Food Review,

Ayam Goreng Salut Cheese Istimewa Di OJJU K-Food NU Sentral

7:00 PG Mahamahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yerrr kembali lagi dengan hidangan makanan Korea yang memang ramai orang Malaysia mesti suka. Kalau sebut jer K-Pop semua dah menjerit teruja tapi kat sini mereka menyajikan K-Food makanan dari Korea. Selalu restoran Korea ni mesti popular dengan ayam goreng pedas mereka. Tapi kat sini ia lain sikit ayam goreng yang disalut dengan cheese leleh. 


Kalau korang nak cuba makanan sini boleh lah ke Ojju K-Food yang terletak di aras empat NU Sentral. Ini adalah cawangan pertama mereka di Malaysia dan baru sahaja buka tak silap Maha Oktober tahun lepas. Kata staff kat sini Ojju tu adalah nama dalam satu daerah di Seoul Korea dan ia diilhamkan daripada sana.



Maha dah pergi makan kat sini dan pasti korang yang suka kepada makanan Korea kena try semua kat sini. Paling menjadi tumpuan ramai orang untuk datang makan dan cuba adalah Chicken Rolling Cheese. Ayam goreng yang dimasak garing kemudian disalut dengan sos yang korang boleh pilih iaitu nak BBQ Spicy, Honey Spicy dan Butter Orange. Mereka yang suka paling pedas boleh pilih BBQ Spicy memang menganga korang makan.

Chicken Rolling Cheese (Chicken Wing RM43.90 / Chicken Drumsticks RM49.90)


Ayam goreng ni juga ada dua jenis kalau korang nak yang bahagian Chicken Wings atau Chicken Drumstick. Cara nak salut ayam goreng tu dengan cheese mereka akan ajar kepada korang yang tak tahu macam mana nak buat. Kena pastikan korang makan waktu cheese tengah panas baru sedap kalau dah sejuk ia akan keras. Kalau korang order set ini korang boleh add on Cheesy Korean Fried Rice untuk makan bersama ayam goreng ini. 



Tu yang ayam goreng lah tapi kat restoran Korea ni tak sah kalau tak ada makanan sihat. Ini adalah salah satunya iaitu Budae Jjigae. Ni macam lebih kurang steamboat kat Malaysia lah dimana korang boleh pilih nak set daging, ayam atau seafood. Yang Maha makan hati tu adalah set seafood sebab tu ada ketam besar tu. Kemudian korang boleh pilih nak add on Ramyeon atau Telur dalam sup tu. Sini ada satu sup sahaja tapi sayur tu ada lima jenis yang dimasukkan sekali iaitu cendawan, Tofu, Ricecakes dan banyak lagi.

Budae Jjigae - Seafood (RM56.90)


Set ini adalah besar ok boleh makan untuk empat orang tapi kalau nak yang set single atau couple ada juga korang leh order Set Ramyeon. Ni pun akan dimasak dan dipanaskan depan korang kemudian bila semua bahan dalam tu dah lembut dan cukup masak boleh makan panas-panas sangat best. 



Hari tu juga Maha ada order site menu lain iaitu Gyeran Jjim iaitu telur kukus yang lembut dan gebu kena makan panas-panas juga tau. Masa telur ni sampai berasap lagi baru keluar dari pengukus kot hehehe. In untuk tambahan jer tak kalau makan ni sahaja tak kenyang sangat. 

Gyeran Jjim (RM7.90)

Jangan sekali-kali makan di sini tanpa korang mencuba Bingsoo mereka. Kat sini mempunyai pelbagai pilihan Bingsoo yang menarik dan hari tu Maha telah mencuba satu daripadanya iaitu Tutti-Fruitti Generation. Dalam tu ada buah segar atasnya iaitu Manga, Kiwi dan Strawberry. Ni adalah makanan sejuk mereka yang menyegarkan dan memberi rangsangan kepada deria rasa korang. Wajib kena cuba ok.

Bingsoo - Tutti-Fruitti Generation (RM19.90)


Minuman kat sini ada yang special iaitu korang mesti nak try Corn Tea. Yang disediakan dalam jug besi unik ini minuman tea tanpa gula tapi dapat bau jagung bakar didalamnya. Betul korang kena try hidu sebelum rasa kerana tiada rasa apa sangat hanya seperti minum Chinese Tea. Tiada gula dan membersihkan perut lepas makan pedas kot. Selain tu juga ada Ojju Lemonade Series yang ada lima jenis minuman. Maha cuba adalah Manggo Lemonade dan juga Basil Lemonade

Corn Tea (RM11.90)

Basil Lemonade (RM8.90) dan Manggo Lemonade (RM11.90) 

Macam biasa restoran Ojju K-Food ni buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam waktu mall ni buka. So kepada pecinta pelakon Korea kena datang sini ok memang menarik dan juga pelbagai pilihan makanan yang ada. Harga pun boleh tahan tak adalah mahal mana pun berpadanan tapi kalau sapa suka Kimchi sini pun ada memang tempat yang tepat untuk anda. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. 

Promosi dan juga pertanyaan lain boleh layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5




20 ulasan:

  1. Wahhh... Makin bertambah restoran Korea di Malaysia. Kene try ni..hehe..

    BalasPadam
  2. Asal tgk blog Maha, mesti jadi lapar tau. Haha. Nasib baik tak mengandung, kalau tak mengidam, payah. Hahaha. Tapi mmg nampak sedap sgt ayam2 tu oiii... Jeles!

    BalasPadam
  3. ntah bila aida dpt merasa makanan korea, maha.
    lom lagi dpt peluang. terutama ayam salut cheese ni.
    confirm sedap la. tgk da tau. muka maha sgt la nyaman dlm entry ni ha ha ha ha :)
    kat melaka tak jumpa restoran korea yg memikat hati aida utk melangkah masuk.
    kena naik KL juga la...

    BalasPadam
  4. Amboi makanan dan minuman dia memang menggugat perut..tak jadi nak diet laa kalau dapat menu macam ni..rating pon dpt 4/5 tu kira surrr laa tu..ehehe

    BalasPadam
  5. virak dah ojju ni tengok gambar makanan dekat sana semua menarik sangat. entah bila free nak pergi makan. airah dah la memang peminat ayam cheese cam ni

    BalasPadam
  6. Ayam dah berlemak. Di tambah keju lagi. Muahahahaha... Kemain gambar gambar dia nak memikat hati ini untuk mencuba.. insyaAllah ada kesempatan boleh g cuba..

    BalasPadam
  7. Tak pernah dengar lagi pasal restoran ni. Nanti leh lah sis cuba, nampak makanan diaorg menarik gak..tengok maha makan jadi terliur lak sis dibuatnya

    BalasPadam
  8. Ya Allah.. Dugaan apaaaaaa ni..
    Apaaaa ni tayang tayang makanan sedap ni..
    Kita teringin pulak nak rasa ayam yang disalut cheese tuuu..
    Tergoda pulak..

    BalasPadam
  9. Ya Allah... kenapalah terbuka link ni memalam... berbunyi-bunyi perut nih tau.. dahlah korean food ni memang kesukaan Bonde hadoiii kena cuba makan dekat Ujju ni nak makan Set Ramyeon dan bingsoo strawberry tu nnt

    BalasPadam
  10. Sedap yer semua teringin, rasa nak try semua menu. Thanks sharing tempat makan best ni. bext time ke NU Sentral nak terjah restoren ni

    BalasPadam
  11. Wow...looks yummy! Makes me hungry now. I am going there soon to try it!

    BalasPadam
  12. makanan koyaaaa!!!...hahaha...ok yg ni Bonda belum cuba lagi...mesti nk ajak ank bujang Bonda p menikmatinya nanti...walaupun makanan koya bukan laa kegemaran bonda...tp semenjak dua menjak ni tersuka plak makanan ni...tq maha...

    BalasPadam
  13. Seronok tengok mahamahu makan ni. Seddaaapppp! Suka fluffy Gyeran Jjim ni, yum yum...

    BalasPadam
  14. Brader yg sedang gulunf cheese tu orang Korea ke?�� sedap nampak ayam tu. Pernah makan skali. Excited mula2, masuk 5,6 ketul, dah muak gila..��

    BalasPadam
  15. ok lepas ni cuba ojju pulak..hehehee..wah menarik la yang rainbow tu, acano la agaknya rasa dia..hehee..mahal dak maha..

    BalasPadam
  16. Meleleh air liur kite tgok ayam jju ni. Hurm sedap betul. Kite mmg suke ayam cheese2 mcm ni. Mmg nk kene try ni. huhuhu

    BalasPadam
  17. Tergugat iman tengok Rainbow Rolling Cheese ni. Nampak colourful & menyelerakan. Kita pun suka juga Korea food ni, Nak try lah juga makan kat sini.

    BalasPadam
  18. Wow...kalau boleh cuba rainbow rolling cheese mereka sudah tentu sangat syiok kan. Kanak-kanak sure sangat suka. :) Ouh...corn tea? Tak pernah cuba...harap-harap boleh try suatu hari nanti.

    BalasPadam
  19. Kejam pulak tgk gmbaq2 ni time tengah2 mlm ni.. Dah tak. Pasai2 perut ku berbunyi

    BalasPadam
  20. Ayam goreng cheese ? weew! confirm sedap, tak payah rasa dengan mulut pun dah tau...hahaha ^^

    BalasPadam