Online,

5 Fungsi Baru Dalam Portal Zakat2u Memudahkan Proses Pembayaran Zakat

Sabtu, November 03, 2018 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah sekarang ni zaman makin moden dan juga segala urusan tak kira yang wajib atau yang dituntut lebih mudah. Begitu juga dalam pembayaran zakat sekarang ini hanya dengan melalui portal Zakat2U sahaja semua urusan boleh dilakukan bila-bila masa dan dimana juga.


Kalau tak silap Maha sebelum ini Pusat Pungutan Zakat - MAIWP telah perkenalkan pembayaran zakat secara online ini sejak tahun 2011 lagi. Dari tahun ke tahun pembaharuan dalam portal yang dibangunkan memberikan kelebihan dan kemudahan yang banyak kepada penggunanya terutama pembayar zakat agar tiada alasan lagi untuk tidak membayar zakat.


Ini kerana dalam portal yang disediakan ini sama jer seperti mana yang boleh dilakukan dikaunter PPZ-MAIWP. Tahun ini mereka telah menaik taraf lagi portal kepada Zakat2U 4.0. Kalau naik taraf tu lebih banyak kemudahan yang ditambah baik daripada yang sedia ada. Jika korang biasa menggunakan portal ini akan rasai kelebihan dan perbezaan ini manakala kepada pengguna baru ia sangat menyenangkan.


5 fungsi baru yang diperkenalkan pada majlis Pelancaran Portal Zakat2U 4.0 yang telah berlangsung pada 2 November 2018 bertempat di Wisma PPZ-MAIWP Dataran Sharmelin

1) Auto kalkulator

Kat sini korang boleh buat pengiraan untuk bayaran zakat dengan lebih ringkas. Kakulator zakat yang disediakan adalah untuk Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Saham, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Wang Simpanan. Hanya masuk beberapa info yang diperlukan dan boleh terus dapat jumlah yang tepat.



2) Troli Zakat

Fungsi ini lagi senang dimana korang boleh membayar lebih dari satu zakat. Contoh korang ada Zakat Pendapatan dan Zakat Emas boleh buat bayaran sekali terus dalam fungsi ini. Macam seperti korang buat pembelian dalam talian boleh kumpul dan bayar sekali senang.

3) Resit Online

Terbaru daripada pihak zakat kalau sebelum ini apabila kita buat permohonan resit rasmi secara online ini kena tunggu beberapa hari. Tapi dengan ada fungsi ini korang boleh terus dapat resit rasmi dan print.

4) Chatbot Zakat

Ini adalah cara bagaimana anda dapat berkomunikasi dengan sistem yang disediakan untuk sebarang kemuskilan dan pertanyaan. Chatbot ini kalau dalam potral itu dikenali sebagai Ustaz Amil dan beroperasi secara 24 jam. Jadi korang boleh terus dapat jawapan daripada persoalan yang diragui tentang zakat.


5) Video Tutorial

Ini adalah video bagaimana memberikan penerang lebih detail terhadap panduan untuk membuat pengiraan zakat. Juga korang boleh rujuk video diterangkan dengan cara lebih mudah.

Pihak PPZ-MAIWP mensasarkan pengguna portal ini kepada peniaga online atau sendirian berhad, juga perkerja ada majikan di wilayah tapi bekerja di luar negara serta golongan yang terlalu padat jadual harian mereka sehingga tiada masa untuk ke kaunter dan juga kepada pelayar tegar online dan juga ahli koporat. Kalau korang tanya kenapa pula tidak dibangunkan aplikasi dalam telefon pintar? Sebenarnya PPZ dalam proses mengemaskini dan menyediakan aplikasi yang stabil untuk digunakan oleh pengguna telefon pintar. Jadi tunggu pengumuman akan datang ok. 



Lepas ini tiada alasan untuk korang tidak membayar zakat kerana hanya 2.5% sahaja harta yang memenuhi syarak anda akan diwajib zakat. Zakat ini juga adalah untuk membantu golongan yang memerlukan diluar sana seperti fakir, miskin, muallaf dan sebagainya. Jadilah insan yang berguna kepada orang lain. Selamat berzakat kerana zakat mensucikan harta membersihkan jiwa.

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan:
Talian Zakat: 1-300-88-5757
Laman web: zakat2u.com.my









4 ulasan:

  1. Wah..ppz skrg dah membaik tambah perkhidmatan online mereka yg terbaru utk kemudahan pembazar Dakar.

    BalasPadam
  2. Wahhhh maha.. Kita suka baca awak tulis. Best

    BalasPadam
  3. Semakin mudah untuk kita membuat pembayaran zakat sekarang ni kan...

    BalasPadam
  4. Even 2.5% tu pon ramai lagi yg liat nak bayar. Sedih jugak bila fikir. Beli benda lain yg x berfaedah beratus2 boleh pulak. Mudahlah ada applikasi seperti ini. Siap boleh kirakan lagi. Bagus !

    BalasPadam