Precious Masa Untuk Nikmati Popcorn Dengan Rasa Premium

7:00 PG Maha Mahu 11 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kat rumah memang selalu kalau Maha tonton movie atau rancangan drama yang best kat TV mesti ada ditemani dengan Precious Premium Flavored Popcorn. Barulah rasa seronok dan tak sedar diam-diam boleh habis satu balang popcorn tu.


Popcorn ini mempunyai rasa yang premium maksudnya rasa daripada kualiti yang luar biasa atau nilai yang lebih tinggi daripada popcorn yang korang pernah rasa kat luar sana. Selalunya kalau popcorn biasa mereka akan campurkan dengan gula biasa yang dicairkan tapi yang ini menggunakan proses Tree Nuts.




Maha suka popcorn ini sebab ia tiada rasa yang terlalu manis dan kita boleh lihat semua bahagian popcorn disaluti penuh tanpa ada yang tertinggal. Mereka juga menggunakan biji jagung non-GMO iaitu biji jagung tulen yang tiada pemanis tiruan. Maha baru tahu yer yang GMO ini bahaya untuk kesihatan boleh sebabkan kemandulan dan juga penyakit barah, takut kan. 



Precious Premium Flavored Popcorn ini datang dengan dua perisa premium iaitu Crunchy Caramel dan Chock-full Chocolate. Ia adalah produk buatan Malaysia tak silap Maha kilang mereka terletak kat Shah Alam. Sebab tu Maha yakin untuk makan popcorn ini dan memang menyengatlah. 


Mana Maha beli popcorn ini korang boleh order secara online kat Facebook atau juga kat Instagram mereka. Harga pun tak mahal untuk bekas 250gram ini harga semenanjung Malaysia RM20.00 dan manakala bagi Sabah dan Sarawak RM25.00 sahaja. Jadi masa untuk korang nikmati popcorn dengan rasa premium waktu bahagia dan bersama keluarga. Selamat menjamu selera semua.

Pembelian dan promosi terbaru sila layari :
Whatsapp : 019-3589390





Anda juga suka post ini...

11 ulasan:

  1. OMG! tgk gambo da tau sedap.
    kecoklatan nyer bukti ia amat sedap. tak kedekut!
    aida baru la nak mencari kerepek raya or biskut raya weekend ni.
    nak tgk la popcorn gini ada tak di melaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli online jer kat FB atau IG mereka boleh post terus...

      Padam
  2. mak aiii penuh karamel keliling popcorn. macamnilah baru betul sebab karamel
    dia sebati kat semua tempat. kadang kalau beli yang biasa2 tu, karamel pun nipis2 je dia buat. lepastu makan rasa tawar je. fav ainy ni! nak try cariklah nanti.

    BalasPadam
  3. Nampak sedap la popcorn ni. Mesti manis popcorn ni kan. Kalau saya makan sekadar nak rasa je la. Karamel kemain lemak berkrim je nampak tu. Peminat makanan manis boleh la mencuba ye.

    BalasPadam
  4. lama tak makan premium popcorn sebab asyik buat kat umah aje.. sekali sekala mmg lah kena cuba premium stuff... life will be more interesting kan...

    BalasPadam
  5. Sukanya maha makan popcorn yer. Trus rasa macam nak order. Ada rasa2 mcm garret x ? Hihi. Harga dia pon boleh tahan murah untuk saiz sebesar itu. Popcorn premium kan, so okaylah

    BalasPadam
  6. Aww. Sukalah dengan popcorn yang bentuk macam ni. Sedap and tak sakit gigi nak kunyah. Memang pernah cuba brand ni haritu, borong sampai 3 botol sebab tengah ada promo.

    BalasPadam
  7. Sis kurang minat gan popcorn..tapi tengok gambar ni buatkan sis nak cuba pulak..tgok video yg dibuat..umm lagilah nak cuba

    BalasPadam
  8. Sakan eh video makan popcorn nie. Lain kali ajak Rawlins sekali kalau nak makan so that boleh gelak tau nangis sesama ye.

    BalasPadam
  9. Mak aih.. ini memang favourite saya ni, Bang Maha! Bolehlah nanti nak try beli. Rasa nak try yang perasa coklat tu jugak selain perasa original. Sambil tonton drama atau filem di laptop tu mesti layan je makan popcorn kan. Hehe.

    BalasPadam
  10. Wow look tasty the popcorn and crispy too. Want to try it and they have my flavour taste. Next time can buy it at Sarawak when go back

    BalasPadam