Damansara Jaya,

Restoran Mueang Kao Thai Menyajikan Yang Asli Dan Luar Biasa

Isnin, Mei 14, 2018 Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari ni nak bawa korang cuba satu restoran masakan Thailand yang sangat menarik dan mesti kena cuba. Restoran Mueang Kao Thai yang terletak di Damansara Jaya ini tidak sama dengan restoran Thai yang kita biasa tengok.


Walaupun orang kata restoran Thai mesti popular dengan Tom Yam mereka tapi kat sini ada macam-macam yang korang tak pernah rasa. Masakan di sini dibawa daripada menu dari bahagian tengah negara Thailand dan Mueang Kao adalah salah satu kawasan perkampungan yang ada pelbagai hidangan sedap ini.



Restoran ini baru sahaja buka tahun ini iaitu bulan Febuari dan memang dekorasi ia sangat santai dan simple. Ada kawasan untuk makan dekat atas meja juga ada kawasan untuk korang makan duduk bersila. Jom korang tengok pula beberapa menu yang Maha dan kawan-kawan dah cuba sendiri makan kat sini pasti buat korang meleleh air liur. 

Mango Salad (RM18.00)

Nam Prik Pia To (RM45.00)

Pertama sekali untuk pembuka selera kami telah order Mango Salad dan juga Nam Prik Pia To. Maha suka salad manga ini kerana ia segar dengan campuran mangga muda dan juga beberapa sayuran serta kekacang didalamnya. Kemudian yang nam prik ini pula adalah gabungan beberapa bahan dalam satu set iaitu ikan kembung goreng, telur dadar dan juga ulam-ulaman dimakan bersama sambal belacan yang sangat pedas dan mengancam.

Pha La Pik (RM40.00)

Salted Egg Squid (RM35.00)

Lepas tu pula korang boleh order menu utama seperti masakan berasaskan makanan laut seperti Pha La Pik. Masakan Thai memang suka akan makanan ikan dan ikan yang filet dan goreng garing tu adalah ikan Talapia tau. Kemudian ada lagi makanan laut yang lain cukup popular dan kalau sebut semua orang nak iaitu Salted Egg Squid. Ini memang Maha boleh habis seorang makan dengan nasi sebab bau makanan ni sangat menyelerakan dan lazat. 

Thai Style 3 Taste (RM35.00)

BBQ Chicken Chop (RM25.00)

Red Curry Chicken (RM35.00)

Lepas tu pula ada makanan berasaskan daging ayam seperti Thai Style 3 Taste, BBQ Chicken Chop dan juga makanan berkuah iaitu Red Curry Chicken. Masakan kari mereka sangat pekat dan penuh dengan pelbagai bahan didalamnya. Kemudian BBQ ayam tu tidak seperti ayam panggang biasa ia telah diperap dengan rempah yang membuat ia sangat berbeza. 

Thai Style 'Cha Om' Omelette (RM25.00)

Thai Style Fried Brinjal (RM25.00)

Deep Fried Kangkung (RM28.00)

Lain-lain tu korang boleh cuba masakan yang Maha order seperti Thai Style Cha Om Omelette dan juga masakan berasas sayuran seperti Thai Style Fried Brinjal iaitu terung goreng sambal dan juga paling menarik adalah Deep Fried Kangkung. Di mana ia adalah masakan kangkung goreng dengan celup tepung yang sangat rangup dimakan bersama sos istimewa mereka. 

Mango Sticky Rice

Thai Red Rubies

Coconut Ice Cream

Sangkaya Pumpkin

Akhir sekali penutup kena ada dessert seperti Mango Sticky Rice, Thai Red Rubies, Coconut Ice Cream dan juga Sangkaya Pumpkin. Semua dessert kat sini Maha suka termasuklah minuman yang kami order seperti Air Kepala Muda dan juga Thai Tea dan Thai Green Tea ni. 

Air Kepala Muda (RM7.00)

Thai Green Tea (RM5.90) dan Thai Tee (RM5.90)


So tunggu apa lagi korang boleh datang restoran ini setiap hari dibuka dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang, manakala sesi malam lak dari pukul 6.00 petang hingga 10.00 malam. Boleh cuba menu Thai kat sini memang menarik dan tertarik. Selamat menjamu selera semua.

Pertanyaan dan promosi layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5






19 ulasan:

  1. Macam menarik jer Madi, masuk dalam wishlist la mana tau boleh singgah makan kat sini...macam- macam pilihan makanan tu ha..Thai food is always my all time fav...akak plak tengah buat jjcm pencarian tomyam paling sedap di Malaysia..hahaha....

    BalasPadam
  2. I really miss the Thai food after reading your post. Will bring my children to go there to try it out.

    BalasPadam
  3. Huda memang peminat makanan thailand. Banyak gak menu yang tak pernah try lagi. Nak ajak geng terjah kedai ni la. Teruja nak try Pha La Pik. Comel jer ikan tu posing

    BalasPadam
  4. Madi tahu tak...sis tengok gambar-gambar kat atas ni..sampai tertelan-telan air liur sis tau. Nasib baik lom puasa..hahaha.
    Makanan Thai memang makanan fav sis, jadi apa je lah letak kat depan mata sure sis suka punya..:D. Nanti bolehlah sis cuba makanan Thai kat sini pulak

    BalasPadam
  5. Nampak cantik-cantik gambar kat blog Maha ni. Buat kita nak pergi cari makanan Thai dan dan ni jugak. Kita memang suka makanan Thailand ni. Sawadeeka....

    BalasPadam
  6. Banyak menu yang ana tak pernah dengar. Nampak menarik semuanya walau harga agak mahal sikit ye. Tapi pencuci mulut dia nampak sangat menggoda especially coconut ice cream tu. Boleh try nanti.

    BalasPadam
  7. Makanan Thai makanan kegemaran saya. Dan makan Thai resipi bersama dengan sebiji air kelapa sejuk. Aiyo, amat seronoknya..

    BalasPadam
  8. Pernah makan sekali di sini. Sangat jtuh cinta dengan tomyam dan ais krim kelapa dia. Ya allah sedap sangat !! Sotong bbq dia pon best. Harga pon berpatutan. Bila lah nak repeat lagi nie. Haihhhh

    BalasPadam
  9. Salted Egg Squid, Ika tidak pernah cuba lagi.Dekat Penang susah nak dapat menu ini. Nampak gaya nya kena ke restaurant ini la untuk mencuba. MAngo salad amboii sedapnya.... lapaq la

    BalasPadam
  10. Meriahnya makanan dia ... terliur nampak manggo salad tu, sedapnya! meleleh nampak pulut mangga dan ice cream kelapa hadoilahhh memang kena cuba masakan dekat restoran ni sebab Bonde suka thai food.

    Ranking Mahamahu :-
    Kebersihan : 3.5/5 tahap sederhana oklah..
    Kesedapan : 4/5 sukakan ini!
    Harga : 3.5/5 sukakan ini!

    BalasPadam
  11. maha maha... everytime i see the foodtography mesti saya terliur. i wanna taste all those food so much and i truly love Thai food especially AUTHENTIC type. drooling to the max now.

    BalasPadam
  12. Salted egg squiddddd, omg2. Nampak sedap sangat2. Apa2 yang salted egg memang sedap weyhhh. Terliur ni haaa

    BalasPadam
  13. memang makanan kat sini semuanya sedap. akk dah cuba hari tu..dia punya dessert pun terbaik..macam boleh menambah berkali2 sebab sedap giler hehehe

    BalasPadam
  14. This is one of my favorite Thai restaurant! Always visit this place with my friends and family, price is reasonable and the food is superb!

    BalasPadam
  15. Makanan Thai memang favorite dari dulu lagi . Semua gambar menu kat sini semuanya sedap . Dari hidangan utama hingga lah ke pencuci mulut. Mango salad dgn green tea terbaik !

    BalasPadam
  16. Lamanya lahai x pekena makanan thai. Dapat mango salad tu memang x kongsi dengan orang dah.haha

    BalasPadam
  17. makanan thai ni nampak banyak sedap. nak makan leh... terasa lapar lepas tengok post u sekarang... yummy!

    BalasPadam
  18. OK seriously, at first, I thought the servings were small...probably because of the angle of the pics...but I was rest assured at the end when I saw your last pic...Hahahah the servings are decent and the price is not bad for the portion. Now all that's left is for me to try it for myself.hahhaha

    BalasPadam
  19. Pernah nak cuba makan kat kedai ni tapi tak confident Halal, rupanya kita boleh makan ya kat sini. Ramai kawan non muslim cakap sedap.

    BalasPadam