Dapur,

Resipi Kuih Lapis Lebih Sedap Dan Wangi Dengan Produk Susu POKKA Cubalah

Isnin, Jun 25, 2018 Mahamahu 25 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tahu kat sini dah ramai orang pandai buat resipi Kuih Lapis yang memang menjadi makanan tradisi ketika rumah terbuka. Kuih paling cepat dan sedap, tapi korang tahu tak rahsia untuk jadikan kuih tu dua kali ganda lebih sedap dan wangi.


Mai Maha tunjuk caranya ia tidak mengubah resipi asal kuih ini tapi ia menambah kesedapan kepada Kuih Lapis ini. Maha hanya tambahkan produk baru daripada POKKA iaitu Susu dan Tembikai juga Susu dan Pisang. Dua produk minuman ini ada rasa dan bau yang harum kalau kita tambah dalam masakan.


Produk POKKA ini dijamin Halal dan juga rendah lemak serta ia menggunakan susu sebenar dan juga jus buah yang sebenar. Kalau kat pasaran boleh dapat dalam kotak 1litter dan juga kotak kecil 250ml. Maha suka dua perisa ini dan juga ada satu lagi iaitu POKKA Susu dan Mango juga sedap.


Jom kita tengok bahan-bahan untuk resipi yang Maha diberi nama Kuih POKKA Lapisan Kasih a.k.a Kuih Lapis ni hehehehe.

2 cawan Tepung Beras
1/2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Tepung Jagung
1 cawan Santan Pekat
1 cawan Pokka Susu Tembikai
1 cawan Pokka Susu Pisang
1 cawan Gula
1 penutup Pewarna Kuning & Hijau
1 sudu kecil garam

Tak banyak kan dan cara nak buat pun tak susah korang boleh tonton video kat bawah ni sampai habis cara nak buatnya ok.


Senang kan cuma yang leceh sikit nak tunggu untuk mengukukus kuih ini sebab kita kena buat lapis demi lapis. Tapi hasilnya sangat memberansangkan bau wangi sangat sebab dapat bau Pisang dan juga Tembikai. 

Sertai POKKA Rasa Raya Contest


Sebenarnya Maha buat resipi ini dan beli produk POKKA ni nak sertai peraduan sempena dengan Hari Raya yang dianjurkan oleh mereka. Korang masih sempat nak sertai kerana peraduan ini akan berakhir pada 30 Jun 2018 ini.


Cara-cara penyertaan :-


1) Beli produk pelbagai produk POKKA Susu bernilai RM10 dalam satu resit tunggal.
2) Buat resipi menggunakan produk pelbagai susu POKKA. Ambil foto / video langkah-langkah resipi.
3) Hantar foto / video dan gambar resit korang ke Facebook POKKA melalui FB Messenger.

Hadiah yang ditawarkan adalah:-


1) PRIZE GRAND: Pakej katering rumah terbuka bernilai RM10,000
2) PRIZE CONSOLATION x 3: RM200 tunai + POKKA hamper + bekalan minuman POKKA 1 bulan
3)HARIAN MINGGU x 20: baucer membeli-belah bernilai RM100 + bekalan minuman POKKA selama 1 bulan.


Jadi tunggu apa lagi korang kena sertai sekarang juga masih sempat Maha dah buat ni korang boleh juga cuba resipi yang mudah-mudah jer. Mana tahu rezeki korangkan kita tak tahu. Selamat mencuba semua.








25 ulasan:

  1. wow, cantiknya kuih lapis ni. rasa mesti sedap dengan guna banana milk dan melon kan. cantik pulak tuh.

    BalasPadam
  2. Nampak sedap! Colour pun nampak menarik. Huwarghhh! Teringin nak makan kuih lapis time cenggini. Mana nak cari nie

    BalasPadam
  3. bagusnya uols terus terliur iols nak makan. jujur cakaop tak suka kuih lapis tapi tengok resipi ni alahai macam sedap sangat

    BalasPadam
  4. Kreatif nya guna susu Pokka masukkan dalam makanan. Teringin nak rasa masakan. Kuih lapis ni memang sedap tetapi kena sabar dalam penyediaan itu je.

    BalasPadam
  5. Eh nampak sedap pula tengok Maha buat. Krestif tak terfikir dengan susu Pokka boleh buat kuih lapis macam ni. Memang bijak guna bahan yang ada untuk dapatkan hasil yang sedap

    BalasPadam
  6. Wahhhh.... Cantik lapisan kuih yang dihidangkan Maha tuh.., Memang terbaik lah...
    Apa-apa pun Good Luck ye..

    BalasPadam
  7. Terliur pulak tengok kuih lapis maha. Bila nk buat open house raya ni, hehehe

    Bestnya, ada contest. Hadiah masyukk.. nak try joinlah nanti

    BalasPadam
  8. wah sedap ni..boleh cuba mest rasa-rasa lemak buahan kan hehehehe...paling penting bau dia wangi heheh..bukan blh dihidangkan pada musim perayaan jer ..bila2 pun boleh

    BalasPadam
  9. Wahhh love the colors of this kuih and it looks really yummy as well, will try your recipe!

    BalasPadam
  10. Lately asik nampak maha ke dapur je... mantap sekarang nie.. dah label chef nie.. bila nk join masterchef nie?

    BalasPadam
  11. Itu kue lapis mocca bisa juga pakai pewangi pandan kah? Di kota Abby bajyak jual kue lapis kayak gini. Biasanya di guna untuk upacara adat. Jika ada kenduri pasti ada kue nih.

    Abby mau coba reseonya nih ya. Thanks

    BalasPadam
  12. Good idea! Pokka boleh buat kuih jugak ya. Nnt try jugak buat utk anak2 mkn ni. tq.

    BalasPadam
  13. Wow, look at the colourful kuih. I usually just buy from Malay or Nyonya stall. Now can make my own using Pokka. Thanks for sharing the recipe. Want to try lah!

    BalasPadam
  14. Pergh kreatif la abam Mahamahu ni..dgn susu kotak pun boleh buat kuih lapis ni..nampak sedap

    BalasPadam
  15. Wah tak tau pulak Pokka ada keluarkan susu. Selalu beli biskut stick dia yang pelbagai flavour tu. Next time boleh cuba beli susu Pokka ni pulak..

    BalasPadam
  16. Fuhhhhh!kreatifnya madi! Apa la rasa dia bila combine sekalikan. Untungla sape dapat madi.. dah la pandai masak, kreatif lak tu...😂😂😂😂

    BalasPadam
  17. Aku tak kira. Aku nak gak rasa kuih lazat nie - so please buat open house dan jemput aku dengan kadar segera. Cepat!

    BalasPadam
  18. Wow the kek lapis look nice and the step to do kek lapis is not easy. It needs a lot if passion. Must be taste nice with Pokka flavours. I like it.

    BalasPadam
  19. Cantiknya kejadian kek lapis awak tu. Mesti sedap rasa dia. Nak sikit boleh? :)

    BalasPadam
  20. Sedap dap dap kuih lapis ini, I boleh bayangkan the fragrant of the melom milk and banana milk on the kuih lapis. Nyummms

    BalasPadam
  21. Pergh pandainya buat kuih lapis..kita pun xpernah buatagi tau...
    Nanti nak try la buat ngn pokka ni

    BalasPadam
  22. kuih lapis memang favourite dari dulu hehe.

    Jemput singgah : http://www.adibsite.com/

    BalasPadam
  23. Nampak sedap, teringin nak rasa kek lapis ni

    BalasPadam
  24. سرویس و تعمیرات تخصصی ماکروفر در تهران

    دسته تعمیرات ماکروفر

    BalasPadam
  25. جهت استفاده از خدمات ساخت لوگو فارسی در ریوال آنلاین با ما تماس بگیرید.

    BalasPadam