Cookies By Yusa,

Biskut, Kerepek, Kek, Pes Masakan, Sambal, Coklat Dan Macam-macam Lagi Ada Di Cookies By Yusa

Jumaat, Disember 07, 2018 Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa sini yang pergi MAHA 2018 baru-baru ini? Macam mana seronokkan kat sana banyak produk baru dan juga hasil tempatan yang kita boleh jumpa. Sekarang Maha dah habis dan kena tunggu dua tahun lagi untuk tiba waktu itu. Macam mana kita nak dapatkan semula produk-produk yang kebanyakannya ada jual kat sana terutamanya produk keluaran bumiputera.


Tapi sekarang ini korang tak perlu tunggu lagi dah boleh dapatkan kebanyakkan produk ini dengan adanya Cookies By Yusa. Bagi Maha kedai ini lebih kurang macam Mini MAHA jugalah kerana ada lebih daripada 200 produk makanan keluaran tempatan dan paling istimewa ia adalah produk bumiputera yang Halal. Kita tahu kalau usahawan tempatan ini akan mula berniaga secara online atau juga hebahan dari mulut ke mulut.



Tapi dengan adanya kedai ini maka semua produk ini dah boleh dapat terus tanpa perlu tunggu lama untuk penghantaran. Ye lah kalau tiba-tiba hari tu korang rasa macam nak makan sambal kalau beli secara online paling kurang kena tunggu sehari dua baru sampai. Tapi sekarang dah boleh pergi kat kedai Cookies By Yusa ini boleh terus beli dan makan time tu juga. 





Macam Maha cakap lah kedai ni ada lebih daripada 200 jenis produk makanan tempatan seperti biskut, kek, pes masakan, sambal, minuman, makanan segera dan macam-macam lagi. Ada juga produk yang korang sendiri tak pernah jumpa kat mana-mana seperti minuman Honey Bentong Ginger keluaran FZ Farming Enterprise. Bagi Maha ia adalah produk yang bagus tapi kurangnya promisi ia agak kurang diketahui ramai. Jadi dengan adanya kedai seperti ini produk ini dah mula sampai ke sasaran penggunanya.





Kalau korang peminat produk makanan Korea kat sini pun ada tak perlu nak pergi luar negara. Ia adalah produk keluaran usawahan tempatan yang memang berpengalaman bertahun-tahun di Korea dan bawa pulang resipi tu serta mengeluarkan produk sendiri. Antara produk keluaran syarikat OmmaSon Faiza Amer Enterprise seperti Gonchujang, Kimchi dan juga Bulgogi Marinade. Paling penting produknya Halal dan rasa original.






Bagi mengembangkan lagi penjualan produk tempatan ini Cookies By Yusa telah membuka cawangan mereka yang kelima di Level LG Sunway Putra Mall. Majlis perasmian cawangan ini telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution. Kedai ini dimiliki penuh oleh usahawan bumiputera sendiri iaitu Puan Norli Binti Yusop juga pengusaha syarikat Yusa Food Product Sdn Bhd




Yusa juga ada mengeluarkan produk mereka sendiri iaitu seperti Yusa Pineapple Tarts, Yusa Spicy Crabs Fingers, Yusa Popiah Seaweed dan Yusa Durian Crackers. Produk lain yang popular ada jual kat kedai ini seperti Fatihah Royale Paratha Original, Fatihah Royale Paratha Garlic, PakChips Cip Nangka Madu, PakChips Pisang Goreng Rangup, Samza's Sambal Hijau, Samza's Perencah Masak Merah, Salis Crunchy Poprice Corn, Salis Crunchy Poprice Spicy, Frutissimo Royal Walnut Fruitcake, Frutissimo Marble Cheese Brownies, Frutissimo Classic Fudgy Brownies, Aluya Sambal Hijau, Aluya Sambal Tomato, Aluya Sambal Acar Ikan Masin, Helmie's Rempah BBQ dan banyak lagi produk.






Semua yang Maha senaraikan ini Maha dah cuba dan rasa sendiri memang sedap dan menarik. Selalunya produk makanan ni susah nak dapat tapi sekarang dah ada kat kedai ini. Cookies By Yusa ini ada lagi empat cawangan lain iaitu kat SACC Mall Shah Alam, The Curve Damansara, Publika Solaris Dutamas dan Melawati Mall Wangsa Maju. Semua produk yang ada jual sini telah diperhalusi kualiti serta penghasilannya sebelum ia boleh dijual di sini. 






Apa pun lepas ini bolehlah setiap masa dapatkan produk-produk ini kerana kedai ini sentiasa dibuka setiap hari. Korang juga tak perlulah nak tunggu karnival atau pesta untuk beli semua produk tempatan ini. Sekarang dah ada kedai yang jauh lebih selesa serta tak perlu nak bersesak dan cari parking susah. So bolehlah ajak jiran, sedara-mara, tokcik, toknek nak pergi beli-belah produk tempatan dalam mall mewah. Selamat mencuba dan selamat membeli-belah semua.

Info lanjut dan pertanyaan lain boleh layari :








17 ulasan:

  1. wow so many choices, I dont know where to start. Yeah good to see these as I dont know at all until I read your post. Glad to be following you as get to know what I don't know, shall let my friends to know these too, got to plan it before go.

    BalasPadam
  2. Bestkan. Kalau ke sunway putra ingat singgah dan borong. Macam2 ada semuny menarik pulak tu

    BalasPadam
  3. Banyaknya pilihan. Suka sangat produk macam ni. Kalau terjumpa memang selalunya kita support. Gambar Maha cantik2 la. Teruja orang nak singgah beli.

    BalasPadam
  4. Seronoknya semua benda ada dekat satu tempat. Mudah sangat nak dapatkan apa² yang kita inginkan. Tak perlu nak fikir dkt mana lagi kedai atau tempat yang ada jual kan? Bagus sangat ni. Lagi terbaik bila support usahawan bumiputera . Semoga terus maju

    BalasPadam
  5. wah byk juga pilihan yg ada ni lebih dr 200 produk makanan...mau rambang mata mana satu nak beli ni kn. paling fav kalo tgk cookies,kek tu....kerepek yg dr buah-buahan tu pernah mkn juga ..sedap..ada kesempatan singgah sunway putra mall bole la try beli

    BalasPadam
  6. wow this is so hebat! I want to try the Honey Bentong Ginger from FZ Farming Enterprise. I like everything ginger and honey hahaha. this place is like a heaven for snacks lover like me leh. Bila bring me go ? hehe

    BalasPadam
  7. A good hub sebab kumpulkan pelbagai jenis produk tempatan. Senang pembeli nak pilih barangan. Sure akan singgah di sini bila berkunjung ke Sunway Putra Mall.

    BalasPadam
  8. Patut banyakkan lagi hub makanan n produk tempatan camni, sebab mmg ramai akan tercari2 produk camni esp the prepacked food! Nak try sambal hijau tuuuu

    BalasPadam
  9. Macam2 ada kan.. aku plg suka biskut tart yusa. Sedap nak mati hahaha. Ingat kalau datang nak borong biskut byk2 kat sini

    BalasPadam
  10. Wow..memang banyak betul produk-produk dekat Yusa ye.. memang patut adakan banyak lagi one stop centre macam ni untuk memudahkan pelanggan mendapatkan product2 ni. Kalau nak tunggu MAHA memang tak pergi la sebab jem huhuhu

    BalasPadam
  11. Banyaknya produk yang dijual. Biskut, kek, rempah ..paling suka tengok biskut pelangi tuh .Favourite tau. Memang sedap .Untungnya dapat pergi MAHA. Saya tak berkesempatan lagi nak pergi

    BalasPadam
  12. Sambal Chocolate caught my eyes actually! I mean I was like is there something like that? Hahaahah! Nevertheless - the products seems promising hence I will definitely give it a try!

    BalasPadam
  13. good to have such a shop that supporting all the local brands especially the smaller companies! hopefully penang can have such a shop too!

    Invest in PRS to get Tax Relief!

    BalasPadam
  14. Memang sekarang banyak kan produk tempatan ni. Dah la berkualiti. Sedap pulak tum produk Aluya Sambal Hijau hari tu LeYa ada beli dekat kakak ofis. Die jual. Memang sedap. Rasa pedasnya.

    BalasPadam
  15. Wow! Banyaknya pilihan. Rawlins suka sebab produk tempatan semakin mendapat tempat dan bagus untuk perkembangan ekonomi negara

    BalasPadam
  16. Memang sedap. Ada pelbagai produk produk usahawan iks yang memenag berkualiti dan setanding dengan produk luar yang lain

    BalasPadam
  17. Sambal bawang bilis pilihan tun m.
    Boleh dibawa travel. Ready to eat sambal ni mudah dibawa kemana2. Tekak orang kita tetap nak cari sambal bila di perantauan. Hahahaha

    BalasPadam