Satu Harga Dua Rumah Serendah RM320 Ribu Di DK Impian West Damansara

7:00 PG Maha Mahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ramai mengeluh sekarang ni nak beli rumah memang tak masuk akal dan banyak rumah hanya mampu lihat bukan mampu milik. Maha sendiri pun agak struggle untuk dapatkan hartanah sendiri pada usia yang muda ini tapi Alhamdulillah kini dah milik satu. 


Bagi kawan-kawan luar sana yang masih mencari rumah pada harga yang sangat berpatutan dan masih berada pada kawasan yang primier iaitu berdekatan dengan segala kemudahan yang ada mungkin kat DK Impian ini korang boleh pertimbangkan. Maha dapat ini pun daripada rakan-rakan yang rekmen katanya ada rumah strata yang murah kat area Pinggiran Subang


Kalau siapa yang bekerja area Subang Skypark Terminal, Star Avenue Mall atau Subang Galaksi sini sangat dekat dan memang sesuai untuk korang. Kawasan perumahan ini dekat dengan kemudahan lain seperti HELP University hanya 5km dan juga MRT hanya 3km sahaja jadi memang mudah. Lagi pun kat sini jalan dalam proses pembesaran untuk memberi kemudahan dari kesesakan. Pihak pemaju ada menyediakan shuttle bas untuk ke beberapa lokasi yang berhampiran jadi lebih mudah.


Rumah DK Impian ini sekarang dalam pembinaan dan untungnya rumah ini konsepnya adalah beli satu harga dapat dua kunci pintu. Maksudnya ada rekaan rumah ini mempunyai dua bahagian rumah yang dipisahkan dengan pembahagi bagi memudahkan untuk pemilik menduduki rumah tersebut dan dalam masa sama menyewa sebahagian lagi tanpa diganggu oleh penyewa. Best tak konsep ini jarang ada kat banyak rumah. 


Rumah ini ada banyak sangat kemudahan lain yang turut disediakan untuk pemiliknya nanti seperti kawasan riadah iaitu kolam renang yang luas, bahagian atas pula ada kawasan terbuka untuk BBQ atau sebarang aktiviti kemasyarakatan dan juga kekeluargaan, ruangan gymnasium dan banyak lagi. Parking juga turut disediakan dibahagian tingkat bawah perumahan ini so tak nampak sesak dan berselerak.


Maha cerita ni sebab Maha dah pergi sendiri kat DK Impian Sales Gallery mereka yang terletak kat Shah Alam. Maha suka konsep showroom mereka yang lebih mesra pembeli dan juga dapat memberi kita ruang untuk perbincangan agar segala kesulitan dapat diselesaikan. Kat tingkat atas sales gallery ini ada pula ruang pameraan reka bentuk dan keluasan rumah sebenar yang mereka hasilkan mengikut kemudahan yang ada.




Apa yang Maha suka kat sini mereka menekankan kepada flexibility perabot dalam rumah ini agar ia menggunakan segala ruang yang ada dan nampak lebih kemas dan selesa. Contoh ruang tamu mereka boleh tukarkan menjadi ruang untuk bilik tidur dan juga ia tak ubah seperti sebuah hotel. Katakanlah kalau korang berminat kepada mana-mana unit mereka boleh booking sekarang dan kalau nak yang fully furniture pun boleh ada disediakan. 





So kalau rasa nak mula miliki hartanah sendiri, ini adalah masa yang tepat dan pilihan yang terbaik, harga pun berpatutan bermula dari RM320K sahaja. Orang yang gaji kecil pun mampu memiliki rumah sekarang ini dengan keselesaan dan juga kemudahan yang ada. Boleh pergi kat sales gallery mereka yang terletak seperti alamat di bawah atau contact terus untuk maklumat lanjut. Selamat membuat pilihan kerana pilihan bijak untuk masa depan yang cemerlang.

Pertanyaan dan maklumat lanjut kunjungi :
Alamat : DK Impian Sales Gallery
               No 25 Jalan Uranus AG U5/AG,
               Bandar Pinggiran Subang
               Seksyen U5
               40150 Shah Alam, Selangor
Tel : 017-2002322
        017-2006662







Anda juga suka post ini...

20 ulasan:

  1. Cantik sangat lokasi rumah ni..dalaman pun lawa sangat susunan dia.. Berkenan zaza tengok bilik tu.. Harga rumah pun okay sangat tu

    BalasPadam
  2. Orang Indonesia bisa gak beri rumahnya? Hehehee... mungkin terkendala banyak perizinan kali ya. Maksudnya beli rumah satu dapatnya dua? Satu harga untuk 2 rumah? Pencerahan

    BalasPadam
  3. Wah murahnya harga sebab ni kawasan bandar. Kalau kawasan mcm ni selalu Rm499k ke atas. Boleh la mai tgk pameran rumah nanti.

    BalasPadam
  4. Design rumah dia cantik tapi nampak agak kecil. Untuk family kecil anak sorang dua mungkin boleh consider beli dekat sini. Tapi kalau jenis anak ramai, uih, crowded jugak nampaknya

    BalasPadam
  5. Maknanya 1 rumah tapi ada 2 pintu yang lain2 kunci? Wahhh tak pernah lagi dengar rumah yang macam ni. Siap dah tersedia rumah untuk penyewa.

    BalasPadam
  6. I am looking for house to retire too. This place look like ideal too. Price not bad too. Reasonable with great facilities.

    BalasPadam
  7. Cantik bangunan dia. Menarik. Kemudahan pun banyak. Memudahkan penghuni nanti. Reasonable price sebab kawasan strategik

    BalasPadam
  8. Cantiknya bangunan ni, banyak kemudahan lagi...mesti best kalau jalan2 sini...

    BalasPadam
  9. Harga berpatutan.Kemudahan yang disediakan pun banyak.Reka bentuk dalaman rumah dia pun sangat cantik dan semuanya sedap mata memandang.Boleh suggest pada kawan2 ni.

    BalasPadam
  10. Klau mampu kena beli rumah secepat mungkin. Bukan apa harga makin meningkat kan?..tgk rekaan rumah dan susunan perabot pun simple dan cantik.. yg penting lagi kwsn semua fasiliti ada..

    BalasPadam
  11. Kawasan damansara dengan harga macam tu memnag murah sangat tu Maha. Sempat grab tak? Ke dah sold out? Huhu

    BalasPadam
  12. Cantik rekaan rumah ni. Best kan kalau dok sini, kalau mampu nak jadikan rumah persinggahan..(cewahh berangan sungguh sis..hehehe) Beruntunglah sesiapa yg beli kat sini sb mana nak dapat harga cam ni sekarang kat damansara ni

    BalasPadam
  13. Nampak besar dan luas je rumah tu. Tapi sayangnya, kalau nak miliki rumah, saya agak kurang rumah bertingkat macam tu. Mungkin sebab dah penat merasa duduk kauters. Hehhee
    Teringin nak duduk rumah taman pulak.
    Tapi kalau ada duit lebih, tak salah pun beli, jadikan sebagai aset kan.. Menarik.

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. Pertama kali dengar tentang beli satu rumah tapi dapat 2 kunci. Unik dan lebih mesra pelanggan bujang dan belum berkahwin. Sesuai bagi mereka yang nak jana incime tapi pada masa yang sama mempunyai ruang sendiri.

    BalasPadam
  16. Harga rm320,000 tu kira murah sekarang ni ya? Hehehe. Berapa tahun nak habis bayar tu. Seram pulak tengok harga hartanah sekarang ni kan

    BalasPadam
  17. Baguslah rumah DK Impian nie. Sangat menitikberatkan privasi. Harga bermula 320k tu kira berbaloi dgn kemudahan yg ditawarkan. Swimming pool tu bestnya !

    BalasPadam
  18. Lokasi dah best ni..tengok design rumah pun best tu..harga pun boleh tahan dengan MV kt area pinggiran subang..untunglah sapa dapat beli sana

    BalasPadam
  19. Untuk sesiapa sahaja, memang perlu ada aset satu rumah ni..boleh diguna untuk aset jangka masa panjang..kene kumpul duit kalau nak beli aset ni..kalau komitmen ok..tengok tempat ni pun menarik..boleh disewakan untuk orang bujang

    BalasPadam
  20. Sekarang harga rumah semakin tinggi,kiranya harga rumah berpatutan,tp tetap tgk bujet msg2 nk belli umah

    BalasPadam