Food Review,

Produk Makanan Dan Kesihatan Halal Taiwan Kini Di Malaysia

Rabu, Oktober 31, 2018 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pada hujung minggu lepas Maha sempat pergi tengok Taiwan Expo 2018 yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Rugi korang kalau tak pergi kerana kat sini bukan sahaja dapat tengok teknologi dari negara Taiwan tapi juga makanan Halal yang ada disana. Makanan halal dipamerkan disatu ruangan khas iaitu Taiwan Halal Pavilion.


Kat situ Maha baru tahu bahawa kat sana ada juga badan Halal yang mengeluarkan pengiktirafan Makanan Halal dari negara Taiwan. Kalau korang nak tengok produk Halal ada logo daripada Taiwan Halal Integrity Development Association (THIDA). Di antara produk-produk pameran Halal yang ada adalah seperti kopi dalam tin, teh susu segera, makanan vegetarian, makanan ringan sehingga kepada produk penjagaan kesihatan, produk kosmetik dan banyak lagi. Masa expo macam ni lah korang boleh cuba makanan free hehehe kenyang makan sedap.


Produk-produk Taiwan memberikan tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, dengan kepelbagaian rasanya dan bungkusan yang cantik, ia sentiasa diterima dengan baik oleh pasaran-pasaran. Jenama-jenama produk terkenal seperti Teh Susu Segera 3.15pm dan Kopi Tin Mr. Brown. Kalau korang melancong kat Taiwan antara restoran makanan halal kat sana adalah seperti Fried Chicken Master dan juga produk makanan Vegefarm ini boleh dicuba tanpa was-was.





Dengar kata sebenarnya expo seperti ini telah dimulakan sejak 2017 lagi, untuk menarik perhatian pengguna-pengguna Islam di Malaysia. Produk-produk halal Taiwan yang kompetitif, kreatif dan inovatif, dan ia telah berjaya mencapai matlamatnya dan menerima maklum balas yang baik daripada pengguna-pengguna di Malaysia sehingga ia mula masuk pasaraya besar seperti di MYDIN

Pesta Makanan Halal Taiwan MYDIN


Menurut Indeks Pelancongan Muslim Sedunia (GMTI) MasterCard-Crescent Rating 2018 yang terbaru, Taiwan telah menduduki tempat ke-5 sebagai destinasi pelancongan terbaik antara negara-negara selain dari Organisasi Islam. Tahun ini, Pusat Halal Taiwan juga telah menerima Anugerah Emas MTC dalam kategori Persekitaran dan Kemudahan Mesra untuk Muslim daripada Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). 






Pusat Halal Taiwan akan menjemput pembeli-pembeli asing ke Taiwan untuk mengadakan pameran perolehan setiap tahun, dan membuka pasaran baharu seperti Selatan dan Timur Tengah, dan terus berusaha untuk mencapai lebih banyak peluang perniagaan untuk pengusaha-pengusaha Taiwan.


Pesta Makanan Halal Taiwan Mydin yang telah diadakan bermula 25 Oktober sehingga 4 November 2018 ini bertempat di SAM Groceria NU Sentral. Ia akan mempamerkan lebih daripada 100 jenis makanan halal Taiwan yang berkualiti tinggi termasuklah produk buah kering Taiwan, cuka buah yang sihat, kuih-muih Taiwan yang lazat yang selalu dibeli sebagai buah tangan, makanan ringan dan dan pencuci mulut, dan sebagainya. Semua produk yang dipamerkan adanya pensijilan halal, yang boleh dimakan tanpa sebarang was-was.

Maklumat lanjut layari:





0 Pandangan: