Bandar Sunway,

Sunway Hotel Resorts & SPA Melancarkan Projek Soapful 1000 Sabun Dihasilkan

Isnin, Disember 10, 2018 Mahamahu 24 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekaian. Kemana perginya sabun buku yang tak habis kat hotel pernah kita fikirkan tentang perkara ini. Kebanyakan sabun hotel yang telah digunakan sekali atau dua kali biasanya akan berakhir di tapak pelupusan sampah. Sunway Hotels & Resorts kini telah menemui cara yang lebih lestari untuk mengkitar semula sabun yang telah digunakan untuk membantu masyarakat yang memerlukan dan dalam masa sama memelihara alam sekitar.


Projek yang dipanggil 'Soapful' ini telah dilancarkan baru-baru ini oleh D.Y.T.M Tengku Amir Shah Ibni Sharafuddin Idris Shah Raja Muda Selangor di Sunway Hotel Resorts & SPA. Projek ini juga adalah kerjasama dengan pelbagai rakan strategik seperti Ecolab Sdn Bhd, Kinder Soaps Sdn Bhd dan Komuniti Belia Selangor (SAY). Pada peringkat awal ini 1,000 biji sabun yang dihasilkan diberikan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia (PKAYDEM) di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE). 




Matlamat utama projek ini adalah :-

1) Memberi manfaat kepada alam sekitar dengan mengurangkan sisa sabun dari tempat pembuangan sampah. 
2) Membantu rumah kebajikan mengurangkan kos kerana penggunaan sabun sangat penting bagi rumah kebajikan dalam keperluan peribadi mereka. 
3) Membantu anak-anak membina kemahiran perniagaan yang bermakna yang akan membantu mereka memecahkan kitaran kemiskinan. 
4) Membangun kemahiran hidup kepada kanak-kanak ini untuk memulakan perniagaan mereka sendiri dan mengejar mobiliti sosial dimasa akan datang.




Pada majlis pelancaran program ini Maha sendiri melihat bagaimana sabun ini dihasilkan bukan mengikut proses yang biasa. Tapi juga melalui beberapa proses ketat demi menjaga kualiti dan keselamatan pegguna. Sisa sabun ini dikumpul dari Sunway Hotels & Resort yang terletak di Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway Pyramid Hotel dan Sunway Clio Hotel. Ecolab akan bertanggungjawab mengumpul sabun-sabun yang digunakan dari hotel, yang kemudiannya dihantar ke makmal pemprosesan mengikut prosedur operasi standard yang ketat yang mematuhi standard keselamatan dan alam sekitar. 



Kemudian ia melalui lima proses yang melibatkan mengkisar, melebur, mengacu, memotong dan membungkus. Semua diajar kepada kanak-kanak ini agar mereka sendiri ada pengalaman menghasilkan sabun ini dan juga tahu bagaimana proses ini dilakukan. Ini sedikit sebanyak memberi pendedahan kemahiran kepada mereka. Seronok tengok anak-anak ini gembira bila dapat melakukan sabun sendiri dan hasilnya mampu untuk digunakan dan dijual.






Moga kempen begini akan terus mendapat perhatian daripada badan koporat seperti mana yang dilakukan oleh Sunway Hotels & Resort ini. Pada tahun depan kempen ini akan diteruskan dengan lima lagi hotel di seluruh negara iaitu Sunway Putra Hotel, Sunway Velocity Hotel, Sunway Hotel Georgetown, Sunway Hotel Seberang Jaya dan The Banjaran Hotsprings Retreat. Maha support usaha mulia ini memang korang juga kena sokong. Kalau mereka jual produk sabun ini kita kena support untuk memberi sokongan dan dalam masa sama akan membantu mereka. 

Ikuti dan dapatkan info projek ini melalui :-
Hashtag : #SunwaySoapful #SunwayForGood
Laman web : https://www.sunwayhotels.com








24 ulasan:

  1. Memang menarik usaha murni yang ditunjukkan. LeYa sokong dengan apa yang telah mereka usahakan demi menjaga alam sekitar, membantu anak-anak yatim untuk turut sama mengetahui asas berniaga dari kecil dan banyak lagi lah kan.. Hehe..

    BalasPadam
  2. Usaha dan kerjasama yang sangat bagus dengan penggunaan semula sabun² yang mungkin akan dibazirkan ke dalam tong sampah jika tiada pendekatan seperti ini. Sekurang²nya dapat elakkan pembaziran, dan dapat membantu golongan yang lebih memerlukan. Great Idea! Best dapat attend event macam ni, dapat learn a new thing, share knowledge dan get a new friend ofcourse. Btw nice entry!

    BalasPadam
  3. airah suka program macam ni. banyak pihak dapat manfaat. tengok aktiviti diaorang pun macam best je dengan cara buat sabun lagi.memang patut diteruskan program macam ni

    BalasPadam
  4. Wahh... Satu usaha yang wajar dipuji! Teruju melihat inisiatif macam ni mendapat sokongan daripada kenamaan. Lagi teruja sebab penglibatannya adalah daripada golongan kanak-kanak! Bagus betul diajarkan semangat perniagaan dalam diri mereka seawal usia rebung supaya mereka lebih kreatif dan kritis apabila dewasa nanti. Moga-moga akan ada lebih banyak lagi program begini daripada pihak-pihak lain juga.

    BalasPadam
  5. such a wonderful event, glad to be there behind the scene. I like the idea of recycle the soap bar. it's good for community too and environment. It's good new life skill that kids can learn. Happy to see the kids on hand at the event trying out too.

    BalasPadam
  6. Event yang sangat bagus kerana bekerjasama dengan rumah anak yatim. Syarikat korporat seperti Sunway juga bekerjasama dengan Ecolab dan Kinder Soap untuk merealisasikan impian.

    BalasPadam
  7. Aduhai bestnya. Menyesal tak pergi ! Auni memang suka belajar benda-benda macam ni. Dah lama nak belajar buat sabun. Untung adik-adik kita dapat belajar sedari dari kecil lagi. Best event macam ni, memupuk semangat kanak-kanak dalam bisnes juga sebenarnya.

    BalasPadam
  8. Satu usaha yang baik bagi menjaga alam sekitar disamping dapat membantu mereka yang memerlukan...usaha ini amat baik sekali dilaksanakan...jika boleh dikembangkan kepada hotel2 yang lain agar dpt membantu golongan yang memerlukan..

    BalasPadam
  9. Tahniah Sunway Hotel & Resort atas idea untuk adakan projek yang sangat baik ni. Selain dari dapat kurangkan isu pembaziran dan alam sekitar, ianya juga dpt menbantu golongan yang memerlukan menjana ekonomi mereka.

    BalasPadam
  10. Wahh bagus betul idea diorg untuk elakkan pembaziran dan menjaga alam sekitar, dalam masa yg sama dapat membantu mereka2 yang memerlukan. Semoga usaha murni ini akan terus berkembang

    BalasPadam
  11. Bagusnya kempen sebegini ..sabun2 tu diproses semula dan diberikan ke Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim boleh mengurangkan pembaziran sabun terpakai..semoga kempen sebegini akan lebih diguna pakai oleh pihak lain juga

    BalasPadam
  12. Kempen yang sangat baik untuk pelbagai pihak terutamanya alam sekitar dan anak-anak yatim. Teringin nak belajar buat sabun, nampak mudah and menarik sangat kan. Moga program ini berterusan dan diperluaskan lagi.

    BalasPadam
  13. Bestnye...dapat buat sabun sendiri. I think this kind of initiative is superb. Its like giving back to the community and hard to go wrong with this act. At the same time make people realize too.

    BalasPadam
  14. Fuuuh kite baru Tau wak. Tapi perasan tak sabun buku memang dah jarang pakai.mostly pakai sabun cair.bagus sunway by kesedaran camni
    Tahniah

    BalasPadam
  15. good cause. bukan sahaja boleh menjaga alam sekitar tetapi juga beramal.. nampak best la event ni.. untung blogger yang dapat pergi. hehe

    BalasPadam
  16. Wah baik sekali manajementx ya, banyak berbuat kebajikan bagi yang ada di sekitarnya. Patut di contoh dan semoga usahax lancar jaya dan penuh berkah

    BalasPadam
  17. so many ppl post about this event, must be invited a lot of bloggers there! haha anyway seems like a good event to contribute back to the society!

    Invest in PRS to get Tax Relief!

    BalasPadam
  18. bagusnya program nih sebab boleh belajar buat sabun sendiri ...jimat belanja dan lanih natural gitu ....paling untung sebab dapat jumpa anak raja ....semoga program ni berterusan dan dapat disebarkan kepada orang ramai

    BalasPadam
  19. Tak pernah terfikir pun tang sabun yang tidak habis digunakan di hotel-hotel..baguslah inisiatif ni..kalau tak, mesti bumi ni penuh dengan sabun selepas plastik kan.hehe

    BalasPadam
  20. Bagus la buat aktiviti macam ni. Sabun pun tak membazir kan..pulak tu aktiviti ni untuk membantu mereka yang susah..terbaik..tapi sabun ni memang nampak unik..hehee..wangi tak

    BalasPadam
  21. Bagusnya ada program mcm ni utk membantu pihak yg memerlukan bantuan

    BalasPadam
  22. Dah boleh produce sabun sendiri dah Maha kan..step by step sure dah tau..ala apesal ensem sangat Raja Muda Selangor tu...hehehehe

    BalasPadam
  23. Bagus usaha mcm ni.. disamping mengelakkan pembaziran dan pencemaran alam sekitar, boleh buat platform sumber pendapatan yg baik juga.

    BalasPadam
  24. A very good initiative by Sunway Hotels & Resorts, Kinder Soaps, Ecolab and SAY.

    BalasPadam