Menjadi Juri Jemputan Lagi Kali Ini Menilai Dekorasi Kek Kat Senawang

7:00 PG Maha Mahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ini Maha nak kongsikan pengalaman pertama kali menjadi juri untuk satu pertandingan mendekorasi kek terbesar kat Senawang. Rezeki ini pun datang masa lepas menjadi juri jemputan untuk program Baba's Versus 1001 Rasa dua musim. Masa tu lah berkenalan dengan Chef Sherry.


Kalau sapa tak kenal Chef Sherry ini beliau adalah pemilik Petitchef Cakes and Bakery yang terletak kat Senawang. Kalau sapa perasan chef juga ada muncul dalam rancangan jualan no 1 Malaysi apa lagi kalau bukan Go Shop. Chef Sherry juga antara krew yang terlibat belakang tabir dalam program pertandingan Baba's Versus 1001 Rasa. Jadi Maha kenal beliau kat situ dan disitulah kami bertukar kad dan contact.

Chef Sherry pemilik Petitchef Cakes and Bakery


Tapi betul lah orang kata kalau dah rezeki tu walaupun Maha ni tak tahu langsung dalam membuat dekorasi kek secara profesiol tapi chef tetap menjemput untuk menjadi juri. Katanya nak cari orang yang luar dalam dunia kek dan bakery ini bagi menilai hasil peserta-peserta. Pertandingan dekorasi kek ini telah berlangsung dengan meriahnya pada 27 Oktober lalu bertempat di Kip Mart Senawang





Maha pun tak sangka akan sampai ke sana untuk satu program yang sangat bermakna yer lah pertama kali menjadi juri untuk kek dan bakery ini. Selalu jadi juri untuk masakan berlauk tapi kali ini lebih kepada kreativiti dan juga imaginasi peserta. Hari tu ada 20 orang peserta yang terdiri daripada orang persendirian dan juga pelajar-pelajar dari Kolej Komuniti.







Kebanyakan mereka ini semua adalah amatur dan bukan dalam bidang membuat dan menghias kek. Tapi bila tengok hasil yang mereka lakukan sangat mengagumkan dan membuat Maha rasa takut lah nak juri mereka. Tapi sedikit perkongsian ilmu dan pengalaman daripada Chef Sherry dan juga juri lain pada hari tu iaitu selebriti Enot dan Chef As Shiqin rasa ada keyakinan nak menjuri.

Juara Pertandingan Dekorasi Kek

Pemenang Tempat Kedua

Pemenang Tempat Ketiga

Pelakon Enot


Satu pengalaman yang sangat berharga dan memang susah nak digambarkan, betul kata orang sesetengah ilmu tu tak dapat belajar di sekolah tapi boleh dapat dari pengalaman. Harap lepas ni chef sudi jemput lagi untuk program-program lain In Sha Allah kalau tak ada halangan boleh jer sertai. Tahniah juga kepada semua pemenang dalam pertandingan tu. Korang semua memang hebat dan berbakat teruskan usaha untuk menjadi pakar dalam bidang kek dan bakery ini ok.






Anda juga suka post ini...

0 Pandangan: