Chef Nik Michael,

Di Balik Tabir Rakaman Program Memasak Bersama Selebriti Chef Nik Michael

Selasa, Julai 10, 2018 Mahamahu 7 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Susah nak dapat pengalaman memasak terutama bersama dengan seorang selebriti chef. Alhamdulillah Maha baru-baru ini dapat jemputan untuk shooting sebuah program memasak yang akan ditayangkan di RTM. Tapi tarikh tayangan tak tahu bila cuma yang tahu akan ditayangkan raya tahun depan, kena tunggu setahun lagi lah nampaknya.


Apa pun pengalaman memasak dalam program tv macam ni sangat bermakna buat Maha. Almaklumlah Maha ni bukan blog resipi lebih kepada review tempat makan. Cuma kalau memasak ni hanya untuk makan sendiri jer kat rumah boleh lah. Itu pun banyak belajar dari emak tercinta dan sikit-sikit dari Youtube hehehe.


Bila dapat jemputan menjadi salah seorang yang akan masak bersama dengan celebriti chef yang cukup terkenal iaitu Chef Nik Michael Imran ini sangat bermakna. Rupanya chef ni seorang yang memang tak kedekut ilmu dalam dunia masakan. Chef Nik ni bukan sahaja expert dalam masakan barat tapi juga masakan pastri. 


Shooting hari tu rasa begitu kejap sangat berlalu walaupun penat dari pagi sampai tenghari, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan seperti yang dirancangkan. Chef ada sediakan satu juadah pastri dan Maha pula kena masak juadah special untuk hidangan hari raya. Maha tunjuk gambar jer tapi nak tahu resipi penuh korang kena tonton rancangan ini tahun depan tau.



Kat sini Maha nak ucapkan jutaan terima kasih kepada YG Films Malaysia dan crew kerana memberi peluang yang sangat berharga dan bermakna ini untuk diri yang tiada apa istimewa ini. Juga terima kasih kepada pemilik rumah Kak Niza dan Kak Zue yang sudi pinjamkan rumah untuk shooting. Rumah sangat besar dan cantik yer.


Tak sabar rasa nak tengok hasil rakaman yang dijalankan hari tu. Moga korang jangan kritik sebab Maha tak berapa pandai bermain dengan kamera. Kalau ada sapa lagi nak jemput untuk shooting memasak ke boleh lah panggil kita cuba hehehe. Terima kasih semua yang terus memberi semangat kepada Maha dalam dunia blog ini.









7 ulasan:

  1. Rendang Opor hasil air tangan Maha mmg terbaik.

    BalasPadam
  2. Nie dah level celebrity dah nie. Lepas nie mesti Maha pergi event yang besar-besar je. Meletups uols! Segan nak lepak ngan uols lepas nie. Anyway, tahniah uols. Kagum dengan uols.

    BalasPadam
  3. Is this a new cooking / foodie show? Interrsting to watch and learn of Malay foodie!

    BalasPadam
  4. wah best yer Maha dapat peluang masuk TV. tak sabar nak tengok jugak

    BalasPadam
  5. Wah lucky of Maha to be appear in food programme with nik Michael. Melt lah. Panassss Going to watch the show on TV. Please share the link with us later!!

    BalasPadam
  6. Wowww dh setaraf selebriti chef nampaknya ya.
    Lps ni susahlah nak jumpa awok kan..hehehe.
    Apa2 pun tahniah ya..bukan senang nak capai sampai tahap sekrang kn

    BalasPadam