Keahlian PRIME Rahsia Membeli Belah Dengan Jimat Dan Istimewa Daripada ezbuy

7:00 PG Maha Mahu 16 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tak perlu tanya siapa kat sini yang suka membeli secara dalam talian memang hampir semua yang menggunakan internet akan membuat pembelian dilaman web secara online. Cuma nak cari yang betul-betul dipercayaai dan juga menjadi satu platform yang stabil serta selamat dalam segala urusan daripada pendaftaran, pencarian, pembelian sehingga kepada barang sampai kepada kita. Semua itu memang kena ambil tahu agar kita tak menyesal setelah pembelian dibuat betul tak.


Banyak sangat platform beli-belah online ni tapi satu yang setakat ini Maha selalu beli produk luar negara dengan harga yang berpatutan serta sangat mudah. Maha sebut je laman tersebut kat sini mesti korang pun kenal laman beli-belah secara dalam talian ezbuy. Kalau korang tahu sehingga ke hari ini, ezbuy mempunyai lebih daripada 3 juta pelanggan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand. ezbuy juga telah membawa berjuta-juta produk berkualiti dari negara China, Amerika Syarikat, Taiwan, Korea dan produk tempatan untuk semua pembeli.


Selain daripada produk-produk yang ada kat sini, perkara terbaik yang Maha suka mengenai ezbuy ini adalah mereka mempunyai customize service yang memberikan banyak manfaat kepada kita  pelanggan setia seperti PRIME Member Service. Jadi Maha nak kongsi dengan korang tentang kelebihan yang korang boleh dapat sekiranya menjadi ahli PRIME di ezbuy.

Keahlian PRIME ezbuy


Sekiranya korang menyertai keahlian PRIME ini ia sangat menguntungkan kerana korang tidak perlu bimbang tentang kos penghantaran sekiranya membeli barang tanpa mengira saiz, berat atau kuantiti. Maksudnya kalau korang nak beli banyak mana pun barang dan seberat mana pun tetap membayar dengan satu kos penghantaran hanya RM8.80 sahaja.


Korang nak mendapat keistimewaan ini, perlulah mendaftar untuk keahlian PRIME dan membeli barangan yang ditawarkan di dalam PRIME List. Buat masa ini terdapat lebih dari 4 juta barangan di dalam list tersebut. Dalam laman web ini mereka menawarkan 3 jenis keahlian PRIME ini iaitu PRIME Trial, PRIME Lite dan PRIME Annual.


Kalau korang masih tak yakin tentang kelebihan menjadi ahli PRIME ini boleh lah daftar dahulu dengan PRIME Trial sah untuk tempoh 5 hari sahaja. Tapi biasalah kalau trial ini keistimewaannya limited pada 'Wishlist' yang ada. Wishlist ini pula merupakan kelebihan dimana ahli PRIME boleh menukar barangan yang tidak di dalam senarai PRIME kepada status PRIME. Jadi semua barang yang korang nak beli banyak mana pun seberat mana pun akan hanya satu kos penghantaran sahaja.


Korang tengok sendiri contoh yang diterangkan dalam rajah kat bawah ini dimana kalau nak membeli set sofa seberat 53KG cas penghantaran antarabangsa yang dikenakan adalah RM2.60 untuk setiap 500gram. Jadi semua total cas penghantaran yang korang kena untuk pembelian sofa ini adalah RM275.60. Tapi sekiranya korang menjadi ahli PRIME biar lah seberat mana barang nak beli dari luar negara cas penghantaran yang dikenakan hanya tetap RM8.80 sahaja. Sangat menjimatkan kalau korang fikir tentang semua kos ini.


Kalau beli produk dengan pengeluar tempatan pun sama juga ada cas penghantaran tetap mahal dan tidak jauh beza dengan apa yang korang beli dari luar negara. Tu tak termasuk lagi cas SST dan juga cas-cas lain. Keahlian PRIME ini juga boleh digunakan untuk belian barang tempatan tetap sama satu harga sahaja untuk penghantaran.


Bagi masa ketibaan atau Estimated Time Arriving (ETA) untuk pengguna yang menggunakan keahlian PRIME ialah diantara 3-5 hari dan 16-22 hari untuk barangan yang besar dan secara pukal dari luar negara. Kalau penghantaran tempatan sama mengikut tempoh ditetapkan pembekal.


Bagaimana nak mendaftar menjadi ahli PRIME ini? Mudah jer korang follow beberapa step kat bawah ini dah secara automatik akan jadi ahli.
1) Login akaun anda
2) Klik pada 'PRIME' (Terletak kat tab di status bar)
3) Pilih mana ahli PRIME yang korang nak (Trial, Lite atau Annual)
4) Buat pembayaran secara online atau ATM.
5) Nanti korang akan dapat pengesahan pendaftaran.

Kemudian ini adalah cara nak menggunakan kahlian PRIME ini semasa korang buat pembelian barang.
1) Login akaun yang telah daftar PRIME anda
2) Klik pada ‘PRIME’ (Terletak kat tab di status bar)
3) Pilih barangan yang ingin dibeli di PRIME Collections.
4) Nanti kat bawah barangan pilihan korang akan ada 2 butang pilihan iaitu PRIME dan ezuby. Klik pada butang PRIME.
5) Add to cart dan lepas tu boleh buat bayaran.

Mudah bukan dan sangat membantu dalam pembelian sekiranya korang ada niat nak beli barang banyak untuk penuhkan rumah baru. Juga mungkin korang nak beli baran-barang istimewa untuk dihadiahkan kepada insan tersayang tapi masih tetap boleh berjimat. Ini adalah cara orang yang bijak bila membeli belah secara dalam talian menggunakan promosi yang ada. Maha Cuma berkongsi sahaja semua terpulang kepada korang sendiri nak guna atau tidak.

Kelebihan Keahlian Baru


Itu untuk mereka yang telah ada akaun dengan ezbuy. Tapi pada korang yang belum mendaftar dengan ezbuy atau pertama kali nak membeli kat ezbuy ini ada tawaran istimewa. Kalau korang daftar sekarang akan dapat cash baucer RM15 dan juga potongan 15% kos penghantaran untuk pembelian pertama. Korang boleh daftar kat sini https://ezbuy.my


Setelah selesai pendaftaran pertama tu nanti korang akan dapat baucer dalam akaun yang pertama kali didaftarkan. Nak gunakan baucer tu nanti korang boleh buat semasa nak buat pembayaran korang hanya perlu klik ‘User Voucher’. Nanti secara automatik akan terus ada potongan kat harga sebelum proceed untuk pembayaran.

Kempen 12.12 ezbuy


Tak lama lagi pula akan tiba tarikh yang dinantikan oleh pembeli secara dalam talian iaitu 12.12. Pada tarikh tersebut ezbuy ingin memberikan tawaran hebat kepada semua pembelian atas talian bagi memeriahkan semangat membeli belah anda. Korang boleh tengok pada banner yang ada ini.


So daftar sahaja dulu jadi ahli ezbuy untuk dapatkan baucer RM15 dan nanti masa tarikh 12.12 tu korang boleh beli dengan harga yang istimewa ditambah pula dengan baucer pendaftaran baru. So berganda keistimewaan yang ditawarkan oleh ezbuy. So tunggu apa lagi ini masa untuk dapatkan promosi semua hebat sementara masih ada ini.








Anda juga suka post ini...

16 ulasan:

  1. wah berbaloi juga prime ni kalau selalu shopping di ezbuy.senang tak payah fikir postage tinggi sebab beli barang yang bersaiz besar.cara nak daftar pun senang mungkin boleh join ni

    BalasPadam
  2. Ni yang tak sabar nak shopping dengan ezbuy. .Memang tepatlah masa untuk nak shopping. Siap² jadi ahli prime. Barulah kos penghantaran jimat. Nak shopping banyak² pun tak risau dah.. Moh masuk wishlist..

    BalasPadam
  3. ohh mcm menarik jugak yea kempen dari ezbuy ni..rasanya pada those pengguna tegar ezbuy yg selalu nk beli brgn yg berat2 dan dr luar negara tu mmg berbaloi la kn if daftar guna jadi Prime members ni kan hehe

    BalasPadam
  4. Terbaik ezbuy. Always supply the best and quality product to their customers. Register jadi ahli baru pon best , siap dapat baucer. Memang menguntungkan! Rugi siapa yg tak sign up. Join PRIME tu pon mcm best je sbb after this dah tk perlu nk risau hal postage. Tq Maha for sharing this

    BalasPadam
  5. Best juga tu beli banyak mana tetap bayar kos pos RM8.80. Berbaloi sangat la Maha. Banyaknya sale sana sini. Penting....sediakan duit ajer.

    BalasPadam
  6. wow sales again ya. I scared scared leh. My wallet haven't get well from the last sale lol. But the deals so tempted I wish to get more more and more. hope to have an unlimited bank account haha

    BalasPadam
  7. Siapa yang dah jadi ahli Prime ni memang berbaloi-baloi kalau nak shopping dekat EZBuy kan. Beli banyak atau sikit barang pun postage flat rate je. Postage international tapi harga local ^_^ Alang-alang nak dekat sale 12.12 ni mesti lagi banyak potongan discount.

    BalasPadam
  8. Lama dah tak shopping dekat ezbuy .Kat sini pun best jugak banyak pilihan yang ada. Semua kita semua ada kan .Yang paling untung kalau jadi ahli prime lah sebab beli barang banyak macam mana pun kos postage tetap rm8.80

    BalasPadam
  9. Dah cuba shoping dgn Ezbuy, paltform ok but i dapat seller yang laha. Lupakan ajelah kisah lalu. Btw, member Prime mmg untung kalau shop barang pukal. Memamng jimat. Disbabkan kami tak rajin shopping, kami pakai pos biasa ajelah. Hehe

    BalasPadam
  10. Rasanya kita ada daftar kot dengan ezbuy ni. Tapi buat masa ni belum pernah lagi membeli dari situ. Selalu cuci mata je la dulu. Hehe
    Tapi berbaloi la pakai keahlian prime tu bagi mereka yang rajin shopping di ezbuy tu. Untung shipping dia x begitu mahal.

    BalasPadam
  11. Menarik juga jadi PRIME ni. Banyak kelebihannya kan terutama kepada yang suka membeli belah di ezbuy. Rawlins pernah lalu lalang je kat ezbuy sebab takut takleh kawal diri.

    BalasPadam
  12. Wah ezbuy buat promosi menarik. Untung siapa membeli kat platform ni sbb direct dari china. Plg best kita blh jimatkan kos penghantaran bila amiknpkej mcm ni

    BalasPadam
  13. i never really heard about ezbuy online shopping platform but sales day like 1010 11111 1212 must be a good day for them to take up some of the market share too especially giving good discount.

    Invest in PRS to get Tax Relief!

    BalasPadam
  14. Wah 12.12 tak lama lagi ni. Mesti banyak sale menjelma ni. Tak penah beli barang dengan Ezbuy lagi. Nampak menarik je & tak sabar nak register PRIME ni.

    BalasPadam
  15. Ezybuy pun dah mula buat promosi 12.12..npknya kak pun nk skodeng kat ezybuy ni...dulu rajin jgk shopping.

    BalasPadam
  16. I've heard so many people talk about this PRIME by Ezbuy looks like it's really worth it. I'm gonna register for the upcoming 12.12

    BalasPadam