#Zerowaste,

Sarah Benjamin Dan Mission Foods Bergabung Untuk Kempen #Zerowaste

Jumaat, Oktober 19, 2018 Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bukan rahsia lagi bahawa rakyat Malaysia suka makan, tetapi adakah korang tahu bahawa kita selalu membazir sekitar 15,000 tan makanan setiap hari. Mengikut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 20% daripada jumlah ini atau 3,000 tan adalah sisa makanan yang tidak dapat dihabiskan yang masih boleh dimakan. Jumlah ini cukup untuk memberi makan 5.3 juta orang untuk 3 kali makan setiap hari!


Sempena denga Hari Makanan Sedunia tahun ini iaitu pada pada 16 Oktober, Mission Foods dan Chef Celebrity Sarah Benjamin memulakan kempen 'Foldover Your Leftovers'. Kempen ini mengulangi pepatah lama 'Waste Not Want Not' dan bertujuan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai dengan idea-idea bagus mengenai cara menjadikan makanan yang tidak habis kepada hidangan baru yang lebih enak. Ini bagi menggalakkan kurang pembaziran makanan dikalangan rakyat Malaysia.

Chef Celebrity Sarah Benjamin


Siapa penggemar Asia  Food Channel  akan kenal dengan Sarah seorang pengacara rancangan yang popular di sana. Sarah juga penulis blog makanan sejak dari tahun 2011 dan merupakan juara rancangan Food Hero. Sarah akan mengetuai kempen ini dengan berkongsi resipi makanan dan idea melalui media sosial, PSA dan juga buku resipi yang akan tersedia di kedai-kedai dengan pembelian produk dari Mission Foods.


Baru-baru ini Sarah telah berada di Malaysia sempena dengan kempen ini dan berkongsi resipi untuk menggunakan sisa makanan yang rakyat Malaysia gemari seperti Kari Ayam, Satay dan Nasi Ayam. Bertempat di La Juiceria Superfood Signature Bangsar, Sarah menyediakan 3 resipi iaitu Szechuan-Spiced Chicken Wrap, Curry Chicken Foldover dan Satay And Peanut Hummus Pita. Semuanya menggunakan produk daripada Mission Foods iaitu Mission Onion and Chives Supersoft Wrap, Mission Supersoft 6-Grain Wraps dan Mission Wholemeal Pita.

Satay And Peanut Hummus

Curry Chicken Foldover

Szechuan-Spiced Chicken Wrap

Pada majlis pelancaran kempen ini, Sarah menggunakan semula sisa kari ayam dan kentang ditumis dengan herba dan ditambah dengan keju Mozzarella dengan sayur-sayuran yang lazat seperti zucchini dan jagung. Bagi resipi Satay and Peanut Hummus Pita, Sarah mengadun sos kacang dengan kacang tin kalengan. Hummus digunakan untuk melengkapkan pita sebelum potongan-potongan satay ditambah dan dilengkapkan dengan topping salad dan timun juga dihiasi dengan bawang jeruk.



Melalui resipi ini Sarah mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menjadi wira #Zerowaste. Maha sendiri sempat menikmati semua resipi yang disediakan memang lazat dan rasa seperti makanan baru. Jadi kita cuma perlu lebih kreatif dalam menggunakan sisi makanan yang tidak habis agar kita tidak bazirkan begitu selagi ia boleh dimakan.

Encik Mark Tan, Pengurus Jualan Runcit Makanan Mission Foods Malaysia; Sarah Benjamin Chef Selebriti
dan Encik Randall Tan, Pengurus Jenama Mission Foods South

Sarah juga telah menghasilkan 12 resipi menarik dari sisa-sisa yang boleh didapati dalam buku edisi terhad disemua kedai yang mengambil bahagian sahaja. Buku ini akan diberikan secara percuma kepada korang yang membeli dua produk Mission Foods bermula dari November ini. Melalui buku tu mungkin dapat membantu korang untuk menggunakan sisi makanan yang masih boleh dimakan agar tidak dibazirkan. Maha pun selalu guna semula makanan yang tidak habis seperti nasi untuk dijadikan Nasi Goreng pada keesokan harinya, korang juga boleh.

Dapatkan resipi penuh di sini www.facebook.com/missionfoodsmalaysia







17 ulasan:

  1. Sedap pulak nampak roti dia hahaha.Tapi bagus adakan kempen sebegini.Zerowaste pulak tu.
    Maha dah cuba roti dari mission ke?Sedap x?

    BalasPadam
  2. memang sesuai lah Sarah Benjamin Chef Selebriti ...

    BalasPadam
  3. lovely... terus lapo..
    kalau bulan piasa biasa selalu
    buat sahur. rap dgn sayur2 with
    garlic sauce.. kalau ada lebihan
    ayam panggang slice2.. tuang minyak zaitun.. simple healthy n awesome

    BalasPadam
  4. Wahhh kreatif !! Memang tak pernah terfikir pun. Memang banyak kempen jangan membazirkan makanan tapi tiada pula yang macam ni. #taktaupulakalaumemangkitayangtakpeka

    BalasPadam
  5. i suka buat crispy pizza jecdengan mission ni. sedap kot. sekeping tak cukup... kekeke resepi ni boleh ar try nanti.

    BalasPadam
  6. Banyaknya jumlah pembaziran makanan tu. Sayang sangat kan. Bagus sangat bila ada program mcm ni. Dapat beri kesedaran dan idea kepada semua utk olah leftover food yang ada tu. Nampak sedap lagi lepas diolah.

    BalasPadam
  7. Roti wrap mission nie mmg feveret. Selalu jugak beli kalau habis stok kat rumah. Suka tgok facebook page dorg sbb selalu kongsi banyak resepi. Adakah sarapab pagi Maha akan berasaskan roti wrap ini ? Okay nak tunggu besok 😝

    BalasPadam
  8. Tengok dia buat wrap kari tu memang sedap..nak kene cubala..sarah so cute dan cantik...bagus kempen yang dijalankan. Makanan memnag tak boleh dibazirkan..hehe

    BalasPadam
  9. Bagus ada program acam ni untuk memberi kesedaran masyarakat supaya tak membazir, sis pun memang tak suka membazir..mana makanan lebihan memang tak buang..boleh makan keesokkan harinya atau buat sesuatu dengan makanan tersebut. Ada wrap ni memang senang lah nak buat macam2

    BalasPadam
  10. Pernah beli brand ni.. Buat kebab ala2 resepi sendiri. Best dapat hadir event masak-masak macam ni, saya suka tengok.. Kalau diberi peluang teringin nak pergi.

    BalasPadam
  11. Nyum nyummm..
    Betul sangat la bab pembaziran makanan tu. Kita sebagai seorang isteri pun kena bijak olah makanan yang ada, jadi satu makanan yang lain.
    Contohnya mcm yang Maha tnjuk tu la.
    Ibarat mcm nasi putih tak habis, boleh dimasak jdikan nasi goreng mcm tu kan.

    BalasPadam
  12. this is what i had almost everyday at hhome. really tasty and yummy. tak pernah buang makanana jugak!

    BalasPadam
  13. tak sangka saya sampai macam tu sekali tahap pembaziran makanan. nasib baik ada kempen mcm ni.takdelah kita pening apa nak dibuat dengan makanan yang lebih tu.

    BalasPadam
  14. Rawlins nak try gak la sebab weekend la masanya Rawlins tetiba rajin masak - boleh gunakan resipi nie untuk menyokong #ZeroWaste

    BalasPadam
  15. lia suka juga dengan wrap jenama Mission Foods ni. Selalu confuse apa nak masak dengan guna wrap ni. So sekarang dah tau wrap ni boleh guna lebihan makanan. Syaang je kan buang makanan tu.

    BalasPadam
  16. Wow terbaik...i suka kempen zero waste macam ni! I pun normally make a leftover food into new dishes

    BalasPadam
  17. Murni suka makan hummus.. kempen zero waste ini sangat bagus utk semua.. jgn membazir, gunakan selagi boleh..

    BalasPadam