Hari Raya,

Sediakan Sajian Raya Tradisional Dengan Cara Moden

Rabu, Jun 13, 2018 Mahamahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Waktu dinantikan kini kian menjelma apabila rakyat Malaysia tidak sabar meraikan musim balik kampung. Persiapan sudah bermula untuk menyambut keraian Hari Raya Aidilfitri – membersih dan menghias rumah, membeli baju raya dan tidak dilupakan, menyediakan menu hidangan di pagi Raya.


Dengan adanya senarai tugasan yang dipenuhi pelbagai kerja untuk disiapkan, memasak biasanya jadi tanggungjawab satu atau dua ahli keluarga, biasanya yang paling berpengalaman di dapur atau mereka yang arif mengenai hidangan tradisional Raya. Cara memasak tradisional adakalanya menghilangkan minat orang muda untuk memasak, kerana ianya renyah ataupun mereka tidak yakin dengan kepakaran memasak diri sendiri.

Biarpun Hari Raya padat dengan tradisi dan ada banyak cara turun temurun untuk menyediakan hidangan, ramai orang muda, terutama generasi celik teknologi mencari cara lebih mudah untuk memasak. Memiliki alatan dapur inovatif untuk membantu dalam kerja memasak amat dialu-alukan, lalu menjadikan memasak lebih mudah dan kurang mencabar bagi yang baru hendak belajar.

Periuk Tekanan Philips All-in-One adalah ideal untuk generasi celik teknologi yang mahukan alat pelbagai fungsi yang mempunyai pelbagai cara memasak yang telah diprogramkan. Memasak jadi sangat menyeronokkan bila korang tidak perlu memikirkan tentang kemahiran di dapur. Dengan teknologi periuk ini, masakan dipercepatkan sehingga lapan kali ganda, menjimatkan lebih masa untuk orang yang tersayang daripada perlu menghabiskan masa di dapur.


Masak dengan berbeza Raya ini menggunakan satu perkakas


Dengan hanya satu alat, korang boleh memasak perlahan atau menggunakan tekanan, memastikan nutrien dan zat dalam masakan kekal utuh. Cara memasak ini ideal buat sajian Hari Raya seperti rendang daging, gulai kambing, atau kari. Kegemaran ramai musim keraian seperti ketupat yang sesuai dengan hidangan berkuah juga boleh dimasak menggunakan Periuk Tekanan All-in-One, juga hidangan nasi seperti briyani, atau nasi putih.


Dengan Periuk Tekanan All-in-One yang serba boleh, korang juga boleh menggoreng cepat, melayur dan membakar, selain memasak secara tekanan atau perlahan. Manisan Raya kegemaran seperti kek gula hangus dan dodol boleh dibuat dengan mudah menggunakan alat ini, menawarkan pelengkap hidangan yang manis selepas hidangan lauk savuri.


Bukan sekadar masakan


Selain mempunyai pelbagai tetapan memasak, periuk ini juga direka untuk memudahkan tugasan di dapur, membolehkan korang menyelesaikan tugasan lain sementara sajian sedang dimasak. Periuk dalaman buatan aloi aluminium mempunyai saduran Whitford emas yang anti calar dan tidak melekat, yang tahan lasak dan menawarkan aliran haba berkesan, membolehkan makanan dimasak dengan serata. 


Penjaga masa yang boleh diprogram mengikut resipi membolehkan korang meninggalkan dapur dan melakukan kerja lain, kerana korang tahu masakan akan siap tepat pada masanya. Oleh kerana penjaga masa dipadamkan secara automatik, pengatur tekanan dalam periuk kemudian akan melepaskan tekanan daripada periuk – jadi makanan sedia dihidang terus daripada periuk!.

Sama ada korang menyediakan hidangan sahur atau merancang untuk menganjurkan rumah terbuka Raya sepanjang hari, pasti mahukan makanan dihidang panas dan segar pada bila-bila masa. Dengan tetapan pemanasan semula dan menghangat pada periuk ini, korang boleh memastikan makanan kekal segar dan hangat dalam satu periuk tanpa perlu memanaskannya semula menggunakan peralatan dapur yang lain.


Bila tradisi bertemu teknologi - Philips #StandForTradition


Hari Raya ini, Philips mahu korang tetap meneruskan tradisi (#StandForTradition) dan menikmati sesi memasak hidangan tradisional menggiurkan dengan cara moden dan masih mengekalkan tradisi di kalangan generasi muda dan celik teknologi. Philips berbesar hati berkongsikan dua resipi Raya tradisional yang boleh disediakan menggunakan Periuk Tekanan Philips All-in-One iaitu Resipi Rendang Daging Tok dan Kek Gula Hangus



Korang nak dapatkan maklumat lanjut mengenai Periuk Tekanan Philips All-in-One dan cadangan resipi lain, layari www.philips.com.my.


Harg Pressure Cooker Philips


Periuk Tekanan Philips All-in-One (HD2137/62) dijual pada harga runcit disarankan iaitu RM799.00 di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan The Gardens Mid Valley, kedua-duanya di Kuala Lumpur, dan di Sutera Mall, Johor Bahru; di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya; dengan rakan runcit dan kedai pengedar di seluruh negara dan secara dalam talian menerusi Kedai Online Philips di https://www.shop.philips.com.my.








14 ulasan:

  1. Wahhhhh3x... Untunglah dapat periuk Philip ni kan... Kite tak dapat pun time tuh... Hehehe... Chef Maha ni memang power..hehehe..

    BalasPadam
  2. itulah madi, aku ingat nak cuba kek gula hangus raya nanti lah. nampak cam senang je tapi tak sure lagi lah kan hehehehe

    BalasPadam
  3. Ruby dah cuba, cuma lepas selesai masak kena asingkan bekas. Jangan biar ia warm di dalam pressure cooker. Nanti makanan jadi lembik, tekstur berubah dan bertukar warna. Melainkan madi nak tekstur lembut giler dan mendapan rasa lebih kuat. Faham ke apa ruby cakap ni? Hahaha

    BalasPadam
  4. Bestnya Maha dapat produk ini pula. Dah la pandai masak, dapat pula perkakasan yang memudahkan sebegini. Ini yang buat makin tak sabar nak makan kat open house Maha kelak ni.

    BalasPadam
  5. Jual kat akak laaaa periuk ni, untung ko dikkkkk asek dapat barang letrik pree jeee! nak beli mahal pulekk hihi

    BalasPadam
  6. Best guna philip pressure cooker ni...
    Saya ada 1 tpi bukan model ni la...
    Nak masak apa pun senang dengan ni...
    Berbaloi beli

    BalasPadam
  7. Wah menarik pressure cooker ni. Bagus ni kalau dapat menolong kita kat dapur kena mendapatkannya. Kita dah ada periuk Noxxa. Janji dapat mencapai matlamat untuk masak khas untuk keluarga.

    BalasPadam
  8. weh bagusnya! teringat lak uols dtg rumah tgok masak rendang tu haha . macam nak buat lagi tapi rumah kite kecik wak. nak guna periuk ni macam mudah sangat je. leh la beli nanti

    BalasPadam
  9. Wah dua2 resepi ni Bella belum cuba. Siyesla Chef Maha best. Lagi best kalau indapt gak menatang Phillips tu. Syok wei masak sb jadi mudah.

    BalasPadam
  10. Untungnya siapa dapat pakai pressure cooker ni, senang kerja..semua boleh buat dalam periuk ni je. Sis ada jugak macam ni tapi jenama lain lah..sesekali je pakai..sayang..hehehe

    BalasPadam
  11. Mesti mudah yer ada periuk serbaguna mcm periuk philips nie. Macam2 benda boleh dimasak dlm tu. Ya Allah dh terbayang mcm2 resepi nk masak kalau ada periuk nie kt rumah

    BalasPadam
  12. I love the convenience of pressure cookers. It's fast, clean and efficient. And Philips has always been the trusted brand in my household.

    BalasPadam
  13. Bestnya periuk tekanan Philips ni bukan sahaja boleh memasak nasi, lauk kegemaran pun boleh . Memang memudahkan urusan memasak tak payah guna Cara traditional .

    BalasPadam
  14. Oh yes I have this magic pot, memang best. I prepare and masuk dalam periuk, tekan tekan saja and makanan will siap masak bila i balik kerja. Senang kan.

    BalasPadam