Bayi,

Hadiah Set Hemper Bagi Meraikan Anak Baru Lahir Dari Lovingly Signed

Selasa, Disember 04, 2018 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pening juga kalau nak mencari hadiah nak bagi kepada sedara atau ahli keluarga yang baru mendapat baby. Selalui kalau nak cari jenuh kena fikir apa yang cantik dan comel bila dipadankan dengan bayi tersebut. Paling penting kena selamat dan selesa untuk mereka guna.



Sebab tu Maha selalu tengok kat laman web Lovingly Signed ini kerana kat sini ada banyak pilihan produk yang sesuai untuk bayi seawal usia 1 hari sehingga mereka meningkat dewasa. Reka bentuk dan juga warna yang ditawarkan juga menarik sangat comel lah kalau tengok. Maha hari tu beli satu untuk sepupu yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka. 

Gift Hamper dari Lovingly Signed 


Sebabkan anak sepupu ini lelaki dan sangat comel putih gebu jadi Maha hadiankan dia PERSONALISED BABY BOY WELCOME GIFT SET - BLUE. Kalau anak perempuan ada juga set warna pink. Set ini menampilkan Gingham Robe yang berwarna biru tebal dan mewah serta selimut selendang 100% dibuat daripada kapas. Yang bestnya kat produk ni korang boleh dicetak nama bayi kat situ macam kat bahagian nama 'Herry' tu, jadi ia sangat exclusive dan bermakna.


Set hemper ini didatangkan dengan empat item dalamnya iaitu jubah mandi yang comel serta dengan Cotton Baby Grow, selimut serta Blue JellyCat Bunny. So lengkap untuk seorang bayi yang nak membersar dengan comel dan sihat. Bestnya kalau beli kat sini mereka hantar dengan bungkusan menarik dan cantik jadi memang sesuai untuk terus dijadikan hadiah.


Kalau untuk koleksi set mandian korang boleh pilih hemper PERSONALISED BABY SHOWER GIFT SET - PINK untuk anak perempuan atau blue untuk anak lelaki. Set mandian bayi terdapat dalamnya Pink/Blue Gingham Hooded, Pink/Blue Bunny Comforter dan Pink/Blue Receiving Shawl yang sangat lembut dan halus. 


Kalau anak tu besar sikit boleh bagi hemper set BASHFUL BUNNY AND TUTU DELIGHT. Tutu Delight set pula sesuai untuk dijadikan pakaian khas istimewa anak-anak perempuan bila mereka ke majlis parti, berjalan-jalan dan juga pakaian harian. Mudah untuk dipakai dan selesa untuk kanak-kanak bergerak. 


Set hemper bagi waktu tidur bayi pun ada korang boleh pilih PERSONALISED BED TIME GIFT SET - GREY. Dalam set hemper ini ada Stars & Stripes Reversible Cotton Blanket dan Grey JellyCat Bunny. Boleh lah guna pakai untuk selimut anak-anak agak tak sejuk dan lembut kerana dibuat daripada 100% kapas.


Kalau suka watak kartun yang lain dalam set hemper ini ada macam-macam korang boleh pilih seperti gajah, arnab, unicorn, anjing dan juga fox. Ikut mana yang korang rasa comel nak bagi kepada sikecil. Tapi selalunya yang teruja bila dapat hadiah ni ibu bayi jer sebab geram tengok comel sangat hehehe. 


Korang pilih sendiri kat laman web Lovingly Signed sebab kat situ ada banyak yang Maha letak ni baru sedikit jer. Semua barang ini akan didatangkan dengan bungkusan kotak yang cantik dan kemas yang sesuai untuk dijadikan hadiah. So korang tak perlu nak bungkus semula memang dah cantik serta exclusive mewah. 

Kalau nak tempah boleh ke laman berikut:-








1 ulasan: