Chines Cuisine,

Beauty of Togetherness Di Dolly Dim Sum Sempena Tahun Baru Cina

Jumaat, Januari 18, 2019 Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekaian. Tahun Baru Cina yang akan tiba tak lama lagi sama-sama kita meraikan "Beauty of Togetherness". Dalam kehidupan moden dengan jadual yang sibuk, tiada apa yang membawa kita lebih banyak kegembiraan daripada masa bersama kawan-kawan dan keluarga untuk makanan yang lazat.


Kali ni apa kata kalau korang sambut Tahun Baru Cina dengan makan sedap di semua cawangan Dolly Dimsum berhampiran anda. Tahun ini dengan lampu merah (merah melambangkan nasib dan kemakmuran), dan untuk merayakan perayaan yang paling lazat Dolly Dimsum membawakan HAPPINESS SET.



Bermula dari 22 Jan hingga 19 Feb, menu perayaan khas ini korang boleh dapati di semua cawangan kedai Dolly Dim Sum. Set menu makan malam juga akan disediakan supaya anda dapat memastikan tetamu atau kawan anda tidak perlu risau tentang apa yang hendak dipesan! Happiness set ini bermula dari RM60++ per pax dan untuk 6 orang satu kumpulan dinning. 





Kalau tahun baru cina tak ada Yee Sang tak sah dan dalam set ini akan ada sekali Luna Yu Sang dimana tahun ini kebanyakan Yee Sang akan ada sekali dengan kulit Ikan Rengup dan juga homemade plum sauce. Menurut kepercayaan orang cina makin tinggi kita menggaul Yee Sang ni makin cepat hasrat baik tertunai. 





Kemudian dalam set ini juga korang akan dapat beberapa menu menarik seperti Har Gao Dumpling, Spicy Szechuan Dumpling, Sweet and Sour Beancurd Skin Roll, Yam Croquette, Golden Chicken Nugget, Prawn Cheong Fun, Stir-Fried Australian Asparagus dan Salted Fish Fried Rice. Juga ada beberapa dessert yang enak seperti Lucky Carrots dan juga minuman special untuk tahun baru ini iaitu Lunar Blossom.



Sebagai tanda penghargaan kepada anda pelanggan setia Dolly Dimsum, bermula dari 4 hingga 7 Feb 2019, setiap perbelanjaan dalam satu resit RM200 anda layak untuk menerima sebotol Homemade Dolly Pineapple Tarts.  Stok sangat terhad setiap hari jadi jangan ketinggalan untuk mencubanya. Maha dah pergi makan kat cawangan terbaru mereka iaitu di Sunway Pyramid dan sangat cantik restoran tu.






Tempahan atau pertanyaan umum, sila hubungi nombor cawangan masing-masing yang disenaraikan di bawah atau e-mel dolly@dollydimsum.com untuk pertanyaan pertanyaan.

Cawangan Restoran Dolly Dimsum :-
Avenue-K 03-2181-3830
IOI City Mall 012-2642-018 
NU Sentral 03-2273-1450 
Pavilion Elite 03-2110-5019 
Sunway Putra 011-1040-5617 
Sunway Pyramid 012-201-8161








19 ulasan:

  1. Dolly Dim Sum! Fave sangat aihh! Untung nya duduk Malaysia ni, xyah merantau pun leh rasa makanan dari pelbagai kaum kan. Ya Allah lapaq wehh tgk gambar makanan ni hahaha

    BalasPadam
  2. Alamak bang! Silap timing la pulak bukak time macam ni. Lapar terus jadinya tengok sushi-sushi ni ha. Haha. Gambar makanan pun nice sangat. And suka tengok deko kedai dia. Simple dan cantik!

    BalasPadam
  3. Sedapnya dimsum. Dah lama tak makan dimsum tau. rupenye banyak jugak cawangan dolly dimsum ni. Boleh lah nak try nanti.

    BalasPadam
  4. Dolly Dim Sum! Bestnyeeee... MahaMahu dah buat Min terliur nak makan Dim Sum kegemaran ni.. Hehe..

    BalasPadam
  5. Wow...Hiasannya memang cantik lar. :) Saya sangat teruja bila lihat dim sum yang macam carrot tu. Special betul. :D

    BalasPadam
  6. Aduyai.. Sedapnya tengok Dim sum tu. Aneka pilihan! Semua nampak menyelerakan. Kalau laaa Nina ada sana, tentu kebuntuan nak ambik yang mana dulu. Nak pass kat kengkawan yang celebrate CNY laaa... Thanks sharing

    BalasPadam
  7. Aduhaiiii...selalu salah timing bukak blog maha ni tau..akak memang pencinta dim sum dan dh selalu makan kat dolly dimsum tu..sure lepas ni ni kena pi terjah...nasib kat NuSentral ada

    BalasPadam
  8. tk pernh lg try mkn kt dolly dimsum ni...fav la tgk dimsum tu...lapar la plakada kesempatan nanti bole try singgah...ni promo CNY best tu

    BalasPadam
  9. Sedap yer semua menu kat dolly dimsum. Teringin nak cuba makan kat sini bila turun KL lagi nanti. Best ada promo untuk tahun baru Cina ni..berbaloi2

    BalasPadam
  10. Ya Ampun wak. semua dimsum tu awat menggoda nau. Kita benda yang paling suka dimsum. Moga-moga ada rezeki nak makan dimsum nanti :D

    BalasPadam
  11. Heiiii.. Kesukaan kite Dim Sum ni.. makan panas-panas sedap! cicah dengan sos dia lagilah !... Dolly Dimsum kena cuba

    BalasPadam
  12. BOleh lah di war-warkan pada kakak bonda n rakan yg suka giler makan dimsum ni....banyak sgt piliannya...walaupun bonda bukan penggar dimsum....tgk gambar ni pn dh rasa nk join sekali p makan...

    BalasPadam
  13. yum yum! nampaknya semua sedappppp especially yang goreng goreng tu. too bad im on keto, so tak boleh nak makan. haha anyway thanks for sharing, now they got more option to choose!

    BalasPadam
  14. lupa pulak dah nak dekat chinese new year. mesti bannyak event makan makan yang blogger attend. hehe.. saya suka dtgk dim sum tu

    BalasPadam
  15. Kebetulan tengah cari tempat utk Chinese New Year ni. Nanti bolehlah sis survey pulak tempat ni. Nak celeb mak angkat punya cninese new year..dia nk celeb kat sini pulak..adehh

    BalasPadam
  16. Sedapnya Dim Sum tu.. eh.. TB tak pernah makan lagi.. tapi gambar maha ni laaa.. buat TB terasa teringin nak makan.. sedap ke Dim Sum tu yea.. huhu.. nak cari la lepas ni

    BalasPadam
  17. Telan ailio tengok dolly dimsum ni. .. Yang yee sang tu tak pernah try lagi. Rasa apa ya maha? Belanja akak plis

    BalasPadam
  18. My favorite dimsum spot with my friends! They serve really good dimsum, now I wanna visit again.

    BalasPadam
  19. Bestnya tgk menu2 CNY sedap semua nya...halal kan?

    BalasPadam