Buffet Ramadhan,

Menu Sembang-Sembang Petang, Makan Tengahari Dan Bufet Ramadan Di Hotel Kings Green Melaka

Rabu, Mei 02, 2018 Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari tu Maha dah cerita tentang keselesaan dan kepuasan menginap di Hotel Kings Green Melaka untuk panduan korang. Kali ni Maha sambung pula dengan makanan yang hotel ini ada tawarkan kalau korang menginap sini atau nak datang cuba.


Kita teruslah kepada satu menu baru diperkenalkan oleh pihak hotel ini kepada penghuni atau mereka yang nak buat meeting petang-petang kat sini. Masih kat level G hotel ini iaitu Hibiscus Cafe menyediakan set yang dipanggil Sembang-Sembang Petang. Selalu kalau petang kita suka minum dan makan apa?

Sembang-Sembang Petang Di Hibiscus Cafe


Kali ini Hibiscus Cafe membawakan menu istimewa tempat lain tak pernah buat hotel ini buat iaitu makan petang dengan Chicken Chop atau Breaded Chicken Chop. Special kat sini hidangan ini didatangkan dengan sos istimewa tiada tempat lain iaitu Salted Egg dan juga pilihan lain iaitu Black Pepper dan juga Mushroom sos. Memang bagi Maha ia adalah satu gabungan yang sangat sesuai dan padu bila minum pula bersama Chilled Juice yang diberikan sekiranya kita order menu ini.

Chicken Chop

Breaded Chicken Chop

Salted Egg, Black Pepper dan Mushroom Sauce

Harga sangat berpatutan hanya dengan RM18.00 nett satu hidangan Chicken Chop dapat pula minuman sekali ok lah tu kan. Selain tu juga mereka ada sediakan beberapa lagi menu makan petang yang ringan seperti Keropok Leko, Goreng Pisang, Cucur Udang, Cucur Ikan bilis atau Keledek Goreng.

Keropok Leko

Goreng Pisang

Cucur Udang

Cucur Ikan bilis

Keledek Goreng

Semua set menu ini korang kalau order boleh dapat sekali dengan pilihan minuman seperti Teh Tarik, Kopi Tarik, Nescafe Tarik atau Milo Tarik. Memang sangat sesuai kalau nak buat bincang petang sambil makan ringan-ringan. Harga pun untuk satu set makanan dan minuman hanya RM8.00 nett sahaja. Memang berbaloi dan tak dapat harga ni tempat lain boleh isi perut dalam suasana cafe yang luas, tenang dan sejuk ni.

Makan Tenghari Gaya Chinese Dan Nyonya


Kali ni pula kita nikmati makan tengahari yang jauh sangat berbeza dengan tempat lain kerana kat hotel ini mereka ada satu restoran gabungan masakan Chinese dan Nyonya. Restoran yang Maha maksudkan adalah Jia Restaurant yang berada di tingkat M1 dalam hotel ini. So sekali sekala nak bawa kelainan makan bersama keluarga atau rakan-rakan boleh pilih sini.




Kat sini memang korang boleh pilih banyak set sebab selalu memang style makanan restoran China kat luar sana tapi jangan bimbang restoran ini ada sijil Halal daripada JAKIM. Kalau korang datang dalam kumpulan 2 hingga 10 orang mereka ada beberapa set iaitu Set A, Set B dan Set C.

Pai Tie (RM12)

Home Made Beancurd (RM19)

Telur Cincalok (RM12)

Cuma kalau korang tak nak makan ikut set yang mereka sediakan boleh pilih menu ala-cart yang ada seperti yang Maha makan ni. Hari tu memang sangat kenyang kerana kami makan ada 8 jenis hidangan seperti paling popular iaitu Pai Tie. Kemudian ada pula Home Made Beancurd serta masakan Nyonya style iaitu Telur Cincalok. Ini memang menarik Maha akan cuba kat rumah buat telur dadar dan masukkan sikit cencalok yang popular di Melaka ni.

Deep Fried Squid with Five Spices (RM25)

Deep Fried Boneless Chicken with Lemon Sauce (RM24)

Deep Fried Seabass Fish With Chili Garam (RM70 1kg)

Stir Fried Prawns with Salted Egg Sauce (RM32)

Lagi kami order Deep Fried Boneless Chicken with Lemon Sauce, Stir Fried Prawns with Salted Egg Sauce yang sangat rangup diluar dan lembut didalam. Tambah lagi menu dengan Deep Fried Seabass Fish With Chili Garam serta Deep Fried Squid with Five Spices. Last sekali akhir hidangan kami dengan Pancake istimewa mereka ini.

Pancake (RM10)

Memang sangat puas makan untuk tenghari kat restoran ini suasana pun selesa. Ada ruang yang terbuka serta juga beberapa bilik exclusive untuk mereka yang nak buat acara makan yang tesendiri. Harga pun boleh tahan semua berpatutan dan memuaskan korang boleh tengok sendirilah. So tak perlu nak cari kat luar dalam hotel ni pun dah ada semua makanan sedap-sedap macam ni.

Citarasa Muhibbah Iftar Sempena Ramadan


Promosi istimewa yang dibawakan kali ini untuk Ramadhan yang tak lama lagi akan tiba iaitu bufet Ramadhan mereka di Hibiscus Cafe. Kalau korang bermalam kat hotel ni pada bulan Ramadhan nanti boleh lah cuba bufet buka puasa mereka yang ada pelbagai masakan Melayu tempatan.


Pembuka selera yang ada kat dalam bufet Ramadhan di sini seperti ulam-ulaman kampung bersama sambal belacan, Kerabu Taugeh, Rojak Petis, Bubur Lambuk dan juga istimewa masakan Nyonya iaitu Sambal Timun. Ini korang kena cuba sebab memang tak ada tempat lain kat hotel ini jer tau.





Lepas tu makanan utama bufet buka puasa kat sini akan mereka selalu tukar setiap minggu mengikut set yang telah ditetapkan chef. Apa yang Maha sempat cuba hari tu adalah Tom Yam Seafood, Nasi Beringin yang warna kuning, Gulai Daging Kawah, Udang Lemak Nanas, Ikan Jenahak Asam Pedas special masakan orang Melaka, Sotong Sambal, Ayam Goreng Belacan, Stir-fried Broccoli Mushroom dan Satay.




Tu baru sikit tak masuk lagi pilihan makanan pencuci mulut yang ada seperti kuih-kuih tradisional yang pelbagai rasa serta 2 jenis pastry. Itu akan ditentukan oleh chef apa yang ada pada hari korang datang berbuka di hotel ini. Harga pula untuk tempahan early bird iaitu sebelum 10 Mei 2018 hanya RM58.00 bagi dewasa dan RM48.00 untuk kanak-kanak 4 hingga 12 tahun serta warga emas.





Kalau harga biasa korang walk-in atau lepas tarikh tadi akan jadi RM68.00 bagi dewasa dan RM58.00 untuk kanak-kanak dan warga emas. Kalau korang datang dalam satu kumpulan 10 orang dewasa akan dapat lagi 1 kupon percuma untuk seorang dewasa. Jadi bagi Maha sangat-sangat berbaloi harga kat sini bagi sebuah hotel bertaraf 4 bintang ini.



Korang kalau ada plan nak buat rumah terbuka terutama bagi orang Melaka hotel ini ada sediakan pakej istimewa. Rumah Terbuka Aidilfitri dengan tawaran harga dari RM55.00 untuk minimum 50 pax tetamu. Banyak keistimewaan akan dapat dalam set ini seperti Meja VVIP dan Pelayan, PA Sistem serta LCD Projector bersama white screen.


So apa lagi memang kat hotel ni banyak menyediakan tawaran makan-makan sebeb tu masa Maha bermalam kat sini tak keluar mana-mana sangat hanya duduk kat bilik sebab semua ada. Bilik yang selesa dan juga makanan yang banyak jadi nak apa lagi. Kalau pergi pun mungkin waktu malam keluar jalan-jalan kat Jonker Walk cari barang-barang murah. Jadi lepas ni boleh lah korang cadang untuk pilih hotel ini bermalam di Bandar Bersejarah Melaka ini ok. Selamat menjamu selera semua.

Tempahan semua menu ini atau pertanyaan hubungi:-
Tel : 06-2881091 ext 629/3
Email : fnb@kingsgreenhotel.com.my





17 ulasan:

  1. Lazat bukan main menu dia kan. Lagi-lagi juadah tradisi Melaka. Nasib baik Rawlins pun baru balik dari Melaka maka takde la nak meroyan sebab Maha tak bawa Rawlins sekali. Hahaha

    BalasPadam
  2. Wah bestnya kalau menginap dekat hotel ni. Tak yah pening nak keluar cari makanan. Tau je lah melaka kan. Paling nak try yg salted egg tu. Memang rare. Confirm2 sedap. Menu ramadan pun banyak. Rambang jap mata tengok.

    BalasPadam
  3. Semua nampak sedap. Dah terliur tengok gambar makanan. Harga not bad juga tak mahal. Semalam pun baru balik dari Melaka.

    BalasPadam
  4. Suka betul tgok cara dia plating maknan. Very simple yet so nice. Pandai bermain dengan warna. 68 ringgit utk harga walk in kira murah lah. Lihat saja menu yg dihidangkan, meriah ! So 68 tu kira berbaloi untuk dibelanjakan di sini

    BalasPadam
  5. Part sembang-sembang sis suka sangat makan western tu. Boleh lepak sembang sana nanti. Tapi part ala Chinese tu aduhai membuatkan sis rindu dengan my dad nya family side dah lama giler tak makan besar. Makanan masakan chinese. Buffet ramadhan nanti confirm penuh kan. Dah xekat puasa dah kita ni.

    BalasPadam
  6. Wahhhhh best la menu dia nampak tersusun dan ada class! Bestnya kalau dapat makan dekat sini boleh la ajak husband nanti

    BalasPadam
  7. woww.. serius .. suasana hibiscus cafe ni sangat menarik.. tenang je.. sebab ada gabungan warna wall ayng cerah siap ada kerawang tu.. dengan kombinasi kerusi kaler hijau dan hitam.. cantiklah maha.. rasa sejuk je mata TB tengok.. bab menu.. aduh.. tak boleh dinafikan.. gambar-gamabr maha semuanya tak mengecewakan.. dari dulu bikin TB lapar sangat-sangat bila tengok.. adoi..

    BalasPadam
  8. Pai Tie! Lama giler tak makan. Kalau eiza ke sini, itulah hidangan yang akan eiza cari dulu. Makan sampai puas. Harga pun tak mahal. Thanks di atas perkongsian.

    BalasPadam
  9. Semua makanan mavam best je. First time liez dgr telur dadar cencalok.. presentation utk makanan pun terbaik. Kena add dlm list klau g melaka ni.

    BalasPadam
  10. Tak nak mengalah juga orang Melaka punya tempat berbuka puasa...high class pagi tu..harga pun berpatutan.

    BalasPadam
  11. Ooh tak pernah dengar lagi Hotel Kings Green di Melaka ni.. Tapi tengok makanan untuk berbuka tu nampak sangat menarik! Kalau Bella ada ke Melaka Ramadan ni, Bella akan pastikan singgah kesini dan cuba makanan2 ni semua. Yummm

    BalasPadam
  12. Aduhai menu dia mengugat keimanan betul smua sdap2 msti kena try iftar kat sini harga dan menu memang berbaloi

    BalasPadam
  13. jauhnya makan sampai kat melaka hahahah..tapi semua menu dan hidangan yang dipaparkan nampak sedap. cafe ni nampak bersih dan kemas...hotel baru eh??

    BalasPadam
  14. Cantiknya gambar-gambar yang Mahu mahu snap lagi gambar makanan. Nampak menyelerakan betul terus terasa laparnya. Menu kat sini menarik suka tengok deko comel untuk kerepok lekor , goreng pisang dll. Kalau datang sini harap dapat singgah.

    BalasPadam
  15. Wah makan petang pun dah berChicken Chop, makan malam mesti lagi meriah kan. Nampak sedap menu-menu kat sini

    BalasPadam
  16. Gambar je dah buat akk terliur..apatah lagi kalau ke sana..sure mencecer cecer air liur kat mulut..hehehe.
    Tapi jauh sangat lah pulak nak ke sana. Kalau ada hal kat sana bolehleh singgah

    BalasPadam
  17. Senangnya bisa traveling nanti ke Melaka saat bulan puasa nanti. Tak perlu susah nyari tempat buka puasa bisa langsung nginap plus buka puasa di Bufet Ramadan Di Hotel Kings Green Melaka

    BalasPadam