Karnival Year End Zakat 2018 Di Perkarangan Masjid Usamah Bin Zaid Wangsa Maju Kini Meriah

4:58 PTG Maha Mahu 12 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa rancangan korang hari cuti ni? Kalau tak ada ke mana-mana apa kata datang ke Karnival Year End Zakat 2018 yang tengah berlansung bermula hari ni 1 Disember dan esok 2 Disember 2018 di perkarangan Masjid Usamah Bin Zaid Seksyen 2 Wangsa Maju. Hari ni Maha dah pergi dari pagi sampai tengah hari memang banyak yang menarik.



Karnival ni tengah hangat berlansung pagi tadi dari pukul 9.00 pagi hingga malam ini 9.00 malam dan banyak aktiviti menarik. Bukan karnival biasa-biasa tau, selalu kalau sebut jer event kat masjid mesti ramai akan cakap bosan dan ceramah sahajakan tapi ini tidak. Karnival kali ini menghimpunkan banyak aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan gusti lengan, persembahan Didi & Friend, juga persembahan Omar & Hana, pertandingan Azan, pertandingan Masterchef YEZ bersama Chef Zubir dan banyak lagi.




Jadi memang tak bosan langsung, selain tu juga korang boleh dapatkan macam-macam barangan jualan yang ada kat sini daripada Asnaf yang terlah berjaya kerana mendapat bantuan Zakat sendiri. So kat sini korang boleh belajar dan tengok bagaimana mereka mengubah kehidupan dengan menjadi usahawan makanan yang berjaya. Ada lebih kurang 90 buah booth yang ada kat perkarangan masjid  ini jadi korang boleh jalan dan ziarah. Cuma kawasan parking agak terhad disarankan naik Grab atau pengangkutan awam lagi senang.






Malam ini pula akan ada konsert daripada barisan artis yang popular seperti Kumpulan Hijjaz, Saujana, Raihan, D'vision dan Ali XPDC. Majlis akan diacarakan oleh hos popular sapa lagi kalau bukan Syuk dan Atu Zero. Korang kena datang sampai malam acara kat sini memang meriah dan seronok tak bosan. Malam esok pula akan ada majlis kemuncak iaitu Grand Forum Super Star yang membariskan panel seperti Ustaz Dato' Dr Izhar Ariff, Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi dan Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang. Host untuk forum ini adalah Bell Ngasri pasti kelakar lah. 






Karnival ini adalah usaha daripada Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk mempromosikan dakwah zakat dengan lebih meluas di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan agar ia dapat meningkatkan prospek pembayar zakat dan secara tidak langsung meningkatkan kutipan zakat. Selain itu juga ia mendekatkan masyarakat tentang kewajipan berzakat. Ini kerana pada karnival ini mereka ada buka kaunter zakat bergerak dan kaunter Baitumal untuk sebarang urusan dan pertanyaan tentang zakat dan Baitumal.

Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali






Karnival ini telah dirasmikan pagi tadi oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali. Hari ini juga tadi telah berlangsung majlis penyampaian hadiah kepada pemenang untuk Kempen Skim THOHIR 2018 yang ditaja oleh Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. dan juga pemenang Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my yang ditaja oleh SeriGroup Global Sdn. Bhd. Tahniah kepada semua pemenang. Korang yang datang karnival sepanjang dua hari pun boleh menang hadiah cabutan bertuah yang bernilai RM10,000 memang banyak. Jadi tunggu apa lagi datang sekarang juga bawa satu keluarga pergi ke YEZ 2018.

Info lanjut tentang aktiviti YEZ 2018 layari :
Hashtag rasmi : #PPZMAIWP #ZakatAkhirTahun #YearEndZakat



  



Anda juga suka post ini...

12 ulasan:

  1. Looks like a very happening event! With 90 booths, there is so much to see and the ice cream after such a hot day is yummm

    BalasPadam
  2. oh zakat has done a good job once again. it's nice to have lucky draws too, congratulations to all winners. You guys surely had fun over there.

    BalasPadam
  3. meriahnya...jarang ada aktiviti gini selain daripada Karnoval Geng Masjid kan...Alaaaa...kita nak jumpa Hafiz Hamidun, kenapa esok!

    BalasPadam
  4. Wah seronokknya event mcm ni. Dengar cerita bnyk artis2 turut memeriahkan . Nak dtg lah nanti bersama family. Huhuhu

    BalasPadam
  5. Bagus juga event anjuran PPZ ni. Dakwah ada pelbagai cara. Semoga usaha PPZ ni tercapai matlamatnya. Sedap pula tengok aiscream tu. Nak nak pula makan ketika cuaca panas.

    BalasPadam
  6. Love the initiative of this event to kill 2 bird with 1 stone... One is to raise awareness and another is to remind people to pay their Zakat

    BalasPadam
  7. Wahhh siap ada event lagi, bagus usaha mereka ni untuk galakkan orang Malaysia bayar zakat hehehe Dulu buat contest dan menang hadiah best .

    BalasPadam
  8. Bagus majlis zakat ni.. Menggalakkan lagi org bayar zakat.. Dan event thun ni lg meriah dgn pelbagai acara & peraduan yg dibuat .

    BalasPadam
  9. Macam-macam zakat buat. Aktif sungguh mereka. Semoga dipermudahkan untuk mendekati masyarakat Islam di Malaysia. Tak miskin bayar zakat. Sebab ia ibarat kita menggunakan orang tengah untuk bersedekah. Lembaga Zakat sangat menjaga amanah. Kehidupan kita lebih diberkati.

    BalasPadam
  10. Wahh, ada kempen Year End Zakat pula. Kebelakangan ni kerap tengok pihak zakat buat kempen untuk menggalakan kita semua bayar zakat. Respect dengan usaha pihak zakat dengan usaha yang murni ni.

    BalasPadam
  11. Emi tak pergi pun karnival YEZ ni. tak sempat, busy sikit setelkan hal peribadi. Tengok member2 post, ramai jugak yang pergi.

    BalasPadam
  12. Wahhhh menarik betul ye aktiviti2 yang ditawarkan semasa pesta YEZ nie. Budak2 mesti suka sebab banyak tarikan yg membuatkan kanak2 suka. Tapi tulah, mesti panas lit2. Wahhh ais krim nampak sedap betul yer ! Tambah makan time panas2 mcm tu. syiokkk nya 😍

    BalasPadam