunch hour tsktsk nak ajak husband makan sini la nanti. terliur tak boleh dibendung dah

    BalasPadam
  4. banyaknya makan. mmmmmmm hebat la Maha sampai nama restaurant tu bertukar 3 kali dah pun tau ye. Pelanggan setia lani kan? hihihihihi

    BalasPadam
  5. wow, say no more sure my son would say mom lets go eat, don't just see here. My sons love to eat and he saw what he likes here, maybe he want also for takeaway too. Now almost dinner time, maybe can plan go there for try it out.

    BalasPadam
  6. Ya Allah..
    Dugaan apa petang petang gini ni.
    Tersinggah sini saat perut tengah lapar..
    Menggoda betul makanan tu semua.
    Rasa dan dan tu jugak nak pi terjah.
    Hehehe

    BalasPadam
  7. Sedapnyaaaa....very tempting. Makes me feel hungry now.

    BalasPadam
  8. Tak suka la tgk blog Maha ni time-time tengah malam ni.. saje menguji perut ni...allah tengokpastu tu dah terliur..belumlagi pizzadan dessert tiramisu tu..semua tu mmg dugaannnn.. nnt nak cuba sbb dkt kepong je..

    BalasPadam
  9. lamb shank tu. mahu sgt sgt memakan nyer, Maha.
    dah le pinggan nyer mcm dulu. sure kenyang ekk :) hi hi hi hi...
    kepong. jauh naw naw nak gi nyer. huntong la org selangor / kl.
    sgt byk tempat makan. sediakan jer duit nak membayar nyer.

    BalasPadam
  10. Tak boleh tahan tengok makanan sedap dekat sini... sup cendawan tu cicah roti emmm sedapnya.. kena cari esk nampaknya..

    BalasPadam
  11. Aduhaiii maha..nape kejam sangat ni, terliur dah sis dibuatnya. Dah le tengok pepagi buta..berkriuk kriuk perut dibuatnya. Nampak semua sedap2..huhuhu

    BalasPadam
  12. Kalo blog maha ni apa lg...mestilah pasal makan kan....ahhhh ni yg bwt Bonda nk p makan jgk ni....terliur dh tgk maha makan...

    BalasPadam
  13. Waahhhh hiasan dia mmg keItalian sgt nih. Mesti ada fefeeling makan kat Itali kan. Hahaha. Harga dia pun affordable je tgk. Haishh laa... terliuq ni wehh

    BalasPadam
  14. Sedapnya twngok Maha makan .Makanan Itali memang favourote saya tau sebab makanan dia berasaskan cheese. Kalau pergi KL mahu saya cari tempat ni nak makan .Nak nak memang peminat makanan Itali .

    BalasPadam
  15. Nampak sedap gila hidangan ni. Dah la hidangan itali mmg sedappp giler. Bila nak belanja aku makan kat sini, hakhak

    BalasPadam
  16. first time hearing Me Famiglia . Eh it's so near me at Kepong. your pics look so good and the food macam really delicious. ok I mark down to bring my family there one day hehe

    BalasPadam
  17. Alahai, tengok menu menu yang abam Maha makan, memang menyelerakan. Saya ni peminat makanan Itali..saya juga sedang menunggu bila abam Maha nak belanja makan

    BalasPadam
  18. Astaga MM. Makan sebanyak itu sengsorang? Sampai hati tak bawa Rawlins sekali. Dah la memang suka soup nie. Pasta apatah lagi. NEXT TOLONG BAWA RAWLINS.

    BalasPadam
  19. Wah sedapnya!!! Suka makanan Italy sebab lebih kurang dengan makanan kita yang suka berkuah. Nanti nak cuba!!!!

    BalasPadam
  20. Aduhaii.. Tergoda AM tgk betapa berselera MAHA makan.. AM pun nak cuba menu2 kat sana gak. Jomm reramai temankan AM gi terjah ke sana

    BalasPadam
  21. the lamb shank seems very tempting, but the meat a bit too little! haha but yes you are right, italian food would expect to eat pasta, pizza and tiramisu! ahha

    BalasPadam