Jumbo Sale,

Lima Hari Sahaja Jualan Giler JUMBO SALE Lebih 50% Di LuLu Hypermarket & Department Store

Sabtu, Disember 29, 2018 Mahamahu 12 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tinggal lagi beberapa hari sahaja untuk kita sambut tahun baru 2019 dan meningalkan tahun 2018 ini. Hujung tahun ni kat Malaysia memang meriahlah dengan Year End Sale di merata-rata tempat. Tidak terlepas juga LuLu Hypermarket & Department Store yang terletak di Jalan Munshi Abdullah tempat Maha selalu beli-belah barang dapur dan juga keperluang harian. 




Baru ni Maha pergi pasaraya ini dan terkejut kerana rupanya mereka tengah buat Promosi JUMBO SALE. Jualan murah ini bermula dari semalam 28 Disember 2018 hingga tahun baru nanti iaitu 1 Januari 2019. Hanya lima hari sahaja sale ini yang korang boleh beli dengan harga diskaun lebih daripada 50%. Memang gilerrr lah Maha hari tu shopping bila tengok ada jualan yang sangat murah macam ni. 

Potongan Rata 50%


Masa pergi tu ada dua promosi rupanya dalam JUMBO SALE ini dimana yang satu ni potongan rata 50% . Untuk ini hanya terpakai pada semua barangan fesyen khas untuk wanita, lelaki & kanak-kanak serta bayi. Ada beberapa jenama yang korang boleh dapat untuk promosi 50% ini iaitu seperti John Louis, Arezzo, Eten, Puppet, Sunnex, Allen Solly, Ruff, Cortigiani, Twills, Lero, Xemberg, Marco Donateli, Tag Basic, Louis Philippe, Pravo, De Backers dan Tag Rider









Kebanyakan jenama ni kita jarang dengar kerana ia jenama in house mereka yang berkualiti dan juga menghasilkan produk mampu milik. Macam-macam design terkini dan juga rekaan yang memenuhi kehendak rakyat Malaysia. Maha sendiri pun rambang mata tak tahu nak beli mana satu, tapi angkut juga sepasang kasut baru yang cantik tu untuk kerja tahun depan hehehehe. 








Orang perempuan suka lah kalau ada jualan murah macam ni untuk pakaian wanita dan juga untuk barang seperti beg tangan wanita dan kasut. Kalau korang datang pasaraya ni untuk cari barangan ni semua ada kat level satu. Situ lah bahagia kesukaan orang perempuan bila nak beli belah. 

Potongan Sehingga 50%   


Promosi yang kedua ni pula adalah potongan harga sehingga 50% untuk beberapa barang terpilih. Yang ini merangkumi barang yang Maha selalu beli kat sini iaitu barang dapur di bahagian Supermarket. Masa Maha datang tu mata akan terpandang barang yang diletak kat pintu masuk pasaraya ini dengan ada tanda warna kuning, itulah barangan yang ada promosi hebat ini. Sesetengah barang tu ada tanda hanya terhad untuk beberapa unit sahaja bagi seorang pelanggan sebab murah sangat nanti orang lain tak sempat beli lak kalau semua korang dah borongkan.










Selain itu juga, promosi ini untuk berangan keperluan elektrik/elektronik, noon-food, barangan kelengkapan rumah, perabot rumah, telefon, produk IT, mainan, bagasi, peralatan sukan dan alat tulis. Korang boleh tengok seperti TV 43 inchi jenama LG tu potongan sehingga 50% dari RM2,899 jadi harga RM1,449 sahaja. Kemudian Microwave jenama Sharp 20ml tu harga hanya RM164 sahaja memang murah giler.












Pergi pula kat bahagian kelengkapan rumah tu ada kuali Ceramic jenama Chefline ni hanya RM8.49 satu dan juga karpet pun murah. Ya Allah memang rasa kalau bawa satu lori pun tak cukup nak beli kat sini. Sesuai sangat untuk mereka yang baru beli rumah dan pindah rumah baru untuk beli kelengkapan rumah semua tengah promosi giler-giler ini. 








Selain daripada JUMBO SALE ini kat LuLu Hypermarket juga ada promosi Back to School Saver. Khas kepada ibu bapa yang buat persiapan saat akhir untuk keperluan anak-anak nak masuk sekolah tahun baru ini. Masih sempat lagi nak beli dan dapatkan harga murah sangat dan tak perlu bebelanja lebih.







Macam biasa kalau kat LuLu ini mereka juga membuat promosi kat bahagian LuLu Celebrate yang menyediakan kelengkapan seperti Indian Saree, Churidars dan Lehangas. Kalau korang ada tema untuk dinner syarikat hujung tahun boleh beli kat sini memang murah dan cantik-cantik belaka. Promosi ni pun tempoh sama juga lima hari sahaja dengan potongan sehingga 40%.  



Kalau Maha nak senaraikan semua potongan untuk lima hari ni memang banyak korang boleh tengok kat risalah yang ada kat pasaraya tu atau boleh tengok kat Facebook mereka. Memang banyak barang korang nak beli punya. Walaupun dah penuh satu troli macam yang Maha beli ni tapi bila sampai kat kaunter harga lagi murah. Tak tahu mana datang potongan harga, sebab tu Maha suka beli-belah kat Lulu Hypermarket ini. 

Promosi dan maklumat lanjut layari :-
   


      


12 ulasan:

  1. Menariknya! Kalau dekat ni, memang cx pergi borong! Lagi² barang dapur. Memang heavenlah! Syurgawi duniawi. Hahah bab brg² wanita tu cx tak heran sangat. Brg dapur dan anak² tu plg best. Cx suka shopping brg org lain dan suka tgk mereka happy . Ianya dah buat cx bahagia. Aicewah

    BalasPadam
  2. Bestnye...looks like good deals. Thanks for sharing. I need to go here fast before the sale ends.

    BalasPadam
  3. murahnya..dah la gaji baru dapat. Boleh la pergu lulu hypermarket cari barang dapur. tengah promosi kaw2 ni elok la beli sekali barang keperluan untuk tahun baru 2019. confirm ramai customer ni..jom pergo borong cepat!

    BalasPadam
  4. Tak pernah gi sini la Maha sebab jam sikit. Kalau nak pergi pun sanggup naik public transport. Hehe. Sale dia menarik la Maha.....

    BalasPadam
  5. Alamak bestnya. Kite mmg suke shopping kt lulu sbb ad mcm2 barang jual kt sana. Mmg nk kene pg besok ni. Nk shopping bnyk2. hehehe

    BalasPadam
  6. Lulu ni memang murah kaw kaw bila sale! Nina baru jer balik shopping kat Lulu. Berbotol cili nandos tu Nina borong! Murah kannn? Banyak lagi barangan yang murah. Nanti nak pi lagi sebab kat atas tak sempat shopping

    BalasPadam
  7. Wah!!! discount hebat ni ... sempat lagi buat shopping tahun baru ni dgn tahun baru cina! Terima kasih tau!

    BalasPadam
  8. Amboi... banyaknya dia shopping. Beli barangan untuk setahun ke tu? Next time ajak I sekali ye

    BalasPadam
  9. Semalam ada jalan2 area jalan tar. tak tahu pun pasal sale kat lulu hypermarket ni. kalau tahu rmi singgah shopping semalam.

    BalasPadam
  10. Wah bestnya ada sale sampai 50%. Memnag terlebih murah dan jimat. Saya berkwnan part kuali tu hah . murah ya amat .Kalau ada Lulu kat sini memang dha terjah dah

    BalasPadam
  11. Hebat. Boleh pergi hujung minggu depan dengan family.

    BalasPadam
  12. Promotion yang heebat-hebat ni. Makanan mereka yang dihantar dengan lori makanan juga segar, pilihan yang banyak dan murah.

    BalasPadam