Dapur,

Resipi Tempoyak Ikan Patin Lagi Pekat Lagi Sedap

Isnin, Ogos 13, 2018 Mahamahu 10 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Banyak cara orang Masak Tempoyak Ikan Patin ni ada yang guna bawang dan ada yang tidak. Tapi yang aslinya tidak gunakan bawang. Jadi resipi ni Maha cuba buat cara paling mudah dan paling senang orang bujang boleh masak kat rumah.


Tapi nak bagi beberapa tips kepada pembeli kat luar sana nak bezakan antara Ikan Patin sangkar atau Ikan Patin kolam. Kalau korang tengok harga kat pasaraya tu ikan patin mereka boleh jual hanya pada harga RM3.00 sekilo tu memang sah ia adalah patin kolam. Tak salah nak beli tapi kadang-kadang ia lebih berbau nak banding dengan pating sungai atau sangkar. Sebab tu patin sangkar atau sungai jauh lebih mahal sekilo boleh cecah RM12.00 tau.


Kalau beli pating kolam kena tahu cara nak basuhnya bagi buang segala hanyir dalam badan. First sekali masuk air dalam perut ikan tu dan cuci sehingga perut betul-betul bersih. Kemudian cuci kan dengan gunakan limau nipis atau limau kasturi bagi hilang bau hanyir. Kalau tidak basuh bersih nanti lepas memasak akan sangat kuat baunya itu yang buat ramai orang tak suka ok.


Itu sikitlah tips yang Maha dapat kongsikan pada korang dan kini kita ke cara untuk memasak Tempoyak Ikan Patin dengan cara paling mudah gunakan produk dari Sudee. Produk keluaran bumiputera ini dijamin Halal dan pastinya selamat kerana tiada bahan pengawet dan juga tiada pewarna tiruan.


Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan ini.

1 ekor Ikan Patin (1kg)
5 batang Daun Kesum
1 mangkuk Tempoyak
1 pek Sudee Gulai Tempoyak
Nak lebih pedas tambah 6 biji Cili Padi

Cara nak memasak boleh tonton video penuh kat bawah ni :-


Senang tak nak masak Tempoyak Ikan Patin yang pastinya pekat dan sedap. Makin banyak tempoyak makin bagus tapi kena cari tempoyak yang kurang masin. Makin lama tempoyak tu makin sedap untuk dimasak. Cuma bahan dari Sudee ni tak pedas nak pedas lebih korang kena tambah cili padi tumbuk jer dan masuk dalam resipi ini.


Mana nak dapat produk Sudee ni korang boleh beli kat banyak pasaraya besar dan kecil kat seluruh Malaysia. Juga boleh beli kat luar negara seperti Singapura, United Kingdom, Arab Saudi, Hungry dan Brunei. Jadi kat luar negara pun boleh masak masakan kampung kita hehehe. Jadi boleh cuba dan jangan bagi alasan memasak ini susah ok. Selamat mencuba semua.







10 ulasan:

  1. Kan baik kalau saya boleh masak hidangan yang lebih rumit, hehe. Setakat ini, saya cuma boleh masak hidangan yang paling ringkas. Harap-harap dapat cuba resipi ini suatu hari nanti :)

    BalasPadam
  2. Rasa enaknya masakan ikan ni. Lain kali ada masa mesti mau cuba masak

    BalasPadam
  3. Your food post today reminds me of my Mom's home cooked meal. Ohh i miss it! And fish are good!

    BalasPadam
  4. eh senangla guna sudee tempoyak ni..sama je macam tempoyak orang buat sendiri..kuahnya pekat tu..perghh..lama ngidam nak makan tempoyak ni

    BalasPadam
  5. Nice cooking, and so simple with the paste. I don't like tempoyak, though. Let's check what other flavours they have.

    BalasPadam
  6. This dish looks so appetizing and yummy! Easy lah now we can use Sudee pack to cook all different curry dishes we like =)

    BalasPadam
  7. Hmmm...sedapnya��my favourite Tu!!kak mmg suka msk ikan patin, kena pekat2 sedap giler��

    BalasPadam
  8. Greetings! Thanks a lot for sharing this creatively written post! Cooking fish can be a little bit intimidating.

    BalasPadam