Food Review,

Ombak Kitchen Makan Pakai Tangan Jer Biar Kotor Janji Puas

Rabu, September 05, 2018 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jauh sikit perjalanan kali ini untuk membawa korang ke satu lagi restoran makanan laut yang segar dan berkualiti premium di Shah Alam. Maha pergi sampai ker Bukit Jelutong sana semata-mata nak mencuba makanan laut lambak atas meja atau ramai orang kenali dengan Shell Out.


Kali ini Maha ker Restoran Ombak Kitchen yang terletak di D'Vida Business Centre Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong Shah Alam. Kalau orang biasa datang kawasan ini ia memang menarik kerana ia bagaikan sebuah kedai dalam taman. Cuma restoran ini kalau korang datang bahagian parking memang tak nampak kerana ia berada dibahagian tengah kawasan air pancut dan kena jalan masuk sikit baru jumpa restoran ini.



Suasana dalam restoran ini deko seperti sebuah pelabuhan yang kita tahu menurunkan makanan laut segar-segar begitu juga disini. Kawasan luas dan banyak tempat duduk indoor atau outdoor semua boleh ikut keselesaan. Paling penting datang sini tak perlu pakai formal cukup dengan keselesaan anda untuk nikmati makanan laut lambak atas meja.



Maha sampai sini mula-mula ingat sesat sebab gelap kawasan ni kalau waktu malam tapi rupanya ada restoran didalamnya. Kat sini tema mereka makan 'Pakai Tangan Jer...' jadi semua pelanggan dibekalkan dengan sarung tangan pada yang nak gunakannya serta dengan apron plastik. Maklumlah makan makanan laut ini kalau tak comot tak sah terutama nak makan ketam dan udang.


Hari tu Maha dan kawan-kawan makan makanan laut lambak atas meja dengan dua sos iaitu Ombak Hot Cajun yang sangat popular dan juga Zesty Lemon Butter with Cheese yang lemak penuh cheese. Sos pilihan lain pun ada juga kalau korang nak cuba seperti Dark Chili Chocolate, Creamy Tom Yum Sauce dan Buttermilk Sauce. Semua sos ini bila Maha rasa mereka masak tidak menggunakan minyak masak biasa tapi menggunakan butter sebab tu rasanya sangat lemak berkrim.



Ombak Hot Cajun

Apa yang Maha makan malam tu adalah makanan laut dimasak dengan pelbagai jenis rempah ratus dan nampak macam pedas sebenar ini bukan pedas daripada cili tau tapi daripada rempah itu sendiri. Kemudian yang satu lagi sangat contrast dimana ia sangat berlemak dan memang semua peringkat usia akan suka sebab penuh cheese dalamnya.



Zesty Lemon Butter with Cheese

Dalam set makanan Shell Out mereka ini macam-macam makanan laut ada seperti udang besar, ada sotong, ada kepah, ada lala, ada tiram dan ada juga ketam nipah. Awas nasihat Maha kalau nak makan ketam tu kena gunakan alat pemecah ketam kerana kulit sangat keras dan bahaya pada gigi anda hehehe pengalaman ini. Kemudian di maniskan pula dengan buah jagung dan juga brokoli yang direbus berasingan.



Cara masakan Shell Out ini mereka lakukan adalah dengan merebus atau steam makanan laut  tersebut untuk mengekalkan kesegaran dan juiciness makanan laut. Ia juga adalah cara masakan yang lebih sihat bagi Maha lah. Hari tu memang puas makan sebab sangat banyak satu set tu tak silap Maha boleh makan dalam 4 ke 5 orang memang sangat kenyang.


Selain daripada makana laut yang biasa ini mereka juga ada mengimport beberapa makanan laut yang sangat popular dan menjadi pilihan ramai dengan harga yang berpatutan. Korang boleh piliha nak hidangan ala carte Alaskan King Crabs, Canadian Red Lobsters, Rock Lobsters, Ireland Osyters dan Hamaguri Clams. Ini semua Maha tak sempat cuba hari tu sebab dah kenyang dengan shell out yang dihidangkan.



Kat sini juga popular dengan minuman ciptaan mereka sendiri. Macam Mocktail pelbagai rasa dan juga memberi kesegaran selepas puas menikmati makanan laut. Last sekali Maha dihidangakan dengan satu pencuci mulut yang penuh warna-warni iaitu Rainbow Dessert. Ia disediakan oleh chef itu sendiri depan mata kita memang sangat best. Tak pernah lagi ada kat tempat lain dah ia satu-satunya hanya di Ombak Kitchen.


Rainbow Dessert

Jadi kalau orang area Shah Alam, Setia Alam, TTDI, Subang dan sewaktu dengannya boleh datang sini sangat Maha sarankan. Ia buka setiap hari dari pukul 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Manakala pada hari Sabtu dan Ahad dari 12.00 tengahari hingga 12.00 malam untuk korang nikmati sepuas-puasnya. Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera.

Sebarang promosi atau tempahan boleh hubungi :
Tel : 03-7734 4699 / 010-2205 946
Email : ombakkitchen@gmail.com



  



4 ulasan:

  1. Memang sedap kan hidangan di Ombak Kitchen ni... Bila lagi abam MahaMahu nak belanja makan..hehehe

    BalasPadam
  2. Ya Allah nak nangis tengok menu dia hahahah.. kalau dekat nak pergi dah makan..

    BalasPadam
  3. nak ketam tuuuuu..tak pernah cuba lagi makan konsepshellout macam ni..
    boleh la ajak en suami ke ombak ni

    BalasPadam
  4. Bestnya makanan laut di restoran ini, nampaknya segar dan sedap! Saya sedang mencari lori frozen untuk memghantar bahan makanan laut ke restoran saya. Thank you for sharing of this recommendation!

    BalasPadam