Food Review,

Meriahkan Bulan Kemerdekaan Negara Dengan Sajian Merdeka Special Di Kluang Station Heritage Shared

Khamis, Ogos 09, 2018 Mahamahu 21 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahun ini kita akan meraikan kemerdekaan negara yang ke 61, tak sangka kita berjaya mempertahankan kemerdekaan ini dengan rakyat berbilang kaum dan makanan yang pelbagai citarasa. Bagi memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan ini Restoran Kluang Station Heritage Shared menyediakan sajian Merdeka Special promo.


Maha pun baru tahu hari tu bila makan kat restoran ini jarang pergi tapi sekali sekala tu nak juga makan kat restoran konsep kopitiam yang klasik ini. Bestnya selalu kita tengok orang buat burger nasi lemak dengan ada rasa nasi lemak sahaja tapi diapit dengan roti. Kat sini mereka tampil dengan hidangan kegemaran rakyat Malaysia melalui cara yang lebih hebat.





Nasi Lemak Burger kat restoran ini memang menarik kerana gabungan antara sambal ikan bilis dan juga kacang goreng diatasnya, kemudian diapit dengan dua nasi lemak serta di tengah ada sayur timun segar, bersama dengan daging ayam rangup dilapis dengan sos rendang ayam dan bawah sekali telur goreng. Kalau Maha cite jer korang tak dapat bayangkan cuba korang tengok sendiri rupa Nasi Lemak Burger ini memang menarik.

Nasi Lemak Burger


Rasa sambal tak pedas dan boleh dinikmati oleh semua peringkat usia dan juga mesti dimakan dalam wrapper yang disediakan sebab ia mudah terlerai maklumlah diapit dengan nasi lemak. Bagi Maha ini sesuatu yang benar-benar melambangkan rakyat Malaysia yang boleh kata semua orang suka akan makanan tradisi ini. Love it korang mesti cuba hanya RM13.90 untuk ala carte.

Fried Kluang Laksa


Kemudian kalau yang nak rasa masakan Johor korang boleh cuba Fried Kluang Laksa. Dimana laksa yang digoreng dengan tiada berkuah tapi dapat rasa semua ada sayur yang segar serta juga nak sedap lagi kena perahkan dengan limau baru rasa lebih umpphhh terangkat. Harga ala carte untuk menu ini hanya RM12.90 sahaja sangat berbaloi.

Ambra Juice with Asam Boi dan 3 Layer Sirap Bandung

Kalau ada makanan mesti kena ada minuman untuk promosi bulan kemerdekaan ini pihak restoran menyediakan dua minuman klasik Malaysia iaitu 3 Layer Sirap Bandung dan juga Ambra Juice with Asam Boi. Memang kombinasi yang menarik dengan makanan tadi harga untuk minuman ini hanya RM7.90 sahaja.


Korang boleh dapatkan semua hidangan Merdeka Special di semua cawangan Kluang Station Heritage Shared yang berhampiran bermula dari 1 - 31 Ogos 2018 ini sahaja. Jadi cuba jangan tak cuba rugi sebab hanya untuk masa terhad dan dicipta khas untuk meraikan kemerdekaan negara. 

Kelazatan Diteruskan Dengan Hidangan Tradisi Kluang Station


Tapi kalau korang yang selalu datang Restoran Kluang Station ini dah tahu menu-menu yang special kat sini. Hidangan ini masih ada dan masih diteruskan untuk pecinta makanan Malaysia. Selalu orang akan datang restoran ini untuk makan sarapan pagi mereka yang menarik seperti Toast Charcoal Bun atau Butter & Kaya Toast minum pula bersama dengan minuman signature mereka iaitu Cham yang sejuk atau panas.

Toast Charcoal Bun

Butter & Kaya Toast

Cham

Selain itu juga, kalau tengah hari kat sini memang popular dengan makanan seperti Kluang Mee Siam with Chicken Rendang, Curry Laksa dan Hainanese Chicken Chop. Semua ini tak perlu nak diperkenalkan dah memang jadi kegemaran ramai dan ada pelanggan tetap mereka lagi untuk semua hidangan ini. 

Kluang Mee Siam with Chicken Rendang

Curry Laksa

Hainanese Chicken Chop

Kalau untuk pencuci mulut pula bagi Maha korang kena cuba semua ini iaitu Sago Gula Melaka, Durian Crepe dan Pandan Pancake Wrap with KS Kaya. KS kaya itu adalah srikaya yang dihasilkan sendiri oleh chef mereka homemade dan sangat nature tiada bahan pengawet dan juga pewarna tambahan. Kaya ini hanya jual kat semua restoran mereka sahaja tiada tempat lain dan akan ada peraduan untuk kaya ini nanti Maha akan update kat sosial media pasal peraduan itu ok. 

Sago Gula Melaka

Durian Crepe

Pandan Pancake Wrap with KS Kaya

Jadi siapa yang biasa datang sini nanti boleh kongsi pengalaman korang makan kat restoran ini. Maha sendiri pun rasa restoran ini sentiasa penuh jer orang setiap masa mungkin kerana harga dan juga service kat sini yang tidak mengecewakan. Jadi tinggalkan komen korang untuk restoran ini ok. Selamat menjamu selera semua dan selamat menyambut hari kemerdekaan negara.

Promosi dan juga hidangan lain boleh layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5






21 ulasan:

  1. sedapNya nampakkk..
    dlu saya kije kat klia2 kluang kopitiam ni kat sebelah kepci..slalu intai tapi x masok sbb jiwa Ni oldtown sgt. hahhaa..
    Org cakap so so je rasa dia tapi tgk gambaq ni cam wallaweeeyyy

    BalasPadam
  2. wahhhh.. sedap2 menu :)

    BalasPadam
  3. Ruby lupa la station mana yang selalu ruby pergi. Restoran mereka lebih kurang dengan Kluang. Ruby selalu order bubur, popia dan air teh tarik. Hehehe. Kluang Station ni yang dekat 1utama new wing kan? Hah betul la kot menu ni. Nasi lemak dia pun sedap. hehe

    BalasPadam
  4. Macam.macam.menu ada di Kluang Station ni tapi Nasi Lemak Burger tuh nampak menarik presentationnya. Lain dari yang lain

    BalasPadam
  5. Mahaaaaaa!!!!!sajer jer kan..apesal macam best sangat ni...nak ajak Mimi Azirah dating kat sini la..ada outlet kat Seremban Prima..hehehe...laksa johor tu...alahaiiiiiii

    BalasPadam
  6. mak oi nasi lemak burger, menarik tuh. kalau ko nak tau mee hoon siam dia pun sedap gak wei. aku selalu makan kat sini gak kalau pi one utama ni

    BalasPadam
  7. Cantiknya gambar, pakai camera apa ni

    BalasPadam
  8. Tergugat weii... Bagusnya promosi nie, boleh bawa kids sebab menu sesuai tuk anak anakkan. Espexially charcoal bun.

    BalasPadam
  9. kalau boleh nak yg kat kluang :) ha ha ha ha
    ari tu ada member, kursus kat jb, singgah yg kat kluang. hadoi lah.
    aida pernah try outlet di tesco melaka. ok la. tapi lama dulu, Maha.
    aida memang suka sgt makanan ala-ala gini. teh tarik nyer, kopi nyer, roti nyer...

    BalasPadam
  10. Alahaiii... PEtang-petang tengok gambar-gambar makanan ni rasa lapar pulak. Semuanya nampak sedap especial nasi lemak burger tu. Tak pernah makan dekat Klung Station lagi.

    BalasPadam
  11. Huhu...semua makanan nampak sedap-sedap. Terus rasa lapar . Kalau dekat memang dah terjah singgah isi perut.

    BalasPadam
  12. It is worth to come to you and try a combination of onion and mint, although it seems to me nothing good will come out

    BalasPadam
  13. Burger nasi lemak tu memang rare lah. Mula mula ingatkan die pakai bun bun biasa. Rupanya pakai bun nasi. Terkejut tengok

    BalasPadam
  14. Wah menarik betul burger yang diperbuat dari nasi lemak tu. Teringin pulak nak rasa, kena cari ni Kluang Station yang terdekat. Thanks for Sharing menu unik ni

    BalasPadam
  15. Bulan kemerdekaan negara Malaysia, bagus juga ada promosi macam ni. Selain tu ada juga perkara perlu kita syukuri setiap tahun. Meredeka tak di jajah atas darah dan air mata datuk dan nenek mereka. Ada yang terkorban nyawa

    BalasPadam
  16. Selalu lalu je depan kedai makan kluang station ni. Tak pernah lagi singgah, alang alang ada promosi hari kemerdekaan ni mungkin boleh cuba lah

    BalasPadam
  17. Tuan memang suka jalan jalan cari makan, bulan kemerdekaan pun makan tidak di lupakan. Hehe. Macam menarik makan di kedai ya ya. Boleh lah menjamu secawan kopi panas

    BalasPadam
  18. Kedai kopitiam macam ini memang menjadi pilihan saya untuk menjamu selera. Terutama kalau nak sembang dengan kawan kawan lama. Persekitaran selesa dan tak banyak gangguan

    BalasPadam
  19. Kak pernah mkn kat Kluang Station menu2 dia semua sedap

    BalasPadam
  20. Pandan Pancake Wrap with KS Kaya sangat lazat. Ika belum pernah try tapi dessert ini nampak mengiurkan dan buat Ika lapar sekarang huhu

    BalasPadam
  21. Hi there! I hope that you were able to enjoy all the foods and celebrate the independence day of the country.

    BalasPadam