Glenmarie,

Pakej Perkahwinan Lengkap Homestay Dan Katering Terbaik Di Shah Alam

Khamis, Julai 26, 2018 Mahamahu 18 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu tempoh diambil untuk merancang hari bahagia korang akan ambil masa berapa lama setahun, enam bulan atau juga kurang lagi daripada itu. Almaklumlah semua nak kena fikir dari segi lokasi, makanan, pelamin, goodies bag dan banyak lagi. Itu yang buatkan sesetengah pengantin suka cari satu pakej yang lengkap dan segalanya ada.


Maha tak pernah lalui lagi rasa macam mana orang buat persiapan perkahwinan ini tapi sekarang segalanya dah mudah. Malah kalau kat KL ni selalunya nak buat kenduri nak fikir penginapan untuk sedara mara yang datang jauh. Maha bukan nak tunjuk hebat tapi kebetulan hari tu dapat jemputan ke majlis open house anjuran RNN CEM Sdn Bhd bersama Chef Yang Jamil tapi mereka juga turut memperkenalkan pakej-pakej yang mereka ada kepada tetamu yang datang. 

Wedding HomeStay Glenmarie Shah Alam


RNN CEM Sdn Bhd berkerjasama dengan satu pemilik homestay yang sangat luas dan sangat sesuai bagi pasangan yang mencari lokasi menganjurkan majlis perkahwinan termasuk sekali penginapan. Lokasi homestay ini terletak di Glenmarie Shah Alam iaitu kawasan perumahan elite yang selesa untuk berkumpul sanak saudara dan beramah mesra tanpa fikir tentang segala kerja-kerja berat biar mereka yang uruskan untuk korang.





Apa yang mereka tawarkan kat sini adalah segalanya dalam satu tempat iaitu lokasi majlis kenduri, tempat tinggal untuk tetamu dan juga makanan yang sedap-sedap. Bila sebut pasal makanan kat sini katering daripada HOT Catering & Events menyediakan juadah makanan masakkan Melayu yang mengikut citarasa tuan rumah. Korang boleh pilih dariapda Nasi Minyak atau Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Masak Lemak Pucuk Paku, Keli Goreng Sambal, Daging Salai Masak Lemak, Rendang Daging, Kuah Dalcha, Ulam-ulaman serta pelbagai jenis manisan serta minuman.








Instimewanya lokasi ini adalah homestay ini mempunyai 4 bilik yang telah diubah suai untuk memuatkan keluarga yang ramai datang ketika majlis kenduri. Kemudian segala dekorasi dalam homestay sehingga luar juga disediakan oleh mereka untuk memberi kepuasa kepada tuan rumah mengadakan majlis yang bermakna ini. Kalau nak pelamin juga mereka boleh sediakan, gubahan bilik tidur pengantin, stage untuk persembahan juga mereka boleh sediakan dan macam-macam lagi sebut sahaja.





Ia memang ternyata satu yang sangat diluar jangkaan kerana ia mampu memuatkan jemputan seramai 500 orang dalam satu-satu masa. Katakanlah malam sebelum kenduri nak buat majlis berinai juga boleh kat sini, lepas tu majlis akad nikah siangnya dan bersanding, kemudian nak buat majlis resepsi esok hari juga boleh kat sini sangat selesa. Sebab tu mereka panggil konsep Wedding Homestay kerana segalanya ada bawah satu bumbung tak perlu nak sewa jauh-jauh dan banyak tempat. 

Open House Terlajak Raya


Masa Maha masuk kawasan homestay ini untuk majlis open house tu dah rasa seperti majlis kenduri kahwin. Dalam majlis tu memang ramai tetamu yang datang tuan rumah jemput tambah-tambah Chef Yang Jamil memang ramai kenalan artis turut datang juga. Tuan rumah juga meraikan anak-anak dari Rumah Amal Kebajikan Persatuan Islam Peribadi Mulia, Sg Kantan Kajang dan juga turut diundang anak-anak dari Akademi Tahfiz Al Abrar.





Meriahlah majlis Open House Telajak Raya ini walaupun Syawal dah lama habis tapi kehangatan raya itu masih kita dapat rasa. Masa majlis tu Maha tak lepas untuk makan makanan yang disediakan seperti Pulut dengan Serawa Durian, Lemang dan Rendang, Laksa, Cendol, Kambing Golek,  kuih-kuih raya dan juga pelbagai jenis buah-buahan tempatan itu adalah kegilaan Maha.








Bila dah balik tu rasa nak kahwin cepat lak hehehe tapi sayang tak ada calon lagi sapa nak wakakaka. Harap dapat adakan majlis yang bermakna dalam hidup di tempat yang istimewa macam ni mudah dan lengkap. Tak perlu nak susah-susah kemas rumah segala buat kat homestay dan makanan semua dah tersedia. 


Kalau korang kata bajet menjadi penghalang tak ada masalah itu semua bisa diatur. Hanya hubungi mereka sahaja nanti mereka akan tolong bantu untuk memberi service yang sesuai dengan bajet korang. Mereka pun tak nak membebankan pasangan pengantin yang nak meraikan majlis sekali seumur hidup ini. So korang hanya bergaya sebagai raja sehari dan segalanya istana telah tersegam dihias indah di sini. Best tak! 

Rasa nak tanya apa-apa pakej atau maklumat lanjut boleh hubungi hotline  : 
Tel : 016-873 4032 /012-325 2383
Email: sales.hotcatering@gmail.com







18 ulasan:

  1. cantikkan tempat ni, memang sesuai sangatlah kalau nak buat wedding hah. bilik-bilik homestaynya pun kemain luas lagi ni aku tengok

    BalasPadam
  2. The interior design of wedding is super duper beautiful.. Guess it's worthy package for those whom plan to get married...

    BalasPadam
  3. Suka lah pakej ni. Memang menyenangkan serba serbi.. kena siapkan duit je..

    BalasPadam
  4. Cantiknya tempat dia..Chef Yang Kamil memang terkenal dengan bisnes catering dia kan..kalau banyak duit ni bleh akak buat majlis kat sini..menarik sangat laaa...

    BalasPadam
  5. Makanan die memang nampak sedap sedap belaka. Siap ada ubi lagi tu. Tempat pun cantik. Pakej tu rasanya dah cukup berbaloi untuk orang yang tengah fikir nak kawen zaman sekarang ni

    BalasPadam
  6. Menarik pakej macam ni. Semua dah satu set ada. Tak payah nak pening2. Kalau bayar terus dapat pakej mana kita nak. Siap boleh menginap lagi rumah ni. Dekorasi juga menarik. Ada duit macam2 boleh buat.

    BalasPadam
  7. Terbaik, sekarang pakej yang kira terbaik adalah pakej yang merangkumi semua skop jadi tak perlu fikir banyak hal dah.

    BalasPadam
  8. suka konsep majlis perkahwinan macam ni. buakt kat rumah bukan di hotel atau dewan..paling best, semuanya lengkap tak payah pening nak cari katerer dan sebagainya

    BalasPadam
  9. Its actually very easy and convenient to hsve homestay wedding. Less work for family and relatives. They can relax and enjoy the event better, No need to prepare so much and clean up after event. Great concept.

    BalasPadam
  10. This is a beautiful wedding, from the decorations to the food they all look so on point! Next time those who are getting a wedding can consider this place, senang and berbaloi!

    BalasPadam
  11. Satu konsep baru dalam homestay sebab sekarang ni homestay untuk perlancongan saja kan. Sewa rumah untuk buat majlis kahwin dah boleh jimatkan banyak masa dan tenaga

    BalasPadam
  12. Cantik tempat ni. patutlah di buatnya untuk kemudahan majlis kahwin kan. Kalau lauk sedap tempat bagus mesti ramai yang nak cuba

    BalasPadam
  13. Lepas ni kalau laku mesti ramai yang akan tiru kan. Maklum lah bila dah nampak untung semua orang nak merasa sama. Modal pun besar ni

    BalasPadam
  14. meriahmajlis..cantik tempat dan dekorasi..luas pun ye..bagusla buat majlis dmacam ni..bagi duit je orang uruskan..kita bagitau nak itu ini

    BalasPadam
  15. Dah cuba menu caterer nie, mmg sedap !! Daging masak lemak cili api dia sangat terbaik. First time dengar pakej wedding homestay, makin advance ye pakej kahwin skrg. Sangat memudahkan keluarga pengantin. Xperlu bersusah2 mengemas lepas majlis

    BalasPadam
  16. Set up dia tersangat cantik. And the food looks really delicious. Such a wedding homestay package is picking up and more couples are engaging such services. Really worth considering.

    BalasPadam
  17. Memang cantik tempat dia. Menu masakan lia suka sangat masakan Yang ada ulam2 ni .Sebab tambah selera makan bila pi kenduri .

    BalasPadam
  18. Pelamin setting banyak jelita. Pestal colour adalah warna kegemaran saya.

    BalasPadam