Bangi,

Buka Puasa Di Bunga Lawang Cafe Bangi Rasa Seperti Di Rumah

Selasa, Mei 29, 2018 Mahamahu 13 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bulan puasa ni lah rasa rindu nak makan air tangan mak kita betul tak. Sebab tu ada yang sanggup balik kampung pada hari pertama puasa. Macam Maha pun balik juga sebab nak berbuka dengan family kerana nak nikmati hidangan yang mak masak sangat sedap.


Kalau kat KL atau Selangor ni nak cari masakan seperti ini memang sangat susah. Kalau ada pun mungkin harga jauh lebih mahal. Tapi kali ni Maha dah jumpa satu restoran yang boleh bagi korang seperti rasa masakan di rumah sendiri. Mana lagi kalau bukan Bunga Lawang Cafe yang terletak di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.


Maha hari tu dapatlah berbuka puasa kat sini sebab ramai orang kata makanan sini sedap dan betul-betul dapat rasa masakan Melayu mereka. Tak silap Maha restoran ini milik bekas pengacara TV yang popular juga sekitar tahun 90an dan juga suaminya seorang pelakon. Kalau Maha tunjuk gambar mesti korang kenalkan.



Kalau datang sini susun atur dalam restoran ini kelihatan begitu berseni. Sangat selesa dan juga rasa suasana nak makan tu ada memang terselah. Kat sini mereka tak sediakan bufet seperti mana tempat lain tapi buka puasa di sini ada beberapa set yang lengkap. 


Set yang Maha makan hari tu adalah SET B2 yang boleh dinikmati untuk 4 hingga 5 orang. Harga pun bagi Maha berpatutan iaitu RM155 sahaja. Dalam set ini mengandungi masakan yang menarik seperti Kari Kepala Ikan Janahak, Sambal Udang, Sotong Masak Hitam, Ayam Lemon, Tetel Goreng Jintan, Taugeh Goreng, Telur Masih, Ulam-ulaman dan Sambal Belacan. Juga termasuk 4 pinggan Nasi Kukus, Sirap Selasih, Bubur Kacang dan juga Kurma.

Kari Kepala Ikan Janahak

Ayam Lemon

Tetel Goreng Jintan

Sotong Masak Hitam

Sambal Udang

Taugeh Goreng

Telur Masih, Ulam-ulaman dan Sambal Belacan

Korang juga boleh tukar untuk ambil Asam Pedas Jenahak Sawi Asin dan hidangan yang lain semua masih sama sahaja cuma harga untuk SET B1 ini murah sikit iaitu RM125. Cuma hari yang Maha datang tu mereka hidangkan air Pandan Selasih, Bubur Keledek dan Lempeng Pisang tu yang lain sikit dalam gambar.

Pandan Selasih

Bubur Keledek

Lempeng Pisang

Tapi bagi Maha rasa semua tetap sedap dan memang puas hati terutama kari kepala ikan mereka. Memang cukup semua rasa kari serta lemak kerana kari orang Melayu ni kaya dengan santan. Sampai habis Maha makan sedut semua bahagian kepala ikan tu tak tinggal sikit pun. 



Kalau korang datang berdua atau bertiga boleh ambil SET A harga lain sikit lah. Tapi memang Maha jamin kat korang makanan sini sangat puas hati. Restoran ini sepanjang bulan puasa akan beroperasi dari pukul 6.00 petang hingga 12.00 malam kalau korang nak makan Moreh. Jadi restoran ini sangat sesuai untuk jadi salah satu lokasi buka puasa korang. Selamat berbuka semua ok.

Tempahan dan promosi lain boleh layari :
Tel : 03-89229921
        019-3369966



13 ulasan:

  1. makin cantik restoran ni..akak paling suka lauk daging tetel dia. antara yang tersedap..begitu juga kari jenahak memang terbaik!

    BalasPadam
  2. menariknya konsep dan interior restoran ni maha. teringin la nak berbuka kat sini.

    BalasPadam
  3. Setuju dengan konsep serta interior yang menarik di cafe ni..nak masukkan dalam wishlist la..nanti nak bawak mak abah akak makan kat sini

    BalasPadam
  4. Kari kepala ikan jenahak tu ya allah memang teringat ingat masakannya sampai sekarang. Sedap giler. Tetel goreng jintan tu pon sama. Deko kat sini pon kita puji sebab cantik. Apatah lagi owner selebriti.

    BalasPadam
  5. makan nya macam sedap. i am just loving this

    BalasPadam
  6. cantik susun atur dalam restoran ni..interior yg sangat menarik..ayam lemon tu memang all time favorite akak..mmg terliur tengok mujur dah berbuka hehe

    BalasPadam
  7. The ambiance and interior of the restaurant looks so chic, the food looks great as well, especially the Kari Kepala Ikan Janahak, Bunga Lawang Cafe is such a hidden gem in Bangi.

    BalasPadam
  8. Wah menariknya restoran ni punya menu.. tapi sangat tertarik dengan lempeng pisang tu.. nampak macam seronok je nak merasa.. ikan jnahak tu pun nampak sangat menyelerakann

    BalasPadam
  9. Eh dekst je kat Bangi. Macam best je boleh berbuka kat sini. Ayam lemon dan telur asin menarik mknat mata nih tengok.. Hahaha..sebab tuh favourite saya

    BalasPadam
  10. Taaaa kuad rasanya bila nampak blogger update entrinpasal Bunga Lawang cafe nie. Sbbnya makanan2 dia sgt menyelerakan. Haihhhh bila lah maha nak bawak kita ke sini nie

    BalasPadam
  11. the food looks yummy and delicious.. wish could try it out... jom, let's go bangi and dine in this cafe, looks comfy!

    BalasPadam
  12. Cantiknya deco tempat ni. Makanan dia pun nampak lazat2. Cuma sis belum ada kesempatan nak berbuka di luar kawasan kl..masa tak mengizinkan..hari biasa anak sekolah..hari minggu berbuka dengan keluarga kat rumah..ummm

    BalasPadam
  13. Berbuka puasa di tempat yang macam ni buat Ika tak mahu balik. Cantik suasana persekitaran dan membuat kan Ika terpegun seketika

    BalasPadam