Bola Sepak,

MEN’S BIORE Sebagai Penaja Utama Piala AFF SUZUKI 2018

Selasa, November 06, 2018 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Men’s BiorĂ© jenama Skrub Muka Lelaki No. 1 di Malaysia, menjadi penaja utama Piala AFF Suzuki 2018 sebagai tanda sokongan terhadap acara dwitahunan Kejohanan Bola Sepak ASEAN. Usaha ini, dapat memperkenalkan nilai-nilai jenama Men’s BiorĂ© yang tersendiri menerusi pelbagai inisiatif menarik yang akan dijalankan sepanjang penajaan kejohanan bola sepak terkemuka ini.


“Di Malaysia, bola sepak sememangnya sukan yang paling popular di kalangan lelaki aktif. Sukan ini memupuk semangat kejuaraan untuk terus melangkah maju dalam kehidupan. Piala AFF Suzuki 2018 ini bukan sahaja bertujuan untuk menyatupadukan negara-negara ASEAN, malah kejohanan sebegini membangkitkan rasa semangat peminat-peminat bola sepak terhadap negara yang tercinta. Sebagai Penaja Utama Piala AFF Suzuki 2018, kami amat berbangga kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada kejohanan yang berprestij ini. Penajaan ini seiringan dengan slogan kempen Men’s BiorĂ© iaitu ‘Super Power, Strike Further’, yang mengetengahkan konsep pembersihan secara mendalam, supaya tampil lebih yakin”, menurut Tuan Masaki Fujiwara, Presiden Kao Malaysia.


Bagi menyemarakkan lagi kejohanan ini, pembersih muka Men’s BiorĂ© Double Scrub kini didatangkan dengan rekaan moden edisi terhad berinspirasikan unsur-unsur Malaysia. Edisi terhad ini bersesuaian dengan peminat bola sepak Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap pasukan kebangsaan. Sempena kejohanan AFF Suzuki ini, pengguna  Men’s BiorĂ© juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM40,000*.


Men’s BiorĂ© sebagai jenama pilihan skrub muka lelaki No. 1,  sememangnya mempunyai pertalian yang kuat dengan golongan lelaki yang aktif bersukan di Malaysia. Mereka juga sentiasa mengikuti perkembangan Piala AFF Suzuki dengan penuh minat. Justeru itu, acara sukan yang gemilang ini dapat menggabungkan dua gaya hidup yang berbeza iaitu sukan dan penjagaan kulit.


Kejohanan Piala AFF Suzuki berlangsung mulai 8 November hingga 15 Disember 2018, dengan lokasi perlawanan yang meliputi 11 buah negara ASEAN. Jenama Men’s BiorĂ© akan menerima liputan media dan publisiti yang meluas di sepanjang tempoh 28 perlawanan. Pelbagai aktiviti dan promosi menarik yang bertemakan ‘Super Power, Strike Further’ telah diatur sempena kejohanan ini.  

Maklumat lanjut mengenai kempen ini dan produk Men’s BiorĂ©  sila lawati laman Facebook Men’s BiorĂ© Malaysia di https://www.facebook.com/MensBioreMalaysia/ atau www.kao.com/my/mensbiore/






0 Pandangan: