Nikmati Mee Dan Pasta Bebas Pengawet, Gluten Dan Berkhasiat Dengan Pensonic Noodle House

7:00 PG Maha Mahu 22 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pensonic adalah pengeluar produk memasak yang Maha percayai mana tidak sebelum ni pernah guna Pensonic Bread Maker, Pensonic AirFryer dan terbaru Pensonic Steamboat & BBQ. Kali ini pula Pensonic Noodle House adalah impian setiap suri rumah dan penggemar mi serta pasta di seluruh Malaysia. Pembuat mi dan pasta automatik yang mesra pengguna ini menghasilkan mi yang anjal dan pasta yang cantik dalam masa yang singkat.


Korang juga boleh tambahkan jus buah-buahan dan sayuran seperti labu, lobak merah, tomato atau ubi ‘beetroot’ ke dalam tepung bebas gluten, protin tinggi atau tepung untuk menyediakan mi dan pasta mengikut citarasa korang yang beraneka warna, perisa dan lazat.  Korang yang mengutamakan kesihatan dan pemakan yang cerewet terutama kanak-kanak, akan turut menggemarinya.



Hanya dengan butang automatik satu sentuhan dengan motor yang kuat tetapi senyap, yang dapat mengadun, menguli serta menekan keluar adunan doh dengan cepat, sesiapa pun boleh menjadi pakar membuat mi dan pasta segar hanya dengan menukar bahan-bahannya sedikit.


Pengulian cepat 3 minit dalam produk ini  sudah pasti menjadikan pembuatan mi dan pasta bebas pengawet dan bebas gluten satu perkara yang mudah. Seperti masakan ibu yang memang sedap berbanding dengan makanan yang dibeli dari kedai, mi dan pasta segar yang dibuat menggunakan Pensonic Noodle House lebih sedap, berperisa, bebas pengawet dan berkhasiat jika dibandingkan dengan mi dan pasta dari kilang.



Saiz produk ini  yang padat membolehkannya diletak di atas permukaan kabinet dapur dan ia disertakan dengan 13 pembentuk. Pembentuk acuan terdiri daripada Large Fettuccine, Medium Fettuccine, Small Fettuccine, Thick Spaghetti, Thin Spaghetti, Ultra Thin Spaghetti, Udon, Macaroni, Triangular, Open Macaroni, Sliced Noodle, Ultra Thick Spaghetti dan Dumpling Wrapper.


Jika korang berminat memasak, boleh mendapatkan resipi-resipi mi dan pasta di Pensonic Kitchen Facebook. Terdapat berbagai-bagai resipi mi dan pasta yang menyelerakan dan mudah disediakan di sana. Walaupun Pensonic Noodle House menjadikan proses membuat mi dan pasta semudah ABC, satu faktor penting yang mempengaruhi kejayaan mi atau pasta ialah kuantiti bahan-bahan. Oleh itu, kami juga memberi satu Penimbang Digital Dapur percuma untuk masa terhad sahaja. Alat pembersihan yang berfungsi sebagai pemotong, bekas penyukat air dan tepung juga disertakan bersama set pembelian ini.


Kelebihan mi dan pasta yang dibuat di rumah ialah tekstur doh yang kasar sedikit berbanding dengan mi dan pasta yang dibeli dari kedai. Tekstur doh yang kasar ini membolehkan sos melekat pada permukaan mi dan pasta, menjadikannya lebih sedap dan lazat! Kebanyakan mi dan pasta yang dibeli dari kedai mempunyai permukaan yang licin, oleh itu sos tidak melekat dan tertinggal di atas mangkuk.


Jika korang nak membeli Pensonic Noodle House, korang boleh mendapatkannya dari Pensonic e-store dengan menggunakan promosi kod 'MAHAPNH' dan dapat harga serendah RM399 buat masa terhad sehingga 14 Oktober 2018 sahaja tau. Kat sana boleh dapat penimbang digital dapur edisi terhad juga. Kesemua 13 pembentuk disertakan  percuma bersama pembuat mi ini. Korang tidak perlu menjadi chef yang pakar untuk membuat mi dan pasta yang menyelerakan. Jadi tunggu apa lagi boleh dapat sekarang.

*Beli di www.pensonic.com






Anda juga suka post ini...

22 ulasan:

  1. wah..senanglah nk buat mee sendiri nnti

    BalasPadam
  2. Nak lah review produk ni hahahhahajaja. I is nak buat mee bandung ahoyyyuuu

    BalasPadam
  3. Jatuh hati terus. Memang mudah nak sediakan mee, pasta dan sebagainya. 3 minit je.. Okey nak usha jap. Lepas ni lagi bertambah rajin sediakan saraoan untuk anak anak. Macam macam mee dan pasta diorang boleh makan. Thank you Maha.. Memang nak beli satu.. Dah tergoda ni

    BalasPadam
  4. wow! ohsem ni, Maha.
    harga pun ok ok jer tu. affordable.
    terbaik ni. tak payah da beli yg kat supermarket.
    fresh from the oven lah katakan.
    aida tgk video, tak la susah nak membuat nyer.
    tq for sharing.

    BalasPadam
  5. wow..amazing..1st time knowing Pensonic has product which can make noodles by yourself..Great blog post...

    BalasPadam
  6. waa bagusnyaa Pensonic ni ada keluarkan product mcm nii, mmg senang betul kalau ada ni kan. Bagus untuk seisi keluarga sbb dpt buat pasta sendiri yg bebas bahan2 tak elok dan memudaratkan. Fuhh mmg confirm masuk dlm list nii hehe 😍

    BalasPadam
  7. Wow..caya la maha..lepas ni tak yah dah beli mee kat pasaran...buat sendiri je..yeay...Maha lepas ni bleh jadi usahawan muda kan..pensonic memang terbaik la..banyak betul product diaorang yang memudahkan manusia bergelar wanita..eh lelaki pun...

    BalasPadam
  8. Makanan kegemaran Qiss ni mee goreng. Senang la nak buat mee sendiri nanti. Murah pulak tu harga dia. Boleh beli satu untuk rumah Qiss

    BalasPadam
  9. i love the woody design.. it looks so classy and nice.... great to make own version of noodles.. yummy!

    BalasPadam
  10. bagusnya ada benda alah ni maha sebab boleh buat mee bebas gluten sbnrnya.Harga murah dan berbaloi2.Ada bajet nak angkat la satu nanti hehe

    BalasPadam
  11. Tgk maha buat noodle sendiri pakai noodle maker ni rasa teringin nak beli. Teringin nak buat noodle utk anak anak. Noodle yang sihat

    BalasPadam
  12. Bestnya Maha. Buat noodle sendiri jer tak payah dah nak beli kat kedai. Best ni, boleh beli guna promo Maha. Harganya pun mampu milik. Nak beli jugak la

    BalasPadam
  13. Wahhh hebt sungguh Maha sekarang, dah buat mee sendiri. Nanti bolehlah buat jualan, nanti sis orang pertama akan beli..:D Teringin gak lah gan mesin ni...cam menarik je

    BalasPadam
  14. Nampak best mesin pasta ni . Boleh buat sendiri kat rumah tak payah was was dengan mee kat luar. Tadi lia ingatkan harga dia beribu rupanya rm399 je .Berbaloinya .

    BalasPadam
  15. Nampak haritu Maha upload video buat mee guna mesin nie. Nampak mcm best je. Mesti best dpt buat mee sendiri. Okay nak beli jugak nanti guna kod MAHAPH utk dapatkan diskaun !

    BalasPadam
  16. Tergoda betul la dengan benda alah ni.. Rasa macam nak beli je. Ni kalau ada sebijik kat rumah memang puashati kan. Nak buat mee ke pasta dah mudah dah.

    BalasPadam
  17. wahhhh untuk yang suka masak digalakkan ada mesin noodles ni, tapi harga dia mampu huhuhuhuhu je la...
    nanti buat pasta dan noodles ni banyak banyak boleh jual kan MAHA... best pula tengok, sesuai gak untuk mommies yang anak anak expensive child yang allergic with many food boleh try lah resepi buat noodles pastas bebas gluten ni.. ;)

    BalasPadam
  18. Wow bestnya klau ada noodle maker ni dekat rumah.mau hari-hari makan mesin tu duk berkeje je.. anak-anak lak suka makan pasta.. lagi la seronok

    BalasPadam
  19. Wow bestnya dapat buat mee sendiri , tak peelu risau dengan bahan pengawet dah .. teebaik

    BalasPadam
  20. Bestnya ada alat ni boleh buat mee sendiri. Bila rasa nak buat mee terus proses sendiri hehe. The price just good.

    BalasPadam
  21. Aduh pensonic ni buat para ibu tergugat..hehee..bagus ada ni, dapat buat mee, apa-apa jenis la kan dengan sendiri. Ada banyak khasiatnya..dari beli dekat luar tak tau bahan apa dia campur..syokla..

    BalasPadam
  22. Waah, mengancamnya nampak mesin ni. Terbaiklah maha, dah jadi duta pensonic. Terliur tengok pasta. Bila awak nak buat untuk saya. Teringin ni

    BalasPadam