Fonterra Brands Malaysia Meraikan Hari Susu Sedunia Dan Ramadan Bersama Mereka Yang Memerlukan

7:00 PG Maha Mahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang tahu tak sebenarnya seluruh dunia menyambut hari susu sedunia pada 1 Jun setiap tahun. Maha pun baru tahu tentang hari susu ini dan apa yang orang selalu lakukan untuk meraikan hari tersebut.



Baru-baru ini Fonterra Brands Malaysia memperingati dua peristiwa penting tersebut dengan berkongsi kebaikan susu bersama masyarakat yang memerlukan. Syarikat pemakanan produk tenusu dari New Zeland ini telah mengedarkan 500 hidangan bubur lambuk yang diperkaya dengan susu Fernleaf UHT dan pek iftar yang diisi dengan produk tenusu di Surau As Sahabah, Kota Damansara.

Tuan Haji Abdul Razak Bin Mohd Isa, Pengerusi Jawatankuasa Surau As Sahabah

Cik Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik & Undang-undang Fonterra

Maha turut berada di sana bagi sama-sama menjayakan program ini untuk memberi kepada mereka yang memerlukan. Ia adalah sebahagian daripada program CSR syarikat ini kepada masyarakat dan kebetulan pula bersamaan dengan bulan Ramadan yang mulia. 



Turut diraikan jemaah kawasan Seksyen 6 dan 7, Kota Damansara yang kurang bernasib baik dengan sedikit bantuan bagi meraikan Hari Raya yang akan datang. Juga memberi bantuan kepada golongan Mualaf yang juga turut bersama meraikan Ramadan.



Syarikat ini juga telah menyumbangkan 60 kilogram susu tepung Fernleaf dan Anlene kepada dua rumah kebajikan untuk bekalan kanak-kanak dan orang kurang upaya - Agathians Shelter dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan OKU Mesra. Juga turut mengagihkan lebih 1,000 pek susu UHT Fernleaf di stesen-stesen LRT sekitar Kuala Lumpur.



Sebagai pembekal pemakanan tenusu yang utama di Malaysia, syarikat ini menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk menambah pengambilan susu kerana diet yang seimbang dan sihat. Ini penting untuk mengekalkan tenaga dan menjaga kesihatan badan, terutamanya dalam bulan Ramadan. Susu mengandungi pelbagai nutrien penting seperti protein, kalsium, kalium dan vitamin B yang boleh mengekalkan tahap tenaga dan menggantikan nutrien yang hilang sepanjang sehari berpuasa.


Korang tahu bahawa rakyat Malaysia paling kurang minum susu kerana tanggapan kita bahawa susu untuk kanak-kanak atau warga emas sahaja. Itu semua salah kerana kita orang dewasa juga perlu minum susu setiap hari. Hari susu sedunia ialah inisiatif anjuran Pertubuhan Makanan dan Pertanian iaitu sebuah badan di bawah Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu. Hari ini disambut serata dunia dan mengiktiraf betapa pentingnya susu dan produk tenusu sebagai sumber pemakanan bagi berjuta-juta orang di seluruh dunia.



Sebenarnya susu sesuai untuk diambil terutama pada waktu sahur dan cukup bersama dengan beberapa biji kurma. Ia mampu memberi tenaga seharian korang berpuasa tau. Lepas tu masa berbuka juga kita minum susu atau kalau tak suka minum susu boleh buat masakan menggunakan produk susu seperti Resipi Kuah Lodeh yang Maha telah buat ni. Korang boleh cuba nanti ok. Selamat berpuasa semua.






Anda juga suka post ini...

6 ulasan:

  1. Bagus ni rezeki dikongsi bersama. Minum susu bulan puasa ni sangat bagus. Boleh la tahan perut ni. Susu ni kalau berperisa saya boleh minum. Putih ni payah.....

    BalasPadam
  2. Alhamrulillah..di bulan mulia ini Fonterra berkongsi rezeki..minum minum susu memang bagus di bulan puasa..at least membantu menahan lapar..tp SA payah minum susu putih..biasanya mesti yg berperisa..coklat pilihan utama...

    BalasPadam
  3. Bagusnya ada program sebegini untuk mereka yang memerlukannya. Hari Susu pun lebih bermakna bagi keluarga, bila dapa percuma. Terima kasih Fonterra Brands Malaysia kerana sangat prihatin.

    BalasPadam
  4. Bagus CSR activity macam ini, hopefully they will have more and share the food plus healp the needy not only during the festive month but on regular basis.

    BalasPadam
  5. Such a lovely initiative from fonterra.. Great CSR activity... Happy world milk day!~ very meaningful for this month of ramadan..

    BalasPadam
  6. Is a good cause by Fonterra and encourage people to drink milk frequently. Milk has the best calcium to our bone.

    BalasPadam