Philips,

Lebih Besar Dan Lebih Sihat Dengan Philips Viva Collection Airfryer XXL

Isnin, Oktober 08, 2018 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa sini yang ada keluarga besar kalau nak masak lauk pauk tu kena guna periuk yang dua kali lebih besar. Ramai juga yang mengeluh untuk menyediakan masakan untuk kuantiti yang banyak ni. Tapi sekarang tidak lagi kerana Philips memahami keperluan pengguna mereka. Sebab itu mereka telah menghasilkan sebuah lagi produk baru iaitu Philips Viva Collection Airfryer XXL.


Kalau ikutkan kepada kapasiti itu kini Airfryer XXL ini mampu untuk masak sehingga enam kali lebih banyak dari biasa. Masa mereka memperkenalkan produk ini semasa roadshow yang telah diadakan di IPC Mutiara Damansara yang lepas memang dapat tengok saiz airfryer ini sangat besar dari yang sebelum ini. Kalau ayam tu boleh sumbat sehingga lebih dari dua kilo beratnya dan masih ada ruang lagi boleh letak kentang atau sayur-sayur lain.



Walaupun besar Airfryer ini menambah baik juga teknologi yang diguna pakai iaitu Teknologi Turbostar Berkembar dan Teknologi Penyingkiran Lemak. Produk ini menawarkan pengguna cara yang lebih sihat untuk menggoreng, dengan menyingkirkan sehingga 50% lemak daripada makanan, terutamanya daging ketika dimasak tanpa menjejaskan rasanya . Ia merupakan produk pertama menggabungkan Teknologi Penyingkiran Lemak yang memberi tumpuan kepada pengurangan lemak di dalam makanan, menjadikannya alat menggoreng yang lebih sihat, berbanding teknik menggoreng tradisional seperti menggoreng minyak penuh dalam periuk serta menggoreng dalam kuali. 




Ciri Turbostar Berkembarnya yang terbaharu menggunakan 2,225W kuasa untuk menyingkir lemak dengan lebih berkesan, yang mana udara panas dipusarkan di dalam Airfryer bak puting beliung yang kuat di dalam keseluruhan ruangan bakul memasak bagi menyingkirkan lebih banyak lemak. Lemak itu kemudiannya diperangkap di bahagian bawah pan menerusi Penutup Pengurangan Lemak supaya boleh dibuang dengan mudah. 



Selalunya kalau menggoreng ini kita akan menggunakan minyak yang banyakkan tapi dengan teknologi baru ini tidak lagi perlu menggoreng menggunakan minyak yang banyak, namun hasilnya yang garing tetap sama enak dan menyelerakan seperti biasa, walaupun digoreng menggunakan 90% kurang lemak . Selain itu, rumah anda juga bebas daripada bau minyak goreng apabila memasak menggunakan Airfryer.


Produk baru ini korang boleh menggoreng, membakar, menggril atau memanggang dengan fungsi menetapkan suhu daripada 80˚C hingga 200˚C. Untuk tempoh memasak yang lebih panjang, anda boleh menetapkan masa sehingga 60 minit bagi memberikan anda lebih kemudahan. Di sini ada beberapa jenis masakan yang korang boleh gunakan produk ini untuk memasak daripada bakar roti, bakar kek, panggang ayam dan juga macam-macam lagi. 






Proses mencuci juga lebih mudah dan cepat. Produk ini didatangkan dengan bakul QuickClean yang mempunyai jaring tidak melekat boleh ditanggalkan agar ia dapat dicuci dengan mudah dalam hanya 90 saat. Semua bahagian yang boleh tanggal, seperti bakul dan bekas berbentuk laci yang disaluti dengan lapisan tidak melekat boleh dibasuh dengan selamat di dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk.



Mesti korang tertanya harga yang baru ni mesti lebih besar dan lebih mahalkan. Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99) boleh didapati pada harga runcit RM1,699, berserta pan menggril dan satu set pencucuk makanan, di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery, The Gardens Mid Valley, dan Wangsa Walk, semuanya di Kuala Lumpur; di Sutera Mall, Johor Bahru; dan di Gurney Plaza, Pulau Pinang; juga di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya; dan di kedai-kedai rakan peruncit dan pengedar di seluruh negara, serta melalui kedai dalam talian rasmi di Lazada.







1 ulasan:

  1. Menarik dan lebih menjimatkan masa dengan adanya Philips Viva Colection XXL Airfryer ni. Masakan lebih cepat dan family pun puashati serta kesihatan mereka juga terjaga..hee..

    BalasPadam